Tuesday, 7 April 2009

Periuk nasi, barangan haram


Kolej A, 9 malam

Moto dipakir di bawah pokok, berjalan ke bilik. Kemudian solat isyak dan berazam manelaah pelajaran. Suis lampu dan kipas dihidupkan, tingkap dan langsir dibuka luas-luas supaya udara segar dapat masuk. Kemudian hamba turun ke bilik anis memulangkan Chemistry Silberberg. Anis membuka bilik dengan cepat dan menyambar buku lalu memberi amaran. Pintu ditutup. Hamba terkejut dengan perkhabaran itu.

Sekonyong-konyong mendengar berita itu, hamba berlari ke atas, menutup lampu dan kipas kemudian mengunci pintu berlari keluar. Adapun hamba berjalan berlagak tak bersalah memecah kegelapan, kemudian singgah sebentar di bilik nurul meminjam tudung takut terserempak dengan ajnabi. Telahan itu benar apabila hamba terserempak dengan seorang lelaki bertubuh tegap lagi menakutkan di asrama puteri, beliau memikul plastic penuh berisi periuk nasi.

Hamba bertawakkal sahaja sekiranya bilik hamba dipecah masuk, ataupun beras, spageti, mi segera dan minuman dirembat. Maknanya itu bukan rezeki hamba. Hamba tidak dapat menghubungi wahida kerana telefon hamba tertinggal di bilik.

Demi sesungguhnya hamba singgah di bilik gee, tatkala itu felo itu datang dan menerjah hamba bersama keris AUKU. Hamba tidak tertewas kerana bijak berhelah.
Alahai felo, hamba tahu kalian juga ada rice cooker kerana hamba melihat sendiri kalian memasak! kalian juga tertakluk kepada AUKU 1971. Ternyata kalian salah guna kuasa, tak amanah!!!!Felo nak C4 ke?

Adapun pada masa yang sama wahida di bilik dalam kegelapan dan kepanasan, mengunci bilik dari dalam dan menyembunyikan diri di bawah meja sambil menikmati sebiji burger tanpa menghiraukan jeritan felo dan ketukan pintu yang bertalu-talu.

HEP menjalankan operasi besar-besaran merampas periuk dan mengeluarkan saman yang kononnya berlahan dengan AUKU 1971. Persetankan semua itu, HEP patut merenung kembali mengapa setiap bilik ada periuk nasi.

Jawapannya, dalam menuju kecermerlangan akademik dan memiliki akhlak, emosi dan jasmani, makanan yang baik adalah sangat penting. Kualiti makanan perlulah mengikut tahap makanan manusia amnya, bukan seperti nasi basi yang dibeli oleh Gee tempoh hari. Selain aspek kualiti makanan yang memenuhi nutrisi badan diambil perlulah bersih sedari penyediaannya sehinggalah kepada penyajiannya.Bagaimana mahu bersih sekiranya makanan tidak ditutup terdedah kepada lalt dan suasana dapur kafe yang jijik sehingga menjadi tempat lepak para anjing?

Jelas, aspek kebersihan dan kualiti makanan yang seperti ini akan adakah barakahnya? dan bagaimana pula mahu menjadi darah daging kemudian menjana fikiran serta hati dalam proses menuntut ilmu?

HEP sila lebih realistik dengan mecekik darah menyaman sesuka hati tanpa memikirkan masa depan insan terdesak antara dua pilihan makanan kotor dan bersih.

6 comments:

  1. ohmm.nak betulkan..felo boleh masak tp pelajar tak leh lah..ni cerita di blok lelaki..drang tengah masak..tiba2 dengar cita ada hep nak menangkap mereka yang melanggar auku..jd drang pun kunci n lari..hep datang bawa kunci pendua pa lagi..buka alihkan nasi dalam periuk n ambil periuk tu..dahsyat..macam kita pendatang pla.. kadang2 manusia bertindak tidak seperti manusia..
    tp tak fkir..makanan mahal tak ambil tindakan..
    saya g tau eh.. makanan kat UUM paling murah
    nasi, 1 sayur, 1 lauk
    uum = 1.80 -2.00 only.
    um = 2.80-3.00
    UIA = 2.80 -3.00
    usm = 2.50-300
    UPSi = 2.80-300
    "UMS" = 3.30 - 3.50..mahal kan...tersanagtlah mahal""""""
    HEP tutup mata..kita??buta mata..buta tindakan..
    org dalam buta hati..opsss

    ReplyDelete
  2. macam mana yer, kalau ada felo ke, pengetua kolej ke, ada terbaca blog engkau nie...... kantoi ko...
    tp xsuma nya jahat la... bilik aku ada kipas angin meja, printer dan laptop yang blom dibayar lesennya, tp staf ari tu cuma tgk je. dia cuma angkat heater rumate aku. mcm mau xmau je dia nak ambil barang elektrik aku... xkan standan pisang, semuanya busuk.... renung-renungkan dan berAMAL-AMAL lah ko....

    ReplyDelete
  3. pembetulan...aku makan burger ayam atas katil hg. hehe...Yang time nyorok bwh meja tu masa awal2 je sbb aku panik. Pas fikir punya fikir, barulah terfikir nak duk blakang pintu pulak. Tak kira, demi barang2 aku, aku tetap pertahankan.cewah =)

    ReplyDelete
  4. hardcore yang busuk, sbb tu la ada yang masuk bilik orag tak buka kasut, terlampau la jugak memandang jijik bilik student,

    kalau boleh aku mmg tanak masak, bukan ada masa pon, tapi memandangkan terpaksa mengadap makanan kafe yang tak bersih, tak berkualiti, maka sem ni aku gagahkan diri melanggar disiplin.

    rumah timb pengetua depan bilik aku saja

    ReplyDelete
  5. kenapa felo boleh, student tak boleh padahal tinggal di level yang sama. kesian la kat semua orang, tengok juga kafe ab tu laku ke tidak

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..