Sunday, 24 June 2012

Keliru yang membencana

Orang muda sekarang (dulu pun sama) lazim mahu membentuk identiti atau mencari identiti masing-masing. Ada yang nak dikenali dengan kumpulan negerinya, 'gang' comel dan vogue, gang masjid, gang tengok wayang dan macam-macam la.

Semua itu semakin ketara bila melangkah ke alam pengajian pra-universiti ayau universiti. Jadi tak hairan akan wujud individu dengan ciri tertentu dan kumpulan-kumpulan dengan identiti masing-masing.

K-Pop.

Maaflah kepada peminat k-pop. Nampak sangat kita orang Islam dan orang malaysia tiada pendirian tetap. Ingat, rasulullah pernah kata: kita nanti di akhirat akan bersama dengan apa yang kita cintai di dunia. Krisis kekeliruan identiti pun dah mula banyak. 

"Miss, miss ..tunggu!" duia orang pelajar lari mengejar saya setelah selesai kuliah. 

"Macam mana, dapat ikut apa yang saya ajar?" tanya saya

"Erm.. boleh so far... Miss, tengok rambut saya, cantik tak" kata pelajar saya. Rambut dia kalau nak tau, memang la cantik, memang gaya model-model dalam tv dan sangat ala-ala K-pop. Saya tak tahu pun sampai tahu k-pop tu.

"Ya cantik, tapi rambut, kalau dalam kepala tu cantik berisi lebih bagus" haha saya membalas dengan nada bergurau. Dia mencebik. Saya anggap mereka ni masing-masing mahu perhatian dan dihargai.

Bapok

Masa saya di universiti, saya pergi ke perpustakaan dan kawasan buku pendidikan jauh dan agak di ceruk. Dalam perjalan dari kaunter utama sehingga rak buku, saya diekori rapat oleh seorang 'perempuan' memakai skirt dan kemeja, hakikatnya dia ialah lelaki. Dan dia kemudia menuju ke rak buku yang sama dengan saya. Saya lemparkan senyuman dan terus lari, tak tahu apa yang saya takut. Mungkin sebab dengar ustaz bahasa arab saya kata, ada pemeriksaan tergempar di asrama lelaki dan jmpa banyak pakaian dalam wanita milik orang yang celaru identiti.

Baru-baru ini, saya menguruskan sebuah pasukan mewakili  kolej. Dan saya perlu bekerjasama dengan beliau. Iaitu setelah melalui transformasi identiti dan personaliti. Saya juga tertipu dan terpesona dengan kecantikan beliau tapi lama-lama baru sedar. Sedangkan kami bersalaman ketika pertama kali jumpa. 

Susah, susah...perempuan nak berurusan dengan 'perempuan'. Inilah bahana kecelaruan. Dr.Tarmizi dalam kelas semasa saya mengambil kursus etika dan akhlak dulu juga pernah mengusulkan topik ini. Masa tu saya tak la fikir seserius ini. 

Kalau kita dilahirkan perempuan, Allah pun bagi fitrah perempuan. Kalau lelaki, fitrah lelaki. Manusia tu lahir dalam keadaan fitrah. Tak jadi isu mereka nak kata fitrah mereka sebaliknya. Dulu saya nak jadi lelaki sebab  membesar bersama 2 orang abang, dan bermain bersama anak-anak jiran yang lelaki. Wan selalu marah dan bagi amaran, tengah syok main, tiba-tiba wan muncul dan tarik telinga. "Balik, ni mainan orang jantan, balikk".

Lagipun kalau jadi lelaki banyak benda boleh buat, aurat tak payah susah nak jaga. Tapi itu fikiran masa kecil. Terfikir yang dilahirkan perempuan, dah tentu Allah akan bagi sesuatu yang aku dapat buat kebaikan dengan menjadi perempuan.

Lelaki kalau lambat kawin orang tak mengata, perempuan kalau lambat kawin sikit, bukan main labelnya. Lelaki kalau bercerai, orang taka kata apa pun, perempuan kalau bercerai, bukan main label, tohmahan dan andaian. Macam-macam.

