Sunday 3 June 2012

Melebihi dunia seisinya

Merasmikan lensa baru, dibeli bersama emak dan ayah di Penang Road.
Hari terakhir emak di Madinah, aku mengahatar sms kepada emak. Susah untuk menghubungi beliau. Agak lambat emak membalas.

"Mak dan cikyam sihat, baru habis tahallul. Masjidilharam kini sibuk, tengah renovate lagi. Mau jubah blink-blink ka? Cikyam hilang di bukit uhud kemarin"

 Kali terakhir bercakap dengan emak ialah ketika beliau tiba di Madinah. Sewaktu itu aku berada di kelas agama di Masjid An-Nur. Satu nombor antarabangsa kelihatan, dan sudah tentu emak.

"Amal ya binti, mak dah sampai." itulah ayat pertama emak ketika aku menjawab panggilan. Wah, sungguh jelas. Aku tak mampu nak tanya apa-apa, sebak sungguh bercakap dengan mak ketika di tanah suci. Masa mak pergi haji tak la sebak sangat. Alhamdulillah mak sihat.

"Oklah, nak siap-siap pergi masjid nabi" mak mengakhiri.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kali terakhir berjumpa mak ialah 16 May yang lalu. Mak, ayah dan baby hantar aku balik Labuan sebab esoknya sudah kerja. Mak peluk kuat sambil nangis. Kalau mak nangis mesti aku pun nangis jugak. Lupalah apa mak pesan, yang penting mak akan sentiasa ulang ayat ni "insyaAllah, mak doakan yang terbaik untuk Amal". Optimis dan yakin sekali mak, basah pipinya.

Tetapi kali ni, aku tahan tak jadi nangis, sebab masa mak hantar di pintu perlepasan sebelum pemeriksaan Kastam, ada Encik Man. Dia dihantar oleh isteri dan anak-anaknya. Memanglah Encik Man tak peduli atau tak nampak, tapi aku berjaya tahan air mata tumpah. Begitulah emak, setiap kali hantar, setiap kali nangis. Aku bukan tak rasa sedih, tapi aku sembunyikan. Malah kalau secara logiknya, mak dan ayah selalu saja hantar aku di airport, sejak 2005 sampai sekarang. Sepatutnya sudah biasa, tetapi makin aku rasa berat. Allah saja yang menjaga kami masing-masing.

Satu hari dalam kereta, "Mak janganlah risau, itukan jodoh. Bukannya kuasa kita. Allah yang letak." aku menjawab isu panas yang mak kemukakan, itu kerisauan dia.

"Mak sentiasa doa untuk anak-anak" kata mak yang kembali positif.

"Ayah pun risau, mak nak doa, di mekah pon mak nak doa" kata mak lagi. Risau la kan aku duk bujang trang tang tang lagi.

"Kalau Allah takdirkan Amal kawin, maka itulah yang terbaik, tapi kalau Allah takdir Amal tak kawin sampai mati, pun Allah dah letakkan itu yang terbaik. Manalah kita tahu kan" cuba mengendurkan kerisauan mak. Memang tak dapat la nak terima umur macam aku sekarang tak kawin lagi. Abang-abang aku dulu kawin lebih muda dari umur aku sekarang. Allahu a'lam ini bukan kerja manusia.

Kemudian, pada hari yang lain, mak kirimkan lagi sms:

"Alhamdulillah, mak dah solat dan doa untuk Amal. Depan Multazam lagi tu, tengah panas, sekarang lepas solat asar. Cikyam tidur, nanti mak snap, dia letih"

Lihatlah, bukan main mak optimis dan yakin dengan kuasa doa. Semoga Allah makbulkan doa mak, Semoga Allah beri mak kesihatan yang baik untuk terus beribadah.

"Assalamualaikum Amal, lepas subuh kami ke Jaqranah, jabal Rahmah dan jabal Nur. Tak berapa shopping sangat, terlalu panas." sms mak lagi. Updates mak di tanah suci sangat menenangkan, rindu mahu ke bumi barakah sana.

Dari Abi Hurairah r.a, "seseorang datang berjumpa Rasulullah dan bertanya, 'siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berhubungan dengan baik?' kemudian Rasulullah menjawab 'ibumu' . Kemudian dia bertana lagi 'kemudian siapa?' Rasulullah menjawab,' Kemudian ibumu ', Dia bertanya lagi, 'kemudian siapa? ' Kemudian ibumu' .Dia bertanya lagi, 'kemudian siapa?' Rasulullah menjawab 'kemudian ayahmu' " Riwayat Muslim


Mak pilih layang-layang untuk cucu di Labuan. Sewaktu kami ke PCB Kelantan Mei 2012.

Ayah pegang layang-layang terbesar, aku beli untuk main di Labuan. Kuat betul angin PCB, ramai sungguh orang .

Mak dan Ayah ketika kami solat Subuh di Masjid Tok Guru Pulau Melaka.

16 Mei 2012, Mak, Ayah dan Baby hantar aku balik, di Bayan Lepas, airport tengah renovate.
Ya Allah, cintailah ibuku. Kasihani ibuku. Ampunkan dosa ibuku. Cintailah ayahku, kasihi ayahku dan ampunkan dosa ayahku.

Amal Harun
Labuan.






1 comment:

  1. amin! amin! amin!

    sejuknya wajah seorang ibu itu..
    patutlah dengan memandangnya saja kita dapat pahala...
    pandanglah mereka!
    pandang la mereka anak-anak!
    lihat lah mereka ya ALlah...

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..