Thursday 6 January 2011

Kena syukur


Sangat penat, kelas hanya 2 jam dan hanya duduk di meja pejabat sepanjang hari, tapi sangat letih. Menanda kertas tak sudah. Apabila balik ke rumah dan terus 'pengsan' dan hanya sedar ketika emak telefon. Hanya 2 minit cakap dengan emak!

Geram la nak menanda kertas jawapan pelajar. Banyak dan sungguh pening dengan tulisan masing-masing. Padahal saya sendiri adalah penyumbang kepada skrip jawapan yang memeningkan.

Kemudian bayangkan perasan semasa menanda skrip jawapan. Penggunaan mental memikirkan kesahihan jawapan yang diberi dan kebolehan mengawal emosi. Dah tentu kau panas, kau ajar lain, yang dibuat lain. Panas! (macam tak pernah jadi pelajar dulu, itu yang kau buat kan?)

Dan segala yang ditulis di atas adalah rungutan yang bukan masalah malah tugas dan tanggungjawab. Terus mendidik dan memberi galakan, bukan memindahkan fakta, tips dan formula sahaja.

Sambung balik episod penat terlampau, dan bangun kemudian mandi dan solat. Sudah hilang selera walaupun lapar. Jadi, saya menuju ke Batu Arang, paling dekat dan membeli burger. Di sinilah saya seperti mahu menangis di situ juga atau cincang saja saya biar jadi daging lumat, biar tahu harga sebuah syukur.

Seorang lelaki cina datang kepada tuan burger dan memberi apron beserta t-shirt yang dipesan. Saya hanya perhatikan dan membuat kesimpulan itu adalah baju dan apron pasukan pembuat burger di gerai tersebut. Bagus! Dia mahu mencipta kelainan dan 're-branding' seperti kata ketua jabatan saya.

Sepanjang membakar burger, roti dan telur atau menyapu majerin sekalipun dia terus berkata-kata penuh semangat. Kata kunci setiap yang dikata adalah, nak tiru logo sedia ada, ada hakcipta terpelihara, dan paling saya kerap dengar adalah berfikiran positif.

Dia seorang peniaga burger berasa bangga menjual burger, malah memandang jauh untuk menambah baik perniagaan. Sungguh bersungguh-sungguh. Kenapa tidak saya seperti itu, menjadi guru, tapi mahu menjadi doktor, menjadi doktor tapi mahu menjadi peguam tapi lebih baik jadi guru sahaja, kerjanya mudah.

Pendek kata, kerja saya sekarang dah bagus. Yang perlu dibaguskan ialah cara memandang dan pelaksanaannya. Biar ikhlas bahawa mendidik itu mulia, beruntung menjadi tenaga pengajar di KML dan berbahagialah mendapat pelajar yang mahu memperbaiki diri walaupun markah belum sampai target.

Cinta kerja saya!

Amal Harun
Labuan


No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..