Berbalik kepada isu bapok, beberapa pelajar saya yang ke universiti sudah mengubah imej, berikutan aktiviti yang mereka sertai. Dan dengan aktiviti itu, jaringan sahabat dan kenalan mereka dengan bapok lain meluas. Saya bagi amaran da nasihat. Tolonglah kamu sedar dengan gender yang diberi kepada kamu, dan bertindaklah selaras pemberiaan Allah kepada kamu.

Bapok, please, walaupun hati kamu baik dan tak sakiti orang, tapi kamu sebenarnya yang sakit dan menyakiti keluarga dan masyarakan lain. Kalau kamu mendakwa itu fitrah, lupakan bisikan syaitan dan sibukkan diri dengan agama dan pembangunan ummah. Ummat memerlukan kamu sebagai rijaal.

Salam hormat
Amal Harun
Labuan.


Monday, 18 June 2012

Jaga-jaga


Sebelum saya menulis selanjutnya, saya ingin memohon maaf kepada yang berkenaan. Saya juga memohon ampun seandainya apa yang akan anda baca membuka keaiban. Saya mohon keampunan Allah.

Tetapi inilah yang sering kita takut dan naudzubillah, kita mohon perlindungan  dari Allah agar kita dipelihara, tenang dan kuat ketika diuji. Tujuan ditulis agar kita syukur dengan nikmat hidayah, tidak berbangga sebab melakukan kebaikan malah sentiasa ingat bahawa inilah tanda kasih Allah pada kita. 

Apa yang bakal saya katakan di sini ialah kuasa hidayah Allah. Allah sahajalah yang berkuasa memberi hidayah dan paling kita takut ialah hidayah yang ditarik. Itulah kuasa hati yang diberi petunjuk, doalah agar hati yang satu ini sentiasa dalam hidayah Allah. Tak mahu saya ulas lagi, sebab saya tak tahu, ilmu pon sedikit sangat. 

Kesimpulannya, ada orang dulu jahat, sekarang dapat hidayah punya main baik. Ada yang diuji dulu punya main baik, tapi kemudian sebaliknya. Okay, keep on doa ya! Bukan untuk diri sahaja, malah doakanlah untuk keluarga, sahabat dan orang lain.

Saya menghadiri satu kelas kecergasan. Antara guru kecergasan di situ ialah seorang lelaki. Pertama kali jumpa dan hari seterusnya saya tak pernah syak bahawa itu ialah dia. Tapi saya macam pernah rasa ada instinct mengenali beliau. Maklumlah Labuan, potensi berjumpa dengan pelbagai orang mungkin tinggi. Jangan salah sangka.

Beliau yang saya maksudkan merupakan senior sekolah saya dulu semasa saya di tingkatan 1. Dia ialah ketua pelajar. Menjadi imam dan membimbing adik-adik. Ketokohan memang miliknya. Suatu malam, saya buka facebook guru kecergasan yang berada dalam senarai rakan saya, beliau ialah wanita. Dia menge’tag’ nama rakan-rakannya di dinding muka buku. Antaranya ialah nama seorang lelaki. Dan nama itu sangat tidak asing bagi saya.

Nama itu ialah nama senior saya, saya yang sangat nak tahu pun klik nama dia dan keluar gambar muka buku, iaitu gambar guru kecergasan yang lelaki tu! Saya pasti kerana itu gambar orang yang sama dengan nama penuh, instinct saya terbukti dengan gambar beliau dan saya memang kenal setiap senior-senior kami hatta tempat asal mereka. Sah dia, dan memang dia dari Labuan.

Selama 3 tahun saya tak pernah yakin, apa yang terdetik di hati saya, saya nafikan. Rupanya betul! Transisi hidup dan transformasi imej jelas mengubah manusia. Saya yakin, naluri beliau tidak senang dengan apa yang dilakukannya, suatu hari insyaAllah dia pasti berubah.

