Saturday, 31 December 2011

Lucunya Negeri Ini


Filem yang sarkastik. Disuarakan untuk pemerintah daripada rakyat.

1. Kisah ini membawa mesej tentang perjuangan rakyat kelas bawahan.

2. Apakah yang dilakukan golongan atasan membela rakyat marhaen seperti yang mereka janjikan dalam pilihanraya.

3. Jika golongan rakyat miskin hina ingin survive dengan menjadi penyeluk saku, apalah bezanya dengan golongan atasan yang tamakkan kemewahan dengan korupsi?

4. Perjuangan golongan bawahan yang berpendidikan mendidik anak bangsa membezakan halal haram, mengenal tuhan, hidup dengan rasa izzah bukan atas dasar material.

5. Ia jauh lebih baik dan bermanfaat ditonton berbanding beberapa filem Malaysia yang cliche, hanya menarik jutaan penonton kerana paras rupa pelakon, cinematography dan aksi ranjang yang menggiurkan. Itu sajakah filem Malaysia?

6. Ada terdengar di kaca tv, Filem kita wajah kita. Wajah bagaimana yang ingin ditekankan, penuh dengan aksi ghairah sahaja, menanam bibit-bibit nafsu syahwat. Dan akhirnya bangga Malaysia juga berjaya hasilkan aksi seks setaraf filem orang putih.

7. Filem yang jauh dari mesej bermanfaat. Bertindaklah agar lebih selektif dalam menonton.

Kita ialah apa yang kita baca dan tonton.

Tuesday, 27 December 2011

Lupa

Kad atm hilang, SD card kamera juga hilang dan entah beberapa barang yang masih belum sedar akan kehilangannya. Sebenarnya ia tidak hilang atau jika benar hilang, ia sebenarnya berpunca daripada saya. Saya suka letak merata-rata, kemudia di mana saya simpan. Akibatnya mengambil masa mencari dan paling rugi ialah tidak menjumpainya.

Inilah simptom biasa terjadi jika serabut dengan hal hidup yang tidak tersusun. Oh, external hard disk pula dijangkiti virus, banyak gambar dan dokumen penting di dalamnya tidak dapat dibuka. Lambakan kerja yang makin bertambah dan kegagalan mengurus masa menjadikan situasi bertambah buruk. 

Kehidupan harus di'pause' sebentar. Ya, banyak yang ditinggalkan, semakin jauh dengan Tuhan. Semakin lupa dan lupa. Setelah pause, muhasabahlah sebentar. Kembalilah kepada Tuhan yang maha mengetahui dan maha mendengar. Dialah yang maha memaafkan. Jom, pohonkan kemampunan Allah.

Anatara orang yang Allah masukkan ke dalam syurga:
1. Sentiasa menafkahkan harta di kala susah dan senang.
2. Sentiasa menahan marah.
3.Orang yang membuat maksiat lalu bertaubat.
4. Orang yang sentiasa beristighfar.

Kita memang pelupa, jika lupa SD kad mungkin hilang gambar, tapi kalau Allah dilupakan? Ya Allah, hidupkan kami dengan kasih sayangMu, kami serah segala padaMu.



Menulis bukan merasa diri suci, tetapi memperingati diri sendiri.
Amal Harun
Labuan.

Sunday, 25 December 2011

Baby

Patut la tengok baby boleh hilangkan stress. Jadi boleh tengok ini.