Saturday, 7 March 2009

Langit Hitam Ramadhan

Malam gelap pekat
Segelap jalan raya baru berturap
Angin lembut
Menyapa para gadis
Pulang dari kedamaian tarawih.

Ghairah.
Turunkan cermin kereta
Keluarkan kepala
Dongak ke langit
Ya, itu langit ramadhan
Indah! Bertasbih cengkerik.

Bintang!
Satu, dua, tiga...
Terlalu banyak.

Langit hitam ramadhan
Beristeri bintang
Aku cemburu!

Kg. Karukan
Bahagian Pedalaman Bawah.
20 Ramadhan 1429 H.

Friday, 6 March 2009

Lapangkan Dada Kami

Dalam beberapa hari kebelakangan ini banyak mengajar saya supaya bersabar terutama semalam dan hari ini.Setelah tamat beberapa peperiksaan pertengahan, kami bertungkus-lumus menyiapkan tugasan.Bermula selepas subuh sehingga petang. Malam kuliah.

Kuliah 7 hingga 10 malam, pensyarah panggil nama setiap seorang dalam dewan yang besar itu, nama yang berada dalam senarai ialah 428 orang pelajar, ada ramai lagi yang belum berdaftar dan semalam manusia pemonteng turut dikesan.

Barangkali sibuk menyiapkan tugasan Prof. Vincent. Saya dan dua junior, anis dan syikin tidak ketinggalan 'memulun', memberi sentuhan terakhir terhadap tugasan kami. Segala puji bagi Allah yang mengizinkan kami menyudahkan tugasan kami. Kesannya, masing-masing bermata zombie untuk beberapa ketika. Selepas ini teruskan untuk meyudahkan tugasan berbaki yang lain.

Bukankah Allah telah berpesan:

Maka apabila engkau telah selesai (dari suatu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain).Dan kepada tuhanmulah engkau berharap. 94:7-8


Stop Procrastination!
88999 Kota Kinabalu

Wednesday, 4 March 2009

Jalur Lebar Yang Sempit

Sudah masuk 4 hari modem broadband saya buat 'fi'il'. Ini kali kedua, memang menyakitkan hati dan menguji kesabaran. Kali pertama buat hal januari lalu, modem panas walaupun baru 5 minit. Mujur toke kedai tukarkan dengan yang baru. Kali ni dia buat hal lagi, susah nak 'connect', mula-mula saya tak kisah, ini hikmah supaya saya menumpukan perhatian terhadap 4 peperiksaan terdekat. Tapi bila di saat memerlukan masih sama.

Saya fikir liputan celcom di bilik saya terhad, jadi saya beralih ke masjid, pun sama. Kecewanya, sekarang online dengan wireless masjid yang boleh tahan perlahan, tetapi itu lebih baik daripada janji celcom yang memberi liputan terbaik, hampes!

Dilarang berkata kalau; kalau saya tak beli celcom broadband ni, setiap bulan saya dapat beli pelbagai buku yang enak dibaca di HARRIS 1B! (huhu geram sedih).

I'm thinking to ban the broadband!