Ini bukanlah tulisan yang memandang hina sesiapa atau bersifat prejudis. Saya ingat Prof. Dr Zainal pernah menerangkan tentang inqilab dalam daurah manhaj hidup muslim. Inqilab ni lebih kurang macam transformasi 180 darjah. Saya tak mengklasifikasi kes senior saya sebagai inqilab. 

Saya teringat. Inqilab, muqallibal, dan qulub berasal dari kata dasar (masdar) yang sama. Sebab tu kita selalu doa, ya muqallibal qulub (wahai hati yang berbolak-balik), thabbit qulubana ‘ala diinika wa tho’atika.

Hati memang berbolak-balik, sentiasa doa, sentiasa jaga hati.

Kita sekarang, kalau berada dalam kondisi ‘baik’, kelihatan baik, soleh atau terpelihara, jangan pernah sombong dengan hidayah dan iman yang ada sekarang. Kita tak tahu satu hari nanti bagaimana akhiran kita. Berimankah atau sebaliknya.

Jagalah diri, jaga dengan siapa kawan kita dan apa aktiviti seharian kita. Mohonlah doa selalu agar Allah pelihara kita dan teruslah melakukan kebaikan. Saya berhenti di sini, ini ialah peringatan untuk saya yang paling utama, yang lain-lain jika bermanfaat sama-sama kongsi dan buat kebaikan.

Mohon keampunan
Amal Harun
Labuan

Saturday, 16 June 2012

Lemons make Lemonade

this picture was taken during my last period of tutorial with CP2T9 2011/2012.


I was happy when i see their results. Everybody got more than i expect them to be. They put their effort at maximum level even they were scolded. I don't meant to make you scared or stressful during my class. I think you know what i meant, its for you to be better. Sometimes, i turn to be monster but most of time we choose to be happy.

You keep complaining Chemistry is hard and i keep complaining teaching you is difficult. But we both learn something very precious in our life. Life is difficult.


“Once we know that life is difficult- once we truly understand and accept it - then life is no longer difficult.”

In life you will have difficulties getting anything you want. It is very rare to get anything in life without some degree of effort. Only if you win the lottery will you have everything without effort, and even then you would have had to go out and buy the lottery ticket anyway so it’s not free at all.

May Allah ease your way throughout the entire life. InsyaAllah. Before i forget, let me list their names.

Front from left: Siti Rahmah, Shaneal, Angela, Elni and back from left: Juliani, Deanne, Madieline, Alexson, Emmanuel, Jamrey, Faizan, Fadziri, and isolated boy at the back hehe...Faiz.

Faiz gave me a pair of purple brooch during his brothers wedding. Faizan's question always something challenging to answer, Fadziri have a very superb understanding in organic chemistry while Shaneal is our college badminton player.

Every person in this class was very close to each other. I can see when they always celebrate their lecturer's birthday plus Fuad and Alexson's birthday. Fortunately, i can eat the cake together with them.

Whenever i give some exercise, quiz or assignments, they keep screaming "nasi lemak..nasi lemak!!!". Seems like they love the nasi lemak.

The person who are not in the photo are: Fuad, Nadia, Eleana, Charles, Boni, Aqil and Rushell.

Aqil is very talkative while Rushell is quite and very hard to come to morning class. Rushell revert to Muslim. His name become Amir Ramadhan. Fuad is smart students but a bit lazy and sleepy during my class. I always 'terpanggil' his late father's name. His father pass away in the early second semester, so he missed my class almost two weeks.

Nadia and Boni are very silent in class. I keep calling Charles as Prince Charles from London...his look is typical Sabahan. He was ex-MRSM. Eleana always sit in front line during my class. She was like not focusing in my class i thought. So, i scream at her "hah, tak buat tutorial". Actually she did answer the tutorials, but cant see. Her face turn to red and feel like want to cry. The whole of the class was shock with my high tone voice.

"Eleana, i'm not accusing you, i just want to wake you up since you like daydreaming and keep looking to the clean whiteboard. I'm sorry hehee i tak sengaja...."

The class is full of laughter when i said to Eleana, and i worry if Eleana feel sad or humiliate  because my harsh action.

