Sunday 15 June 2014

Berita gembira


Bismillah walhamdulillah. Syukur alhamdulillah, saya diberi peluang melalui saat yang tak tahu nak cerita macam mana; gembira, suka dan sedih. Ia adalah perasaan bercampur-campur. Saya bercadang menuliskannya di sini, ia mungkin panjang dan memakan masa untuk membacanya. Saya cuba ringkaskan.

Sebelum melahirkan saya banyak dengar pengalaman rakan, dan ada sekali membaca blog orang secara rawak. Dapat disimpulkan lain orang, lain pengalaman dan rezeki saat melahirkan. 

Saban hari hanya berdoa agar dimudahkan urusan melahirkan, selamat dan sihat. Dalam kepala bersedia untuk sakit semasa contraction dan ada studi sikit tentang apa yang mungkin akan diterima seperti pitocin, oxytocin, augment, epidural dan beberapa lagi yang dah lupa.

Marilah saya ceritakan sekadar apa yang saya ingat, pengalaman itu.

Minggu 36
Saya selamat balik ke kampung dan membuat pemeriksaan di klinik desa  Kampung Banggol. Tempatnya dekat dengan rumah saya dan klinik desa Lubuk Temiang di Labuan lebih upgrade hihiii, contohnya botol urine, tandas yang bersih dan bilik rawatan yang lebih kondusif. Dari segi layanan jururawat masyarakat, semuanya baik, sama baik dan ramah, tak ada beza. Cuma nurse di Kampung Banggol memuji nurse Labuan sebab memberi penerangan detail, menulis dengan detail, sangat mesra sehingga memberi nombor telefon supaya saya boleh meng'update' maklumat kelahiran dengan hanya 'whatsapp' gambar butiran tertentu buku merah. Semudah itu!  Saya maklumkan kepada jururawat yang kandungan saya sonsang. 



Buktinya hasil scan di Wisma Perbidanan semalam, Dr. Rohayu beritahu 'extended breech'. Saya katakan yang saya mahu berbincang dengan suami dahulu, jika masih sonsang saya memilih untuk dibedah di hospital kerajaan, jika bersalin biasa di swasta. 

Di klinik desa, saya diberi tarikh untuk pemeriksaan rutin dengan doktor di Klinik Kesihatan Sungai Dua. Doktor pun scan balik, dan betul masih breech. Saya pun diberi tarikh temujanji ke Klinik Pakar 1 Hospital Seberang Jaya. Waktu itu suami saya sudah balik bercuti. Sebenarnya, suami saya, Muazzin ada lagi baki seminggu cuti, dia balik cuti lambat sebab kelas pascasiswazah. Syukur dia ada menemani saya untuk buat keputusan. 

Minggu 37

Seawal 730 pagi saya dan Muazzin tiba di Klinik Pakar 1. Temujanji saya jam 8. Kami tak sempat sarapan, beli kuih dan air kotak milo, makan semasa menunggu giliran. Sementara menunggu, nampaklah kesibukan para doktor houseman yang keletihan. Terbayang Jojinah. Dalam jam 9, giliran saya tiba. 

Hari tu semua O&G turun, banyak kes yang lebih kritikal sedang dirundingkan. Saya dapat dengar bila berjalan ke bilik sebelah untuk scan. Pendek kata, kalau nak mengndung, pastikan betul-betul sihat, dengan harapan ibu dan bayi sihat. Seorang doktor wanita india yang garang yang ambil fail saya. Dia goncang perut, tuang gel atas perut macam tuang sos buat burger hihiii. Dia kata masih breech! 



Bila duduk bincang dia kata kena operate sebab risiko tinggi jika mencuba untuk melahirkan secara normal. "Namun kami ada prosedur cuba pusingkan bayi puan".

"Ecv?" Saya tanya.

"Ya, puan tahu?" Dia tanya saya. 
"Saya ada la baca sikit-sikit, boleh tak saya request untuk tidak mahu buat ecv?" Pandai pulak request, bajet ilmu tinggi.

"Kenapa? Now you tell me about ecv" doktor O&G tu tanya balik.

Saya pun ceritakan dan katakan bahawa peratus berjaya bersalin normal setelah ecv adalah rendah. Wahhh sekali lagi saya bajet berpengalaman dalam urusan perbidanan. Semuanya berdasarkan bacaan sahaja. Kiranya kebanyakan kajian perubatan kata benda yang sama, jadi saya pun guna pakai. 

