Wednesday 1 April 2009

Kepalaku hampir dipenggal


Ini kisah benar, pengembaraan penuh mistik. Bina imaginasi anda, ia menyeramkan.


Cuaca panas, sebiji pau dan sebungkus air coklat buat melapik perut, perjalanan berpandukan peta yang tidak jelas mendebarkan. Kampung Kiau dihuni suku kaum Kadazandusun yang terkenal itu menjadi perhentian. Sunyi saja, sesekali bunyi gong dan kulintangan (alat muzik) memecah kesunyian kampung.

Aku, Joyah, Taib dan Jenny gembira menikmati panaroma Kampung Kiau. Menikmati air oren sambil melihat dedaunan hutan dan jambatan gantung yang panjang itu cukup mengujakan. Aku, Joyah dan Taib meniti jambatan gantung tetapi Jenny sudah serik dengan jambatan gantung, dia hanya berdiri sahaja memerhatikan kami.


Pengembaraan berjiwa muda penuh keberaniaan diteruskan. Batu besar sekitar 7 tan kononnya dibawa daripada Pulau Gaya ke Kampung Kiau demi keamanan penduduk. Ia telah disembahyangkan dan dipuja puji oleh bobohizan (bomoh) bagi mendapat sokongan dan keizinan semangat nenek moyang di Gunung Kinabalu. Di situ juga kepala manusia, musuh dan lanun yang dipotong dikeringkan. Kepala dipotong? Gulp!


Ah, sekarang sudah aman, mana ada lagi pemotong kepala. Kami berjalan lagi memasuki rumah tengkorak. Banyak juga tengkorak dan tempayan buat mengisi mayat. Juga daun simpai untuk semangat dan menghalau roh jahat. Rumah tengkorak itu sebelah rumah bobohizan!
Persetankan semua itu, aku tak takut la. Aku baca ma’thurat, hanya Allah tempat berlindung. Takkan kau tak tahu kalam suci surah ke 29 ayat 41? Jangan mengambil perlindungan lain selain Allah.


Kampung Kiau kami redah lagi. Kali ini masing-masing seronok bermain terompah tempurung. Berjalan di atas tempurung kecuali Joyah dan Taib yang tidak mencuba kerana khuatir tempurung tersebut pecah dek berat badan masing-masing hehe. Kami juga belajar berjalan menggunakan buluh. Perempuan penjaga kampung yang aku lihat sebentar tadi menghisap rokok ada bersama kami. Dia penjaga Kampung Kiau! Katanya buluh itu digunakan semasa musim banjir.


Kami mencuba berkali-kali, nampaknya tiada seorang pun yang pandai berjalan dan menstabilkan badan ketika berjalan menggunakan batang buluh tersebut kecuali diriku (ada nada bangga). Aku naik kemudian jatuh, naik lagi buluh tersebut, dan aku jatuh. Naik lagi dan dapat berjalan selangkah. Lama aku cuba, ternyata aku berjaya! Itulah, barangkali Jenny, Taib dan Joyah adalah hasil urbanisasi yang pesat menjelang era gejala PPSMI.


Tetapi Taib pandai pula melastik walaupun tangan kirinya seperti bengkok kerana tidak menerima rawatan fisioterapi. Begitu juga Joyah dan Jenny. Kami teruja menggunakan sumpit. Berat betul kayu sumpit itu. Aku geli menggunakan sumpit itu kerana mungkin ada kuman dari saliva orang lain. Lalu aku suruh seorang budak membuat sumpitan, ia mengenai seekor kera dan tapir. Ulat sagu rumbia pun ada, Taib hampir makan, aku faham, kalau lapar pun takkan sampai ulat gemuk tu pun mahu ditelan. Ada beberapa orang mencuba, ulat itu katanya berprotein tinggi. Eee, aku sentuh saja pun dah geli, ia bergerak-erak di atas tapak tangan dan jari jemari.


Beberapa buah rumah Kampung Kiau kami redah. Kami masuk tanpa membuka kasut, hahaa. Kemudian kami pukul gong, bunyi gong bergema, kami main pengantin. Macam orang bodoh saja. Lepas pergi ke sebuah rumah lagi. Aku main tumbuk-tumbuk padi, dahaganya. Penduduk Kampung Kiau menghidangakan lihing hasil penapaian beras pulut, beras nasi dan ubi kayu dengan ragi. Lihing mengandungi sehingga 11 ke 20 peratus alcohol. Baunya sungguh meloyakan, aku tahan sahaja dahaga itu.


Setelah penat merayau di Kampung Kiau, aku, Jenny, Joyah dan Taib pergi ke sebuah tempat keramaian. Di situ banyak sumandak (gadis) cantik-cantik. Kami sungguh tertarik menonton Sazau Penampang dan Sazau Papar diiringi alunan muzik yang merdu, aku tidak tahu itu muzik apa. Gerak tari mereka memukau mata-mata yang memandang. Tiba-tiba seorang pahlawan bermuka bengis muncul mencari mangsa. Satu-satu ditatapnya. Aku membatukan diri. Fuhh, lega. Pahlawan itu berlalu meneliti seorang bayi baru bertatih.


