Di Pohon Batu Labuan, Mus'ab 2.5 bulan. |
2 minggu lagi sebelum cuti habis. Hantar Mus'ab kepada pengasuh semata-mata sebagai orientasi kepada saya agar sudi 'melepaskan' anak seketika dalam tempoh bekerja. Sepanjang duduk di rumah, saya hanya menunggu masa selepas asar, nak ambil Mus'ab. Begitulah yang berlaku dalam 2 minggu. Adapun, tujuan yang lain ialah membiasakan diri dengan susu botol. Sayang sekali, Mus'ab sangat bijak dengan menolak pelbagai jenis botol dan puting yang dicuba. Ini kisah lain, nanti cerita lain kali. Kebijaksanaan dia ialah membezakan puting tiruan dan puting yang dikurniakan oleh Allah.
Setelah kerja ialah cabaran mengurus rumah, mengurus suami dan anak sehinggalah diri sendiri tak terurus. Rutin bermula selepas solat subuh untuk mengepam susu, siapkan baju suami (kadang skip, biar dia sendiri), dan buat sarapan. Akan tetapi dek keletihan kadang-kadang terus tidur lepas subuh, maka sarapan saja di kafe atau di kedai. Masuk kerja jam 8 dan balik 4.15 petang. Terus ambil Mus'ab dan menerima laporan dari pengasuhnya. Solat asar dan susukan Mus'ab sebab dia tahan lapar, petang tak mahu menyusu botol. Kemudian siapkan makan malam. Lepas isyak atau lepas maghrib makan malam. Dan tak lama, tidur. Anak akan diurus suami. Kalau aku kata nak tidoq, maka nak tidoq, apa pon takleh buat.
Oh beginilah rutin. Itu saja.
No!!! Ada lagi, mencuci dan mensteril botol-botol susu, mencuci pam susu dan mengepam.
Kadang (selalu) terpaksa
Jadi, inilah rutin baru.
p/s: 1. bercita-cita nak berhenti kerja setelah tamat hutang
2. tiada masa belek telefon lagi.
Amal Harun
Labuan
madam bila nak hapdet blognyer..
ReplyDelete