Friday, 4 February 2011

Medan Tahrir Suatu Kebangkitan


Kebangkitan rakyat Mesir sudah seminggu. Rakyat menuntut pengunduran Mubarak dan biarkan rakyat sendiri menentukan hala tuju negara. Kini menyaksikan kuasa rakyat menuntut hak kepada pemimpin.Pimpinan rakyat di segenap lapisan telah mencapai kata sepakat bahawa rakyat adalah bersatu teguh dan menuntut Mubarak, regimnya dan parlimennya hendaklah keluar dari Mesir.

“Katakanlah kamu tidak menunggu kami melainkan (kami mendapat) salah satu dari dua kebaikan (Menang atau Syahid). Dan kami pula menunggu pada kamu, kamu akan dikenakan Allah dengan azab disisiNya, atau (azab) dari kami. Maka kamu tunggulah. Sesungguhnya kami (juga) menunggu bersama-sama kamu” (Surah At-Taubah ; 52)

Dan saya juga membaca ini daripada Ustaz Halim: Sesetengah bertanya atau berpendapat bahawa tiba masanya Ikhwan Muslimin memegang tampuk pemerintahan Mesir. Bangkitnya Islam di Mesir bererti kesudahan riwayat Israel dan Kuasa-kuasa besar Dunia yang mendokongnya adalah hampir tiba. Ini harapan semua pihak yang cintakan Islam dan tanahair Islam. Ini harapan kebanyakan rakyat Mesir sendiri. Akan tetapi Ikhwan mempunyai perhitungannya tersendiri.
“Kami ingin menganugerahkan orang-orang yang tertindas di mukabumi. Kami hendak menjadikan mereka imam-imam (pemimpin di tempat mereka). Kami hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (kepimpinan dunia). Kami meneguhkan mereka di mukabumi. Kami (hendak) memperlihatkan Firaun, Haaman dan tentera-tentaranya apa yang mereka takutkan (kebangkitan dan kekalahan)” (Al-Qasas : 5).

mohon membaca di: inijalanku . Marilah kita mendoakan yang terbaik untuk rakyat mesir. Tinggal di Malaysia yang aman bukanlah jalan duduk tetap punggung melayan facebook sahaja. Sungguh setiap kata-kata saya adalah ujian buat saya sendiri juga.


1 comment:

  1. amal, link yang amal bagi tu xboleh buka..huhu

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..