“hohooooooooooooo…” aku terkejut menekup muka apabila si pahlawan datang dari arah belakangku. Wajahnya didekatkan ke arahku dan Joyah. Aku beranjak ke arah lain. Jenny juga berdebar-debar. Taib membatukan diri melihat sahaja, sempat juga mengetawakan aku yang ketakutan. Serius aku takut apabila dia duduk didepan kami berempat, sambil memegang lembing yang tajam dan menggigit sebilah parang.


“Haaaaaaaaaaaaaaaaaah!”, sergah si pahlawan mengarahkan aku ke suatu tempat tinggi di mana sumandak-sumandak tadi menari. Aku cuba mengelak, tetapi diacukan senjatanya tanda mahu mengamuk kerana ingkar. Aku menurut saja, lemah lutut, dan menggeleter seluruh badan.
“Tolonglah, aku takkan menceroboh lagi kampung kamu huhuu…” aku merayu dalam hati saja.
Hah, inikah dia Monsopiad pahlawan pemotong kepala. Mukanya bengis di hadapanku. Muncul tiga lagi lelaki tanpa pakaian lengkap bersenjata parang, sumpit dan lembing tajam. Aku Nampak dia meluru ke arahku sambil menghunus parang.


“Arghhhh, dia nak kerat kepala!” aku lari turun malangnya dihalang oleh si Monsopiad. Dia mendengus dan menjerit kemarahan begitu juga pahlawan lain, aku melompat apabila dipaksa naik dan dikepung. Huh, bau tuak mereka ni, uweks, aku berlagak selamba di tengah-tengah, mengangkat tangan membuat ‘peace’ supaya Joyah dapat ambil gambar aku.


“Heeeeeeeeeeeeeeeh!” si bengis sebelah kanan pula membuat jerkahan menyebabkan adrenalin yang dirembeskan meningkat ke tahap maksimum. Mereka marah kerana aku mempermainkan mereka barangkali. Lutut aku bergegar-gegar.


Monsopiad memberikan sumpitnya, dia memberi isyarat untuk menyumpit orang lain, dan akhirnya menghalakan ke arah Jenny.


“Arghhhh, jangan Amal, jangan!” Jenny ketakutan. Monsopiad, aku tak mau bunuh kawanku sendiri. Kau mahu baca akhbar; PELAJAR UMS MATI DISUMPIT? Ah, kau macam Red Indian kuno, mana boleh baca news!


Monsopiad memberi isyarat kepadaku supaya menyumpit sebiji belon. Sekali aku cuba dan gagal. Monsopiad jadi bengis, kali kedua sumpitanku tersasar dan ketiga setelah mengubah posisi sumpitan, belon meletup.


Orang ramai bertepuk tangan, mujur aku terselamat dari menjadi mangsa potong kepala. Dia memberi tunduk hormat dan membuat isyarat terima kasih.


Aku memohon ampun dari Allah, aku takkan hampiri tempat itu lagi, penuh khurafat dan kepercayaan karut! Trauma.



7 comments:

  1. eih takutnyer...tolong r.. sungguh dramatis nada penulisan..hakikatnya hanya lawatan sahaja... gelinya..

    ReplyDelete
  2. tu r geli betul ngan pengalaman amal..dengaq citer dia aku ketawa bergolek-golek. PEACE Amal!!!

    ReplyDelete
  3. farhana, teringat kat awak, ia lebih dramatik kalau awak yg kena cik adik oi, ubah watak amal tu kepada farhana, serius mesti lagi kecoh.


    wahida,geli la sebab org tu tak pakai baju, dedah aurat, kalau hang pi sana sahih hang terkencing kat situ jawabnya.

    ReplyDelete
  4. haha.....ainil p sana, xdak la mgerikan mcm description amal tuh.... :D

    ReplyDelete
  5. joyah adalah aku..huhu..
    haha..cntik sekali namaku..
    ainil, btul menakutkan..
    yg tgk mmg la ketawa, tp gerun oo..
    walaupun tahu diorg berlakon, tp Allah saja yg tahu apa berlaku..
    "joyah berlagak macho, tetapi sebenarnya hatinya berdebar2..mujurlah ada kamera yang mampu digunakan sebagai alat menutup kegugupannya..
    pndai sungguh joyah berlakon..setaraf dengan pelakon2 monsopiad itu.."
    hehe

    ReplyDelete
  6. ainil: ingatkan tempat tu bosan, stakat 2jam je paling lama, tgk2 sampai petang gak

    irsha; sedap gak nama joyah tu hehe, elok la ko dok record apa yang dorang buat aku, geramnyeeeeeeeee

    ReplyDelete
  7. Kmu mnggngpnya khurafat tp kmi mgnanggapnya budaya yg tiada ternilai harganya. Melayu sndiri smpi saat ini jauh lbh kurafat dr org Kadazandusun, percaya bomoh, percaya keris ada kuasa mistik, bersekutu dgn jin yg kononya jin Islam, bla bla bla

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..