“You can make it better”

That is one of the beautiful things about life in CP2T9. You can make your life better. You have total responsibility for what you do and how you respond to the fact that life is hard. As the now cliché saying goes:

“If life hands you lemons, make lemonade.”

Lots of love,
Your Chemistry Teacher
Amal Harun
Labuan Matriculation College.

Muliakan Walinya


Wah! Catchy kan entri kali ini? Tiba-tiba rasa nak kongsikan satu insiden ketika saya keluar makan. Mula-mula malas nak tulis, tetapi setelah difikirkan, ada baiknya ditulis di sini. Mungkin jadi kebaikan, mungkin jadi kenangan. Jadi, marilah kita ikuti insiden yang berlaku sebenarnya. Errr…kena baca sampai sampai habis, kalau tak yakin dapat baca habis baik berhenti jangan buang masa baca catatan saya yang biasa-biasa, baca quran lagi bagus.

Suatu tengah hari, saya dan kawan berhenti makan di sebuah warung, rasanya harus dirahsiakan warung tersebut, sebab kalau cerita warung tu, mesti dah tahu, maklumlah, Labuan ada berapa saja kedai makan yang sedap dan sering dikunjungi.

Saya tiba bersama seorang rakan. Kami pesan makanan dan menunggu sambil bersembang. Sudah tentu butir perbincangan berkisarkan kelas yang kami lalui sepanjang minggu pertama bersama pelajar baru. Saya berpaling ke belakang sebab nak tengok kereta saya di tepi jalan, sebab saya tidak kunci dan rasanya terdapat barang berharga. Ini contoh tawakkal buta. Kiranya di akhir kisah, kereta saya selamat dan tiada sebarang kecurian. Cuma sekejap-sekejap saya berpaling melihat kereta.

Tetapi ada sesuatu yang kurang enak hendak diperkatakan di sini. Ada 2 orang anggota tentera udara beruniform di sebelah meja. Bukanlah sebelah sangat, err…lebih tepat dikatakan selang semeja dan belakang sedikit, ya, begitulah koordinat meja saya dan anggota TUDM tersebut. Apa yang saya perasan, dia kerap memandang kawan saja, bukanlah saya nak pandang dia, tapi terpandang setiap kali nak pandang kereta saya. Gerak hati saya mengatakan pandangan beliau lain daripada pandangan antara orang-orang yang saling tidak mengenali. Wah, memanjangkan pendetailan  situasi di tempat kejadian.

Kawan saya makan macam biasa, takkan pula saya nak kata begini kepada dia “eh, orang kat sana tu asik pandang hang”. Semacam su’u dzan (sangka buruk) pula. Tak lama, setelah 2 orang anggota TUDM itu pergi, tauke kedai datang dan berkata macam ni (ayat memang original macam ni):

“ni saya nak sampaikan hajat orang, dia minta bagi ni” sambil dia menghulur secebis kertas tertera nama dan nombor telefon.

“eh, saya dah kawin dan ada anak satu” terus saja kawan saya memberitahu pembawa ‘hajat’ yang kelihatan terkejut. Dia pon berlalu pergi sambil menegaskan dia hanyalah tukang ‘sampai’.

“takkan lah dia tak perasan hang pernah bawak anak datang sini, kan hari tu kita datang?” saya bertanya.

“dia tak perasan aku kot, aku datang ja dengan laki aku hari tu, ermmmm tak perasan la tu” kawan saya membalas sambil terus makan.

Kemudian kami terus menikmati makanan kami, sambil kawan saya mula mengeluarkan pengalaman berkaitan taktik yang sama pernah berlaku pada masa lalu. Barulah saya tahu, teknik seperti itu memang benar berlaku, ingatkan dalam tv saja hehee.

Selesai makan, saya menuju kaunter bayaran, saya dimaklumkan makanan kami sudah dibayar. Aduh, tekak saya jadi sempit, bukan apa, rasa tak selesa sebab dibayar oleh orang yang tak dikenali, lepas tu macam mana nak berterima kasih? Apa pun, semoga Allah balas kemurahan hati beliau yang membelanja makan tengah hari kami di situ.

