Accidently found this beautiful and massive mosque in Kepala Batas. If you are heading towards Bertam Perdana, this mosque is located at your left side, nearby lake called Vision Park and opposite Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.
A very conducive masjid, and user friendly. There is a good ambient, clean and provides a lot of facilities. Very important to mention here is the toilet is very clean. Lift is provided for wheelchair user.
Yesterday i went to this masjid to perform Zuhur prayer after fetching my youngest sister. Then i straight away go to the office and asking about the procedure for my solemnization this coming Syaaban. I have to fill the form after agree with the regulations. I do respect with the rules and regulation stated there in order to behave and 'jaga adab' in masjid, especially during the solemnization.
My father always grumbling with this matter when there is solemnization in Masjid Permatang Haji Hassan, because he was an Imam there. I did watch, people or guest who come to masjid for solemnization is not covering aurah properly, come with their ajnabi and in menstruation.
Well, yesterday ayah inform me that the masjid permit us to do our nikah session here.
mereka mencalonkan dirimu untuk suatu perkara, seandainya kau memahaminya, maka jagalah dirimu dari hal-hal yang hina...hassan al-banna
Monday, 1 July 2013
Masjid Abdullah Fahim
Labels:
photojournalism,
santai
Dr.Nazhatul Muna
Labels:
travelog amal:satu pencarian
Pra Perkahwinan
Kami tak buat pre-wed...jangan salah sangka.
Menjelang hari pernikahan, ada soalan berbau kepentingan diri. Ini yang saya risaukan. Tengah memandu, saya teringat, lalu saya sms Muazzin bertanya soalan-soalan ini. Nampaknya dia belum jawab, meninggalkan saya dengan tanda tanya, tunggulah dia bila dah jadi suami barulah dia nak tunjukkan kekuasaannya...agaknya la..mentang-mentang saya wajib taat. (diam tu bukan tanda setuju, diam orang lelaki bermaksud tak setuju!!!!!)
Tapi saya tahu dia baik, dia mungkin akan mempertimbangkan, harap dia izikan selepas ini.
1. Menjadi jurugambar
Saya hanya nak shoot baby dan potret famili sahaja. Kalau tiada yang nak, cukuplah gambar keluarga saya. Bilal (DSLR) tetap di hati walaupun Allah kurniakan Muazzin.
2. Menjadi Urban cyclist
Basikal ini dah lama saya impikan. Helmet abang saya Faiz yang bagi. Saya bimbang basikal baru saya tu terbiar, kasihan. Saya nak berbasikal, nak kecilkan paha! Nak kurangkan berat badan dan nak riadhah. Saya harap dia beli, saya sanggup belikan dia. Asalkan dia izinkan saya berbasikal. Jika dia tak bagi..tak apalah....(sedih sangat)...tak pernah terjadi dalam hidup nak buat sesuatu, tapi dilarang...oh..sukar.
Seingat saya, 1 ja larangan mak...iaitu apabila saya nak pergi water rafting di Sungai Padas. Mak tanya rafting tu macam mana?? Saya pun tunjukkan video youtube terus mak tak bagi, mak kata campur lelaki perempuan. Baiklah. Alasan je tu...oh freedom!!!!
Gambar ini menjadi monumen, manakala basikal menjadi artifak huhuuu sedih sangat.

Ini encik Randanshah, dia otai 50mm. Semasa MPPB 2012/2013 |
2010, Bilal 1 peneman saya.Dialah pelengkap jemari. |
Jadi photographer perkahwinan sahabat saya semasa di SMAKK dulu. Terima Kasih Mila kerana bagi kepercayaan. |
2. Menjadi Urban cyclist
Basikal ini dah lama saya impikan. Helmet abang saya Faiz yang bagi. Saya bimbang basikal baru saya tu terbiar, kasihan. Saya nak berbasikal, nak kecilkan paha! Nak kurangkan berat badan dan nak riadhah. Saya harap dia beli, saya sanggup belikan dia. Asalkan dia izinkan saya berbasikal. Jika dia tak bagi..tak apalah....(sedih sangat)...tak pernah terjadi dalam hidup nak buat sesuatu, tapi dilarang...oh..sukar.
