Suatu hari, pulang dari bandar, saya menggeledah hampir keseluruhan kereta. Hanya untuk mencari satu sampul gambar. Didalamnya mengandungi cd dan gambar passport. Puas saya geledah. Seingat saya, tadi selepas mengambil gambar, saya terus ke pasar membeli ikan, sayur dan keperluan-keperluan lain. Semuanya saya letakkan di bahagian tempat duduk sebelah.
Apabila sampai di rumah azan maghrib berkumandang. Saya pindahkan semua barang, menyusun dan membersihkan ikan dengan kadar pantas. Baru saya ingat di mana sampul gambar. Saya yakin saya letakkannya di bahagian tempat duduk penumpang. Saya geledah semua tempat di dalam kereta, plastik sampah, plastik sayur dan keseluruhan peti sejuk, manalah tahu termasuk dalam barang saya beli di pasar tadi. Kedengaran imam di masjid telah selesai menunaikan solat maghrib sedangkan saya masih mencari gambar yang hilang.
Saya berhenti mencari, mungkin disebabkan saya sengaja melewatkan solat. Saya cepat-cepat mandi dan solat. Dalam solat saya doa sungguh-sungguh, sangat memerlukan gambar tersebut. Jika tidak saya terpaksa mengambil gambar lagi, softcopy gambar juga berada dalam sampul tersebut. Dan paling leceh ialah ke bandar untuk kali kedua. Ia sangat menyusahkan untuk suatu yang remeh.
Selesai solat maghrib saya dirikan solat hajat. Kali ini doa khas untuk mencari misteri gambar yang hilang. Sungguh-sungguh terdesak.
Selesai, saya keluar bilik dan menuju kereta meneruskan pencarian. Buka saya pintu, saya terus ternampak sampul gambar saya yang mengandungi cd dan gambar passport. Ia memang berada di tempat duduk penumpang dan terjatuh sedikit di balik pintu. Mudah bukan. Pandangan saya terhijab tadi. Balasan melewatkan solat. Allah memang nak tunjuk pergantungan denganNya harus 'total'.
Itu saja, kita boleh buat kesimpulan sendiri.
Amal Harun
Labuan
Nota: Lelaki sentiasa pastikan solat berjemaah, perempuan sentiasa pastikan solat awal waktu. InsyaAllah, Allah sayang kita!
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..