“awak mesej dia, cakap terima kasih, saya dah ada anak satu” kata tuan kedai ketika kami menuju pulang.

Itulah insiden yang terjadi. Mungkin insiden biasa bagi orang lain, tapi itu pengalaman pertama saya, bukan pula saya yang kena ‘tackle’. Apapun, Alhamdulillah bersyukur sangat saya tak terlibat. 

Secara peribadinya,saya sangat memohon doa berlindung daripada gangguan sebegitu rupa. Walaupun saya tak tahu kesucian dan keikhlasan niat lelaki itu, saya tetap tidak bersetuju dengan caranya. Mungkin dia baik, tetapi cara tak kena. Pada saya, kalau benar dia bijak, menjungjung tinggi agama dan kemuliaan seorang wanita, dia tidak akan melakukan begitu. Jumpalah wali si perempuan, atau gunakan medium yang lebih terpelihara jauh dari fitnah. Contohnya orang tengah yang amanah menjaga rahsia.

Pandangan saya kelihatan terlalu idealistik, ortodok atau melulu. Entah, tak tahu bagaimana mahu dijelaskan, tetapi hakikatnya jelas, mahu menjaga agama dan menutup ruang fitnah serta godaan syaitan.  Saya juga jelas, jika awal permulaan baik, insyaAllah prosesnya juga akan baik dan natijahnya suatu hari nanti adalah baitul muslim yang baik serta zuriat soleh lagi musleh.

Hekeleh, kecoh je saya ni, bukan dia nak kat saya pon kan? Perasan! Heheh bukan begitu, janganlah salah faham.

“Eh Amal, aku bagi nombor hang kat dia ya, hang kan single lagi?” kata kawan saya.

“Oi, jangan la, walaupun aku single tapi aku tak mau, ni bukan caranya, lagipun sedikit sebanyak kita dah boleh nilai dia” saya membalas, wah bukan main lagi manusia mahu menilai manusia lain, hehe tapi saya tidak terlepas daripada menilai manusia lain menerusi akal yang sedikit cetek. Tapi penilaian ini demi menjaga kemuliaan dan kehormatan.

Kalau dilihat saya sudah hilang peluang. “Okeh, kalau hang tak nak, aku bagi kawan kita yang single lagi”
“bagilah..” saya membalas dan fokus kepada pemanduan. Ah, tak rugi kalau kita jelas dengan matlamat.
Lagipun, jika bertukar nombor telefon, akan berlaku siri ‘sms’ yang berlarutan. Saya rasa hadith nabi ini sangat ‘familiar’, mari kita hayati;

Rasulullah berkata “Janganlah seseorang lelaki duduk berdua-duaan dengan seorang perempuan yang tidak halal baginya, maka sesungguhnya orang ketiga bersama-sama mereka ialah syaitan kecuali bersama mereka seorang mahram.” Riwayat Ahmad.

Allah ingin menguji sejauh mana lelaki dan perempuan yang mengambil keputusan menikah, tetapi masih menjaga adab-adab sebelum halal hubungan, contohnya ketika berkawan sebelum bertunang atau menikah. Jauh atau dekat pasangan itu, tetap ada ujian dan perangkap disediakan syaitan. Paling penting jagalah batas dan kesucian perhubungan sebelum menikah.

Semasa makan, kawan saya banyak menceritakan kisahnya. Banyak pengajaran.

“Aku tak kisah aku kawin lambat, mana yang ada sekarang dah ditetapkan terbaik untuk aku setakat ini. Aku sentiasa doa, janganlah Allah uji aku dengan ujian berhubung dengan lelaki ajnabi sebelum menikah. Kalau kawan-kawan lelaki biasa tak melibatkan hati dan perasaan macam kawan-kawan sekolah kecil-kecil dulu ok la. Takla nampak geletekan syaitan. “ itu pandangan dan hasrat hati kecil aku selama ini. Allah saja yang mendengarnya.

