Thursday 8 July 2010

Malam Amal Palestin KML 2010



Jawatankuasa Surau Al-Irfan dan Lajnah ICT bergabung tenaga dan hati menganjurkan Malam Amal Palestin Kolej Matrikulasi Labuan 2010 dengan kerjasama AMAN PALESTIN Sabah. Majlis dijangka berlansung pada 10 Julai 2010 di Dewan Mutiara Kolej Matrikulasi Labuan pada jam 8.15 malam.
Antara objektif utama program ialah untuk mengutip dana membantu meringankan beban rakyat Palestin dan memberi kefahaman terhadapan isu Palestin kepada pensyarah, pelajar dan kakitangan KML.

Palestin membawa kita menyingkap suatu perjalanan sejarah yang amat panjang dan kesannya signifikan hingga kini hatta hingga hari kiamat. Perjuangan kemanusiaan, material dan paling penting keimanan mereka di Palestin dan kita di sini. Apa yang mampu kita lakukan adalah melihat kepada konteks kehidupan kita di KML dan tanggungjawab kita sebagai muslim.

Program terbuka kepada seluruh warga kolej, muslim dan non-muslim. Antara agenda malam tersebut ialah kutipan dana, pameran, jualan, ceramah KENAPA PALESTIN?, tayangan multimedia, nasyid dan puisi.
Saya mengharapkan kita diberi kekuatan membantu, diberi kefahaman terhadap kepedulian saudara kita.

InsyaAllah, kita jumpa di sana, semoga Allah memberi keberkatan kepada niat dan program kita.

8.00 mlm : Majlis Perasmian dan pelancaran Tabung Aman Palestin

Oleh : Pengarah Kolej Matrikulasi Labuan

8.15 mlm : Ucapan Wakil Aman Palestin

8.30 mlm : Ceramah 1

Tajuk : Palestin : Bumi Suci Yang Dinodai

Oleh : Wakil Aman Palestin

9.30 mlm : Tayangan Multimedia

9.45 mlm : Persembahan Sketsa

10.00 mlm : Persembahan Nasyid, puisi

10.15 mlm : Bacaan Doa Qunut Nazilah

10.30 mlm : Bersurai

Amal Harun
W.P Labuan

4 comments:

  1. selamat datang, aman palestin sabah, ainil farhan dan ain org kk, turun labuan k

    ReplyDelete
  2. thanks ainil

    tahniah abi


    amal malas nak log in

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..