Wednesday 25 May 2011

Perkara kecil yang disedihkan


Scene Menyakitkan Hati no.5

"Amal, meh sini" ketua AJK saya memanggil saya ketika di dalam dewan. Kami bertugas membuat dokumentasi sepanjang program berlansung. Ketua saya yang agak autokratik ini memberi arahan (tunjuk ajar, pandangan positif) dalam seni fotografi dan videografi.

Jadi saya pon berjalan menuju ke arahnya.

"Ah, jalam pon macam gangster" suara sumbang seorang manusia memandang tepat ke arah saya.

Saya tersentap, tetapi hanya fokus kepada arahan ketua saya. Kami meneruskan tugasan tanpa mempedulikan dia.

Scene Menyakitkan Hati no.6

Ketika kami sedang memfokuskan lensa, di terik matahari, merakamkan detik perpisahan pelajar dengan keluarga mereka, tiba-tiba...

"eleh, nak tunjuk pro la tu!" sambil menjeling, menunjukkan muka dengan mimik penuh penghinaan.

"aaah, daripada tak tau lansung" saya meninggikan suara melawan. Ini sudah melampau. Namun ketua saya terus berdiam.

"Dia tu suka sakitkan hati orang, dia jahat" saya melepaskan kemarahan di hadapan ketua saya.

Tiada sebarang reaksi dan beliau meneruskan kerjanya.

Scene Menyakitkan Hati no.7

Para ajk dokumentasi sedang melihat-lihat foto yang diambil setelah seharian merakam gambar.

Tiba-tiba kami didatangi oleh manusia itu lagi. Mulutnya tetap sama mengeluarkan kata-kata menyakitkan hati.

"Amal, kau dah tengok gambar yang ayahnya peluk anaknya" seorang senior bertanya saya agar saya memberi komen ke atas fotonya. Saya kata belum.

"eleh, kate je tak tengok padahal paling awal dia tengok" suara sumbang itu datang lagi.

Tiada siapa melayan dia. Oh, ruginya saya, balik ke rumah saya menangis. Kenapa begitu sekali dia menghina orang, tak setanding dengan pangkatnya. Kenapa menuduh saya seperti gangster, adakah saya tidak dididik oleh ibu bapa? Tidak sedarkah dia akan sabda nabi jika menyakitkan hati orang yang mendengar, lebih baik diam.

Ketika menghadiri jamuan perpisahan, Ayahman menasihati semua, walau apa jua pangkat, janganlah sombong. Kita semua sama. Bersyukurlah sentiasa.

Demi menyelesaikan atau melampias marah, boleh saya bertindak reaktif, namun ayah pesan jangan mengikut jalan orang jahil.

Demi berlapang dada, maafkan semua orang, butakan mata seperti tidak melihatnnya, pekakkan telinga dengan sebarang 'gurauannya'. Ingatlah saya akan mati, saya tak mampu menanggung beban dosa jika dosa lain pula saya tambah.

Saya mahu berlapang dada. Jangan susah hati. Ini pesan emak di hujung talian..
Amal Harun
Pulau Labuhan







2 comments:

  1. berlapang dada itu yg susah tp itu yg terbaik yg mampu kita lakukan kn?aku juga pernah mengalami situasi yg lebih kurang sama...sedih tp bila fikirkn smula...maafkn dia adalah yg terbaik...

    ReplyDelete
  2. fitd, bukan senang, kalau depan mata nampak, rasa meluat sangat, sabar dan duk diam, payah ooooo nak sabar.

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..