O&G tersebut kemudiannya menerangkan kembali prosedur ecv, akibat tak cuba ecv untuk pertama kali, dan risiko-risiko pembedahan. Kemudian saya dan suami bersetuju untuk meneruskan pembedahan. Kami diberi tarikh berdasarkan kekosongan dewan bedah. Saya dikehendaki melapor diri di dewan bersalin pada 18 mei dan pembedahan pada 19 mei. 

Setelah mengetahui dan jelas dengan 'mode of delivery' kami ke tesco, menyedapkan hati makan di restoren nasi arab. Hari-hari sebelum bersalin dilalui bersama suami. Kami ke kelas antenatal di Pearl Maternity Hospital, ke Pasar Kemboja Parit Buntar, ke kelas pengajian al-Qayyim Dr.MAZA dan naik jambatan kedua Pulau Pinang.  Syahdu juga hanpir setiap masa dimanfaatkan bersama.  



Selain itu kami ke Big Aeon sebab nak beli buku guna baucer buku Muazzin. 3 saja buku beliau, yang lain buku yang saya pilih. 

Di kedai buku, saya dapat panggilan dari hospital memberitahu pembedahan ditunda sebab dewan bedah penuh pada hari isnin. Jadi Isnin pula saya perlu melapor diri, pembedahan pula pada hari Selasa 20 mei.





Minggu 38

Tibalah hari yang dijanjikan. Saya dan suami ke hospital. Berjalan menuju dewan bersalin untuk melapor diri. 

Saya diam saja. Suami saya pegang tangan dan tanya "awak dah sedia?"

Saya angguk dan mengiakan saja. Sebak rasa. 

"Sekarang kita datang berdua, nanti balik bertiga" saya sedapkan hati. 

Sampai di dewan bersalin lebih kurang jam 11, sebenarnya saya sudah lewat kata jururawat di situ. Saya harus datang awal pagi. Saya serahkan buku merah, dan suami saya dikehendaki mendaftar. Saya diberi uniform merah jambu, dipasang branula oleh seorang doktor pelatih, scan, cek gerak fetus, suhu badan dan tekanan darah, dan banyak lagi soalan.

"Puan, kenapa ni?" Tanya doktor pelatih tersebut merujuk kepada lengan kanan saya. Ada 3 garisan terbakar akibat kecuaian saya. Terkena seterika dan kuali. Hahaaa nampak sangat clumsy dan rajin masak. Doktor tersebut bertanya tentang pekerjaan saya dan lain-lain soalan yang tak perlu, maksud saya dia hanya nak bersembang sambil memgambil darah. Dia tahu saya mengajar di matrikulasi. 

"Awak masuk matriks jugak? Di mana?" Cehhh berawak-awak pula saya. 

"Melaka" jawab dia.
" letih kan?" Saya berbasa basi, dah tau letih la dari wajah-wajah mereka. 

"Haah, busy, letih, stress" jawab dia. 

Branula siap dipasang dan darah sudah diambil. Saya kena tunggu di lorong dewan bersalin. Doktor dan jururawat lalu lalang. Jeritan orang bersalin kedengaran tak putus-putus diikuti suara tangisan bayi. Saya boleh nampak lalu lalang doktor dan jururawat saya. Suasana macam dalam 'born in every seconds ke minutes ntah'. Dalam suasana itulah saya makan tanpa peduli hidangan tengah hari dalam dulang makanan hospital.



Saya diterangkan dengan risiko pembedahan seperti terpotong bayi, atau pundi kencing atau usus. Kemudian menurunkan tandatangan. Kemudian scan terakhir oleh pakar. Kemudian dihantar ke wad. Semuanya mengambil masa yang lama. Jam 4 petang barulah saya tiba di katil. Sepanjang itulah suami saya menunggu di luar dalam keadaan dirinya diserang resdung. 

Saya minta untuk solat kemudian buat ctg. Tengah ctg, pakar bius datang dan terangkan semua prosedur, sekali lagi tandatangan. Prosedur bius adalah yang paling saya gerun.