‘Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.’ Yusuf 12:53.

Banyak juga antara kawan saya yang lama berkawan untuk berkenalan sebelum menikah, tak faham saya kenapa tak jadi kawin pula. Kalau saya terima ja (pandai-pandai saja).  Macam-macam hal, perempuan dah tentu malu nak cakap lebih-lebih, nanti dikata over excited, perigi cari timba atau merendahkan ego segala bagai. Ataupun, lelaki ni ‘slow motion’ yang menampakkan dia tak bersungguh. Padahal lelaki tu ok dan perempuan tu ok. Haha..siapa suruh kamu ‘complicated’ atau kompleks.

Kepada lelaki soleh


Rasanya, kalau lelaki nak tunjukkan kesungguhan, keikhlasan serta kebijaksanaannya memuliakan agama, maka dia takkan usik anak dara dengan sms atau ayat atau email atau hadiah sebagai indicator atau medium. Mudahkan proses yakni terus istikharah dan berurusanlah dengan ibu bapanya. Itukan terjamin dan terpelihara, jika negative tidak mengapa, itukan inisiatif yang bakal Allah ganjari dengan lebih banyak kemuliaan lantaran kesabaran. Jika positif pula, haruslah disyukuri dan segerakan peminangan dan pernikahan. InsyaAllah, semoga Allah memelihara.

Inilah ‘think win-win’ yang diutarakan Stephen Covey dalam buku 7 Habits of Highly effective Person. Berjaya melamar atau ditolak adalah sebuah kejayaan, kejayaan mengatasi perangkap nafsu dan syaitan atau dan kejayaan memilih suatu yang halal. Mudah bukan? (susah la kot bagi lelaki nak convince dengan keluarga dia dan keluarga perempuan), tapi kan benda baik mestilah harus dilalui kesusahan.
Baiklah, itu sajalah yang nak saya tulis terbuku dalam kepala saya selama ini. Ia adalah berdasarkan penceritaan dari kawan-kawan tentang kisah pertemuan atau percintaan mereka, bukan saya nak ambil tahu,cuma ambil ibrah. Kuncinya fikir secara positif dan optimis.

Sesungguhnya, menangis bersedihlah para syaitan ketika lafaz sakinah itu dilafazkan. Setelah ijab kabul semua pasti halal dan berpahala. Semuanya pada sebuah ikatan perjanjian berat mitsaqan ghalizha. Kepada yang sudah kawin teruskan pelihara keluarga anda di jalan Allah, dan kepada yang belum berjaga-jaga, permulaan yang baik insyaAllah, natijah dan pengakhiran yang baik.

Jika ingin merasai kebahagiaan rumahtangga pilihlah calon kerana agamanya.  InsyaAllah akan beruntung dan ia merupakan syurga yang didekatkan.

Amal Harun
W.P Labuan




Sunday, 3 June 2012

Melebihi dunia seisinya

Merasmikan lensa baru, dibeli bersama emak dan ayah di Penang Road.
Hari terakhir emak di Madinah, aku mengahatar sms kepada emak. Susah untuk menghubungi beliau. Agak lambat emak membalas.

"Mak dan cikyam sihat, baru habis tahallul. Masjidilharam kini sibuk, tengah renovate lagi. Mau jubah blink-blink ka? Cikyam hilang di bukit uhud kemarin"

 Kali terakhir bercakap dengan emak ialah ketika beliau tiba di Madinah. Sewaktu itu aku berada di kelas agama di Masjid An-Nur. Satu nombor antarabangsa kelihatan, dan sudah tentu emak.

"Amal ya binti, mak dah sampai." itulah ayat pertama emak ketika aku menjawab panggilan. Wah, sungguh jelas. Aku tak mampu nak tanya apa-apa, sebak sungguh bercakap dengan mak ketika di tanah suci. Masa mak pergi haji tak la sebak sangat. Alhamdulillah mak sihat.

