Friday 17 April 2009

Andaiku Pergi

Cerita hidup kian berlalu
Membawaku ke penghujung
Kaku langkah kian lemah
Kelu lidah untuk bicara

Langit jingga warna senja
Desir bayu membisik duka
Kealpaan nan semalam
Inginku lepaskan luka silam

Bersama rayu doa
Damba keampunanNya

Andai diriku pergi
Tinggalkanmu sendiri
Usah kau sedih
Usah tangisi duga dari Ilahi

Andaiku pergi dulu
Tiba tika dan waktu
Telah tertulis takdir untukku
Perjanjian yang Maha Agung
Doakanku sejahtera disisiNya

Rasa gentar rasa rindu
Bertarung di fikiranku
Wajah ceria, senyum manja
Kisah kita menghapus resah

Maafkan diriku kasih
Kerna buat kau menangis
Restuiku dengan cinta
Jangan kau titiskan air mata
Pintaku redhailah
Terima kasih atas segalanya

Hidup ini sementara
Ujian pasti setia hati
PadaMu kekasih

Moga rahmat hidayahMu
Mengiringiku, menemaniku
Saat akhir waktu
Bersaksi diriku
Tiada lain hanya Kau satu
Memiliki cintaku
Ku serah segalanya kepada Mu

Andaiku Pergi dendangan Mirwana adalah nuansa hari Jumaat ini. Saya telah membuat perjanjian melepaskan ‘seorang’ sahabat baik dan terlalu setia sepanjang 4 tahun di Sabah. Beliau tanpa nama sangat bermakna mengisi hari-hari saya bergelar hamba Allah. Dengan izin Allah kami bersama ke kelas, tutorial, lab SST, masjid, IBTP,Raudhatul Kauthar, Kuala Penyu, fieldwork dan ke perpustakaan biarpun lewat malam masih setia menemani saya.

Jika pulang ke kampung, saya pasti merindui beliau. Beliau tabah menghadapi terik matahari Kuala Penyu ataupun banjir Telipok. Hampir 100% kehidupan saya dan rakan saya yang lain diwarnai suka duka, saat manisnya bersama beliau. Beliau sentiasa menghala ke jalan-jalan yang soleh lagi diredhai Allah. Saya pasti akan merindui saat kami menyusuri pantai Teluk Likas dan ketika kami ditahan polis trafik, mereka menyangka saya tidak cukup umur. Kita tetap bersama walau ke mana jua.

Terima Kasih Kriss 100, semoga kita berjumpa di syurga dan kau menjelma menjadi Toyota Caldina hendaknya. Lagu itu, untuk kita berdua.

5 comments:

  1. Salam Wasilah Ukhuwah Fillah

    Kirim salam ya dengan 'sahabat baik tanpa nama' itu. Mesti dia bangga dapat berkhidmat dengan insan mulia bergelar bakal guru. Salam imtihan cikgu

    ReplyDelete
  2. Jazakillah, selamat berjuang juga bos! jangan lupa bawa matrik card ke dewan.

    ReplyDelete
  3. bakal guru, owh title itu..asalkan jgn ghurur

    ReplyDelete
  4. bukan moto intan oi tapi caldina, memang la cantik, tgk tuan yang menjaga jugak hehe, komen melampau plak

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..