Monday 1 July 2013

Pra Perkahwinan

Kami tak buat pre-wed...jangan salah sangka.

Menjelang hari pernikahan, ada soalan berbau kepentingan diri. Ini yang saya risaukan. Tengah memandu, saya teringat, lalu saya sms Muazzin bertanya soalan-soalan ini. Nampaknya dia belum jawab, meninggalkan saya dengan tanda tanya, tunggulah dia bila dah jadi suami barulah dia nak tunjukkan kekuasaannya...agaknya la..mentang-mentang saya wajib taat. (diam tu bukan tanda setuju, diam orang lelaki bermaksud tak setuju!!!!!)

Tapi saya tahu dia baik, dia mungkin akan mempertimbangkan, harap dia izikan selepas ini.

1. Menjadi jurugambar

Saya hanya nak shoot baby dan potret famili sahaja. Kalau tiada yang nak, cukuplah gambar keluarga saya. Bilal (DSLR) tetap di hati walaupun Allah kurniakan Muazzin.

Ini encik Randanshah, dia otai 50mm. Semasa MPPB 2012/2013

2010, Bilal 1 peneman saya.Dialah pelengkap jemari.


Jadi photographer perkahwinan sahabat saya semasa di SMAKK dulu. Terima Kasih Mila kerana bagi kepercayaan.


2. Menjadi Urban cyclist

Basikal ini dah lama saya impikan. Helmet abang saya Faiz yang bagi. Saya bimbang basikal baru saya tu terbiar, kasihan. Saya nak berbasikal, nak kecilkan paha! Nak kurangkan berat badan dan nak riadhah. Saya harap dia beli, saya sanggup belikan dia. Asalkan dia izinkan saya berbasikal. Jika dia tak bagi..tak apalah....(sedih sangat)...tak pernah terjadi dalam hidup nak buat sesuatu, tapi dilarang...oh..sukar.

Seingat saya, 1 ja larangan mak...iaitu apabila saya nak pergi water rafting di Sungai Padas. Mak tanya rafting tu macam mana?? Saya pun tunjukkan video youtube terus mak tak bagi, mak kata campur lelaki perempuan. Baiklah. Alasan je tu...oh freedom!!!!

Gambar ini menjadi monumen, manakala basikal menjadi artifak huhuuu sedih sangat.


Basikal baru, tudung baru, glove baru dan baju baru (hadiah dr mentee CP2T10)..semuanya sempena  menjadi urban cyclist.

Ustaz Issraq, pensyarah Bahasa Arab saya pesan:

1. mengalahlah walau kita tak suka
2. jadi chef pada suami
3. kena ubah 360, ketaatan walau tak suka...kerana itulah syurga

Zassss
Amal Harun
Labuan








2 comments:

  1. betul tu..itulah yg terjadi dgn akak..dulu akak main hoki ye..smp MSSM n ms kat U pun main..tapi nya ketaatan pd suami tu lagi penting...boleh bincang mn yg elok dia bg je tu..jgn risau..mungkin dah sampai masanya kita dan dia pun kena berubah..

    ReplyDelete
  2. opss..lupa..kartun tu jimi dan kembar dia mimi kan..haziq suka sangat baca buku tu

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..