Mama dapat mesej dari baba. Dia tanya mama dah sahur belum. Baba ada di Kota Kinabalu sebab kebosanan sendirian di Labuan, sebab kita tak ada untuk temankan baba hihi. Rupanya semalam baba sakit kepala, patutlah senyap.
Dan kerana kesibukan ( sibuklah sangat) mengurus kamu, mama lupa hari ini genap setahun mama menjadi isteri baba. Kata baba, kamulah hadiah paling besar dan bermakna dari Allah untuk mama dan baba. Mesej-mesej berikut dirakamkan untuk tatapan kamu bila dah besar. Sejak jadi mak ni, mama dah tak pandai nak menulis, ada datang idea nak menyusun kata, tetapi idea tu datang ketika solat. Susahlah macam ni, lihat susah betul nak fokus dengan solat. Tapi lepas solat, tak menulis pon 😫.
Dalam solat, mama sentiasa doakan baba sihat, dimudahkan urusan dan pengajian pasca. Mus'ab kita kena bersyukur kepada Allah, sebab Allah bagi peluang kita merasa nikmat kebahagiaan ini.
Semoga Allah terus limpahkan sakinah, mawaddah dan rahmah.
p/s: mama tak lah romantik, baba pun tak kot, tapi masing-masing ada gerak hati 💓 dan selamat setahun bercinta.
Amal Harun
Kepala Batas
hurmm romantik juga amal ni..igt aku hang je kat opis..hehehhe Happy Anniversary Amal&Muazzin!
ReplyDelete