"Oklah, nak siap-siap pergi masjid nabi" mak mengakhiri.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Kali terakhir berjumpa mak ialah 16 May yang lalu. Mak, ayah dan baby hantar aku balik Labuan sebab esoknya sudah kerja. Mak peluk kuat sambil nangis. Kalau mak nangis mesti aku pun nangis jugak. Lupalah apa mak pesan, yang penting mak akan sentiasa ulang ayat ni "insyaAllah, mak doakan yang terbaik untuk Amal". Optimis dan yakin sekali mak, basah pipinya.

Tetapi kali ni, aku tahan tak jadi nangis, sebab masa mak hantar di pintu perlepasan sebelum pemeriksaan Kastam, ada Encik Man. Dia dihantar oleh isteri dan anak-anaknya. Memanglah Encik Man tak peduli atau tak nampak, tapi aku berjaya tahan air mata tumpah. Begitulah emak, setiap kali hantar, setiap kali nangis. Aku bukan tak rasa sedih, tapi aku sembunyikan. Malah kalau secara logiknya, mak dan ayah selalu saja hantar aku di airport, sejak 2005 sampai sekarang. Sepatutnya sudah biasa, tetapi makin aku rasa berat. Allah saja yang menjaga kami masing-masing.

Satu hari dalam kereta, "Mak janganlah risau, itukan jodoh. Bukannya kuasa kita. Allah yang letak." aku menjawab isu panas yang mak kemukakan, itu kerisauan dia.

"Mak sentiasa doa untuk anak-anak" kata mak yang kembali positif.

"Ayah pun risau, mak nak doa, di mekah pon mak nak doa" kata mak lagi. Risau la kan aku duk bujang trang tang tang lagi.

"Kalau Allah takdirkan Amal kawin, maka itulah yang terbaik, tapi kalau Allah takdir Amal tak kawin sampai mati, pun Allah dah letakkan itu yang terbaik. Manalah kita tahu kan" cuba mengendurkan kerisauan mak. Memang tak dapat la nak terima umur macam aku sekarang tak kawin lagi. Abang-abang aku dulu kawin lebih muda dari umur aku sekarang. Allahu a'lam ini bukan kerja manusia.

Kemudian, pada hari yang lain, mak kirimkan lagi sms:

"Alhamdulillah, mak dah solat dan doa untuk Amal. Depan Multazam lagi tu, tengah panas, sekarang lepas solat asar. Cikyam tidur, nanti mak snap, dia letih"

Lihatlah, bukan main mak optimis dan yakin dengan kuasa doa. Semoga Allah makbulkan doa mak, Semoga Allah beri mak kesihatan yang baik untuk terus beribadah.

"Assalamualaikum Amal, lepas subuh kami ke Jaqranah, jabal Rahmah dan jabal Nur. Tak berapa shopping sangat, terlalu panas." sms mak lagi. Updates mak di tanah suci sangat menenangkan, rindu mahu ke bumi barakah sana.

Dari Abi Hurairah r.a, "seseorang datang berjumpa Rasulullah dan bertanya, 'siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berhubungan dengan baik?' kemudian Rasulullah menjawab 'ibumu' . Kemudian dia bertana lagi 'kemudian siapa?' Rasulullah menjawab,' Kemudian ibumu ', Dia bertanya lagi, 'kemudian siapa? ' Kemudian ibumu' .Dia bertanya lagi, 'kemudian siapa?' Rasulullah menjawab 'kemudian ayahmu' " Riwayat Muslim


Mak pilih layang-layang untuk cucu di Labuan. Sewaktu kami ke PCB Kelantan Mei 2012.

Ayah pegang layang-layang terbesar, aku beli untuk main di Labuan. Kuat betul angin PCB, ramai sungguh orang .

Mak dan Ayah ketika kami solat Subuh di Masjid Tok Guru Pulau Melaka.

16 Mei 2012, Mak, Ayah dan Baby hantar aku balik, di Bayan Lepas, airport tengah renovate.
Ya Allah, cintailah ibuku. Kasihani ibuku. Ampunkan dosa ibuku. Cintailah ayahku, kasihi ayahku dan ampunkan dosa ayahku.

Amal Harun
Labuan.