Sunday 29 May 2011

Pelajaran Syukur Percuma



















Di sebuah kedai kek sekitar kepulauan Labuhan, saya bergegas masuk. Terus mengambil kek dan meminta untuk dituliskan sedikit perkataan sebagai tambahan. Selesai membayar, saya menunggu kek itu dimasukkan ke dalam kotak dan diikat reben. Sementara mengikat reben juruwang bersembang dengan pengikat reben.

"aku pikir mau hantar anakku ke kelas menjahit, biar ada kemahiran" kata juruwang.

"di mana?" kata seorang lagi sambil mengikat reben dengan cantik-cantik.

"Giat MARA, sebulan RM75, nanti dapat elaun" dan segala perbualannya mereka saya dengar. Tak berniat menyertai, takutptakut salah bicara.

"kau sekolah mana?" tiba-tiba dia memandang saya.

"saya ka?" terkejut.

"ya, di mana kau belajar?" kata wanita juruwang.

"saya tidak belajar...err sudah kerja" masih terpinga-pinga.

"di mana?" katanya tegas, garang dan persis pegawai kastam.

"di merinding" saya jawab.

"apa? ada apa di sana?"

"KML, kolej matrikulasi" saya jawab, mustahil dia tidak tahu merinding.

"kau kerja apa di sana?" soalan seterusnya masih dia tepat memandang saya.

"saya mengajar" agak berbunyi Kedayan campuran Brunei.

"bolehka anak aku pergi belajar sana. dia tingkatan 1" kata wanita juruwang. Begini punya muda, kau sudah ada anak berusia 13 tahun, wahai ibu muda. Saya hanya memandang dan senyum.

"boleh, tapi setelah lepasan SPM"

"boleh buat apa kalau antar pigi balajat tampat kau sana?" terus bertanya saya.

"kalau lepas SPM, masuk ke KML, kemudian sambung belajar di unversiti"

"aku mau hantar anak aku pigi kelas menjahit" dia mengulang. Saya mengangguk.

"kalau masuk kursus tu, akan dapat elaun, sijil dan nanti boleh buka kedai jahit, saya ada kenal orang dia ambil kursus tu dan sudah boleh buka butik."

"oh ya ka, bagusnya!" semakin teruja.

"ya, terima kasih, saya pergi dulu" sambil mengambil kek. Saya perlu bergegas kerana mengejar waktu. Tapi wanita juruwang ini masih mahu bercakap-cakap. Saya angguk dan berpaling apabila dia berkata ini,

"takkan sampai tua aku mau jadi cashier kan" wanita itu sedikit melaungkan, saya terpaku seketika di pintu kedai, saya senyum kepadanya.

Terima kasih dan syukur untuk insiden biasa tapi mampu menegur saya untuk sebuah rasa syukur dengan apa yang dikurniakan, peluang belajar dan bekerjaya, malah banyak peluang untuk memajukan diri. Inilah doa yang diajar ustazah sejak tingkatan 2 dulu.


رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحاً تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". (QS. 46 : 15)

Amal Harun
Kepulauhan Labuhan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..