Friday 30 July 2010

Sekatan di halkum

Saya mengahdiri temuduga suruhanjaya perkhidmatan pelajaran. Banyak yang perlu saya pelajari dan fahami. Sebelum ditemuduga, saya berjanji pada diri, andai ada soalan berbau provokasi, jatidiri perlu ditegakkan biarpun ia menyokong dan membangkang kerajaan. Benar tetap benar.

Saya memang bersedia menyatakan pendirian terhadap isu guru berpolitik, PPSMI, pemansuhan UPSR dan PMR. Semuanya saya ingin nyatakan dengan penuh ketelusan dengan merujuk kepada falsafah pendidikan kebangsaan. Namun gara-gara 'anxiety disorder' saya ter'blank' dan hanya mampu tersenyum seketika.

Segalanya demi kesejahteraan pendidikan negara, demi generasi akan datang agar tidak bersikap robot. Memiliki sekian koleksi A tetapi mengalami ketempangan diri, kehilangan 'common sense', hilangnya sensitiviti dan ketaksuban terhadap populariti sekalian selebriti tanpa jatidiri.

Baik, mari mulakan sesi temuduga. Saya memperkenalkan diri sambil panel temuduga memeriksa dokumen saya. Belum pun habis saya menceritakan bakat terpendam di arena menulis blog (perasan) dan fotografi, beliau bertanya; kenapa sekolah di Sabah.

Berikut adalah soalan Yang Berbahagia Dato':
1.Berikan dalil dan signifikasi kita membantu rakyat palestin.
2.Berikan masjid utama ummat Islam. (kemudian beliau memberi tazkirah)
3.Kenapa anda tidak memilih bidang agama?
4.Bagaimana anda mengajar Kimia di matrikulasi?
5.Pernah pelajar anda ponteng kelas anda? Apa tindakan anda?
6.Apakah yang usaha kerajaan membangunkan negara kita? Berikan 4 subNKRA(ini yang saya suka merujuk kepada revolusi pendidikan)
7. Adakah anda bersetuju sistem prasekolah diawalkan bagi kanak-kanak berumur 3 tahun?

Apa pun saya cuba menjawab dengan jujur dan terbaik, terpulang Dato' setuju atau tidak, mengampu kerajaan, menyokong atau membangkang bukan motif saya, yang penting menyuarakan hasrat demi kebaikan. Lulus atau gagal terpulang, rezeki Allah tentukan setelah usaha.

Amal Harun
WP Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..