Selepas ctg, semua selesai, saya kembali ke katil dan solat asar. Kemudian waktu melawat dan suami saya datang. Amat terharu bila melihat dia yang keletihan datang menjenguk saya dengan keadaan resdung yang teruk. Dia sakit kepala dan duduk sambil meletakkan kepala di katil. Tak ada yang kami bualkan. Disebabkan suami saya tak sihat dan tiada benda nak dibualkan, saya baca surah Luqman. Baru 2-3 ayat membaca sekali dengan terjemahan, tak tertahan-tahan air mata mengalir. Terharu dengan nikmat yang Allah bagi iaitu rezeki zuriat dan bimbang mampukah mendidik anak mentaati Allah. Tak sempat habis baca, mak dan ayah tiba.



 Tapi semuanya tak lama, sebab dah dekat pukul 7, mak, ayah dan suami balik. Tinggal saya seorang. Disebabkan tak mahu feeling sedih-sedih bersendirian, saya capai tuala dan terus mandi bersedia solat maghrib. Sebelah katil saya wanita India, saya tarik langsir dan solat seperti biasa. Beberapa wanita Melayu lain di sekitar katil saya hanya memandang, nak tegur ajak solat tak berani. Kawasan wad saya adalah untuk pesakit yang belum bersalin, jadi masih suci dan wajib solat. Tapi terus terang tak mampu nak ajak solat huhuhuuuu.

Tengah malam, saya diberi uniform putih. Malam tu saya tak dapat tidur sebab dengar suara bayi nangis dan katil saya panas tak kena angin kipas. Pendek kata tak tidur, setiap 10 minit saya terjaga apabila cuba tidur.  Awal pagi sebelum subuh saya dah dikejutkan suruh mandi dan pakai uniform. Saya solat subuh dan berdoa agar semuanya selamat. Bahawa segalanya saya serahkan dan bertawakkal kepada Allah, keyakinan dan pergantungan pada Allah bukan kepakaran doktor mahupun alat lain. Solat subuh itu adalah solat terakhir sebelum melahirkan.

Saya tunggu, rupanya tidak tahu lagi pukul berapa akan ke dewan bedah. Pukul 9 pagi, lawatan semua pakar. Seorang pakar datang pada saya.

"Ooo awak tunggu ke ot ya? Hmm tak apa. Tapi tak tahu lagi pukul berapa. Emmm panjang ni baby, ha ni kepala di sini." sambil tangan dia menekan perut saya. Doktor ni seakan tahu soalan dalam kepala saya bila agaknya nak masuk ot.

Selepas lawatan pakar, saya tertidur. Saya sedar hampir jam 11 pagi. Saya dikejutkan oleh jururawat pelatih untuk pasang tiub kencing. So saya pon pergi la berjalan melenggang kangkung ke bilik rawatan. Seorang jururawat suruh saya tarik nafas dan cucuk tiub tu. Ya Allah, sakitnyaaa. Saya jerit dan nak nangis.
" kenapa nangis" kata ketua jururawat. 

" saya rasa nak terkencing, dan sakit"

" kencing saja" sambil membetulkan tiub tersebut. Memang rasa tak selesa sangat, macam kencing tak lawas. 

Saya diminta membuka tudung dan cermin mata. Telefon dan dompet saya serahkan kepada suami yang sedang menunggu di luar. Saya terus ditolak ke OT. Suami saya mengiringi saya sehingga ke pintu. Saya sempat kata pada dia, doakan saya, sambil ada air mata mengalir. Entah rasa macam lepas ni atau bila-bila saja Allah ambil nyawa saya. Saya nampak mata dia di pintu kaca saja memerhatikan saya dipindahkan ke katil OT. 

Dalam OT saya disambut oleh seorang doktor untuk pengesahan tandatangan yang saya turunkan sambil saya perlu membacakan nombor kad pengenalan berulang kali bagi beberapa tandatangan. Dan terakhir sekali, perlu tandatangan lagi untuk prosedur yang baru dilaksanakan tadi. Saya terus disorong masuk ke bilik bedah yang suasananya amat sejuk. Kebanyakan mereka adalah perempuan, ada juga seorang jururawat lelaki dan HO lelaki. 

Pakar bius datang dan menerangkan sekali lagi. Prosedur bius dilaksanakan. Seperti yang saya jangkakan, ini adalah prosedur yang paling saya takut. Sebab saya bimbang tak boleh mematuhi arahan. Saya kena duduk dan peluk bantal, kiri dan kanan saya dipegang. Tak boleh keras bahu dan tak boleh gerak. Baru saja doktor pegang tulang belakang,saya dah tergerak sebab terkejut. Saya tenangkan diri, dan terus membaca fatihah, ayat kursi, doa nabi yunus dan pelbagai surah yang saya ingat. Begitu juga lafaz syahadah. Dalam hati redha, jika selepas ini saya mati, semoga Allah ampun dosa saya.

