Sebelum saya menulis selanjutnya, saya ingin memohon maaf
kepada yang berkenaan. Saya juga memohon ampun seandainya apa yang akan anda baca membuka keaiban. Saya mohon keampunan Allah.
Tetapi inilah yang sering kita takut dan naudzubillah,
kita mohon perlindungan dari Allah agar
kita dipelihara, tenang dan kuat ketika diuji. Tujuan ditulis agar kita syukur dengan nikmat hidayah, tidak berbangga sebab melakukan kebaikan malah sentiasa ingat bahawa inilah tanda kasih Allah pada kita.
Apa yang bakal saya katakan di sini ialah kuasa hidayah
Allah. Allah sahajalah yang berkuasa memberi hidayah dan paling kita takut
ialah hidayah yang ditarik. Itulah kuasa hati yang diberi petunjuk, doalah agar
hati yang satu ini sentiasa dalam hidayah Allah. Tak mahu saya ulas lagi, sebab
saya tak tahu, ilmu pon sedikit sangat.
Kesimpulannya, ada orang dulu jahat,
sekarang dapat hidayah punya main baik. Ada yang diuji dulu punya main baik,
tapi kemudian sebaliknya. Okay, keep on doa ya! Bukan untuk diri sahaja, malah
doakanlah untuk keluarga, sahabat dan orang lain.
Saya menghadiri satu kelas kecergasan. Antara guru
kecergasan di situ ialah seorang lelaki. Pertama kali jumpa dan hari seterusnya
saya tak pernah syak bahawa itu ialah dia. Tapi saya macam pernah rasa ada
instinct mengenali beliau. Maklumlah Labuan, potensi berjumpa dengan pelbagai
orang mungkin tinggi. Jangan salah sangka.
Beliau yang saya maksudkan merupakan senior sekolah saya
dulu semasa saya di tingkatan 1. Dia ialah ketua pelajar. Menjadi imam dan
membimbing adik-adik. Ketokohan memang miliknya. Suatu malam, saya buka
facebook guru kecergasan yang berada dalam senarai rakan saya, beliau ialah
wanita. Dia menge’tag’ nama rakan-rakannya di dinding muka buku. Antaranya
ialah nama seorang lelaki. Dan nama itu sangat tidak asing bagi saya.
Nama itu ialah nama senior saya, saya yang sangat nak
tahu pun klik nama dia dan keluar gambar muka buku, iaitu gambar guru
kecergasan yang lelaki tu! Saya pasti kerana itu gambar orang yang sama dengan nama penuh,
instinct saya terbukti dengan gambar beliau dan saya memang kenal setiap
senior-senior kami hatta tempat asal mereka. Sah dia, dan memang dia dari
Labuan.
Selama 3 tahun saya tak pernah yakin, apa yang terdetik di
hati saya, saya nafikan. Rupanya betul! Transisi hidup dan transformasi imej
jelas mengubah manusia. Saya yakin, naluri beliau tidak senang dengan apa yang
dilakukannya, suatu hari insyaAllah dia pasti berubah.
Ini bukanlah tulisan yang memandang hina sesiapa atau
bersifat prejudis. Saya ingat Prof. Dr Zainal pernah menerangkan tentang
inqilab dalam daurah manhaj hidup muslim. Inqilab ni lebih kurang macam
transformasi 180 darjah. Saya tak mengklasifikasi kes senior saya sebagai
inqilab.
Saya teringat. Inqilab, muqallibal, dan qulub berasal dari kata dasar
(masdar) yang sama. Sebab tu kita selalu doa, ya muqallibal qulub (wahai hati
yang berbolak-balik), thabbit qulubana ‘ala diinika wa tho’atika.
Hati memang berbolak-balik, sentiasa doa, sentiasa jaga
hati.
Kita sekarang, kalau berada dalam kondisi ‘baik’, kelihatan
baik, soleh atau terpelihara, jangan pernah sombong dengan hidayah dan iman
yang ada sekarang. Kita tak tahu satu hari nanti bagaimana akhiran kita.
Berimankah atau sebaliknya.
Jagalah diri, jaga dengan siapa kawan kita dan apa aktiviti
seharian kita. Mohonlah doa selalu agar Allah pelihara kita dan teruslah melakukan
kebaikan. Saya berhenti di sini, ini ialah peringatan untuk saya yang paling utama, yang lain-lain jika bermanfaat sama-sama kongsi dan buat kebaikan.
Mohon keampunan
Amal Harun
Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..