Alhamdulillah, selesai bius saya baring. Dalam hati bimbang, adakah bius tu dah bekerja. Takut pula nanti dipotong dalam bius yang belum berfungsi. Untuk memastikan yang bius dah berfungsi, saya diarahkan amgkat kaki kanan dan kiri. Tak boleh angkat, berat sangat. Setelah itu saya diberi oksigen. Dan proses memotong saya tak sedar bila.

Apa yang tidak sedap didengar ialah apabila mendengar jeritan doktor yang cemas seperti ini;

"Pegang uterus dia" ok ini tak apa lagi. 

Yang paling saya cuak dan lebih kuat berdoa agar anak saya selamat dikeluarkan ialah apabila saya dengar doktor jerit;

"Call dr.ooi, call cepat! Cari O&G kat sebelah cepat, cepat!!

"Tak jumpa sebelah lagi kaki" 

Doktor tak tahukah anak saya extended breech? Satu kaki dia hala ke lain. Barangkali sebab memang susah agaknya nak godek-godek cari kaki dalam ruangan sempit. Saya kan tak ada ilmu perubatan dan perbidanan, tapi doktor tolonglah jangan panik dan jerit macam tu sampai saya dengar huhuuuu. 

Saya cuba bertenang, suasana diam dan hanya seorang saja yang bercakap. Saya dapat lihat jam. Tiba-tiba suara tangisan kedengaran. Ya Allah, Allahu akbar, Alhamdulillah. Saya memuji Allah. 
Itukah anak saya. Saya dengar laungan mereka "2.5kg".

Selepas tu prosedur menjahit, saya nampak tangan-tangan sedang bergerak ke atas dan saya dengar suara doktor yang menjerit tadi memberi arahan kepada seseorang tentang jahitan. Suara dia stress dan garang. Tak apalah asalkan jahit elok-elok jangan terbuka sudah, dalam hati saya berbisik. 

Saya mula menggigil, beberapa selimut tebal digunakan menutup kepala, tangan kanan dan kiri. 

"Ini anak puan, lelaki atau perempuan" sambil kemaluannya ditunjukkan kepada saya. Saya jawab lelaki. Kemudian anak saya diletakkan ke atas dada, skin to skin contact. Mulutnya dihalakan ke payudara, dan secara automatik dia menghisap terus. Saya tak lepas-lepas mengucap alhamdulillah, membaca fatihah dan ayat kursiy. Istighfar dan apa-apa yang saya ingat ketika itu. Sangat terharu dan bersyukur. 

Selepas semuanya selesai saya ditolak keluar dan beberapa urusan lagi sedang dibuat seperti meletakkan tag di kaki bayi, pengesahan kelahiran dan banyak la benda lain. Anak saya diletakkan di katil sebelah, dia menangis tak henti-henti, lapar agaknya. Manakala saya kesejukan menggigil. Pergerakan jantung dan tekanan darah saya dipantau. Ada heater memanaskan, syukurlah, kesejukan mula berkurangan. Anak saya ditolak dahulu ke wad kanak-kanak untuk pemerhatian disebabkan stuck selama 3 minit. Saya dikehendaki menandatangani perakuan bahawa pihak hospital melaksanakan prosedur 'skin ti skin contact' yang saya sendiri tak tahu apa kelebihan prosedur itu, tetapi pernah terbaca kehebatan 'skin to skin contact' di reader digest. 

Tak lama kemudian saya ditolak keluar, saya nampak abang cik dan kak yati saja di luar. Suami saya solat, kata abang saya. Tak lama kemudian, suami saya datang. Melihat suami membuatkan saya menangis, tapi berjaya ditahan sebab ada abang dan kakak ipar saya. Mereka tak dibenarkan berada lama di dalam wad sebab belum pun tiba waktu melawat. Maka saya pon ditinggalkan bersendirian.



Selepas tu saya pon terbaring kaku dan tak boleh bergerak walaupun mengangkat kepala selama 6 jam. Makan pun tak diberi untuk elak muntah. Disebabkan saya sudah berpuasa sejak malam semalam, saya pun makan kurma dan air saja dalam keadaan berbaring. Sakit badan mula terasa kuat. 



"Sakitnya, tak tahan saya" saya memgadu kepada seorang makcik tukang cuci ketika dia mengambil sampah di katil saya. Kalau nak diikutkan, sakit saya tak berkurang pun jika dilaporkan kepada tukang cuci. Tapi dah tak tahan, saya perlu juga seseorang nak bagitahu, hahaa. 

" sabarlah, adik kan baru lepas operate" dia membalas. Saya mengangguk. Dia suruh saya sabar.


Dalam jam 3 atau 4 petang, saya dikejutkan. 
" puan ini bayi puan" . Saya tengok anak saya sedang tidur. Saya buat panggilan kepada suami agar masuk untuk mengazankan. Petang itu, emak, ayah dan  adik beradik saya datang melawat. 

Malam pertama selepas bersalin amat memeritkan. Saya tak boleh tidur menahan sakit. Anak pula menangis lapar. Saya sendiri lapar dan sakit. Tengah-tengah malam suami saya datang, tapi dihalang masuk ke wad. Dia pun telefon nurse. 

Tiba-tiba, nurse datang dan bagi saya air milo. Saya sedut melalui straw buatan mereka, iaitu tiub drip! 

"Adik, lain kali kalau perlu apa-apa panggil nurse, jangan call suami suruh call hospital" dia bagi peringatan. 

Masalahnya, macam mana saya nak panggil, kalau nak loudspeaker pon sakit. Aduh sabar sajalah.

Hari ketiga, saya perlu bangun dan ke tandas sendiri. Nak bangun dari katil pun susah, saya merasakan kesakitan di seluruh badan terutama pinggang dan tulang belakang. Jalan ke tandas pun perlahan. 

Syukurlah saya dipimpin oleh seorang jururawat pelatih. Dialah yang tolong saya serba serbi sampailah membuka pad yang berdarah itu pun dia tolong. Pad tu sangat pelik sebab diikat kuat. Di sini sekali lagi saya ingin merakamkan terima kasih kepada jururawat pelatih sehingga sudi menunggu saya di luar tandas dan memimpin balik ke katil. Malu tak usah ceritalah. 

Setelah mendapati saya boleh  berjalan ke tandas, saya dipindahkan ke katil di dalam bilik. Ada 3 katil, seorang sedang menunggu bersalin sebab over due, 1 lagi seorang remaja bersalin pre mature dan saya. Malam tu, sekali lagi tidak dapat tidur sebab anak saya asyik menangis jika diletakkan. Jadi kenalah memangku sepanjang malam. Saya hanya tidur di kerusi, sebab sakit dan susah nak bangun. Maka berjagalah saya sampai ke subuh. 

Bila subuh saya bersiap-siap. Susukan anak dan tunggu lawatan doktor. Lepas tu breakfast dan tunggu lawatan doktor pakar dan HO. Plaster dibuka, luka saya kering. Alhamdulillah. Saya gembira sebab luka sembuh memandangkan saya agak lasak masa menjaga anak semalam. Doktor sahkan saya dan anak saya boleh balik hari itu. 

Jadi kami pon baliklah bertiga seperti yang diharapkan sebelum ini. Kami melepasi tapisan keselamatan di luar wad, almaklumlah mereka takut lari dari wad atau kecurian bayi. Sampai rumah saya terus qadha tidur, dan bermulah hari menjadi ibu bapa yang tak cukup rehat dan tidur. Apa pun syukur tak terhingga. 



Eloklah catatan panjang ini dihentikan, saya cuba tulis yang lain di lain masa. Susah atau senang, gembira atau sedih adalah perasaan dan pengalaman yang tak boleh dibeli di mana dan ia ekslusif bagi setiap hamba-Nya. 

Alhamdulillah, Allahuakbar

Amal Harun @ Mama Mus'ab
Kepala Batas

3 comments:

  1. Alhamdulillah semuanya selamat..terharu sgt akak baca kisah ko ni..c u soon

    ReplyDelete
  2. Risaunya bca sb dktr ckp ank sya songsang... smga dpmudahkn nt d hspitl sebjya jgk..huhu

    ReplyDelete
  3. Ok x sis bersalin di hospital seberang jaya

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..