Seingat saya, 1 ja larangan mak...iaitu apabila saya nak pergi water rafting di Sungai Padas. Mak tanya rafting tu macam mana?? Saya pun tunjukkan video youtube terus mak tak bagi, mak kata campur lelaki perempuan. Baiklah. Alasan je tu...oh freedom!!!!
Gambar ini menjadi monumen, manakala basikal menjadi artifak huhuuu sedih sangat.
Labels:
mitsaqan ghalizha
Kronologi...jawapan kepada semua yang bertanya.
Ujian
Menjelang usia melepasi 25 tahun merupakan fasa kerisauan
ayah dan emak tentang jodoh saya. Banyak inisiatif ayah dan emak tentang calon
suami saya. Semua ini setelah saya memberi ‘mandat’ kepada mereka tentang siapa
saja yang baik menurut emak dan ayah saya, pasti baik juga untuk saya, walaupun
hati saya tak yakin.
Tidak sempat saya membantah tentang pencalonan ayah atau
emak, pihak di sana tiba-tiba menarik diri, membatalkan niat atau memberi alasan
tidak sekufu. Dari satu sisi saya sedikit gembira dan bersyukur saya tidak
dijodohkan disebabkan kesediaan hati saya yang belum mantap. Tetapi dari sisi
yang lain, saya kasihan dengan ayah tentang inisiatifnya yang belum berhasil,
dengan kata lain; anak daranya makin berumur, tetapi masih solo.
Paling mengharukan apabila ayah selalu menyatakan tentang
nazarnya mahu menyembelih kambing Jamnapari semasa pertunangan saya, walhal
ketika itu tiada siapa mahukan saya. Perlahan-lahan mata saya basah mendengar
kerisauan ayah yang tidak dizahirkan.
“ayah mau sembelih kambing hehee” kata ayah, nada gurauan
tapi serius.
“ayah, kenapa kalau kak amal bertunang ayah nak sembelih
kambing, tapi adik bertunang hari tu tak sembelih kambing pun?” tanya baby,
adik bongsu kami. Serba salah ayah nak menjawab kan, sebab masa tu kami semua
dalam kereta termasuk adik saya yang sudah bertunang.
“ sebab kak amal dah tua, adik muda lagi, jadi ayah nazar,
supaya kak amal tak jadi anak dara tua” jelas saya direct to the point juga. Ayah tak bagi respon juga,
dia diam. Manalah tahu hati ayah selaku wali. Berat tanggungjawab bela anak perempuan, dah 27
tahun belum lepas-lepas. Ok janji nak jadi baik supaya ayah tak share dosa yang
saya buat.
Berlainan dengan emak, yang terus ‘direct to the point’
menyatakan kerisauan saya yang tak kahwin lagi kemudian bekerja jauh dari
pandangan emak dan ayah. Semua itu berjaya saya jawab dengan berkali-kali
mengingatkan mereka tentang jodoh kuasa Allah, jika tidak di dunia, Allah janji
akan bagi juga di akhirat. Allah memberi yang terbaik kepada kita menurut
pengetahuan-Nya yang Maha Luas. Tetapi di sudut hati sendiri memikirkan
kebenaran impian dan harapan emak dan ayah, kemudian cepat-cepat mengingat janji
Allah “Thoiyyibin lit Thoiyibaat”.
Emak pernah sms saya ketika di Tanah Suci. “Amal, mak doakan
amal (jodoh) di hadapan multazam, tengah-tengah panas mak solat”. Ya Allah,
antara tempat mustajab doa ialah di hadapan Multazam, apatah lagi doa ibu.
Allahu Akbar, masih tidak yakinkah Allah Maha Mendengar?
“Mak doakan semuanya yang terbaik untuk Amal” kata emak
ketika menghantar saya di airport. Ketika itu memang emak dan ayah tidak dapat
menyembunyikan kerisauan mereka lebih-lebih lagi menjelang hari pernikahan adik
yang 3 tahun lebih muda dari saya.
“Amal, adik bertunang lepas raya, kalau amal ada calon,
buatlah yang amal dulu” kata mak. Itulah pertama kali saya dengar adik saya
akan kahwin. Oh, cepat gila. Dia baru bergraduasi, just nice la kan.
“Mana ada mak, proceed sajala, pedulikan apa orang kata,
amal tak mau apa-apa” maksudnya saya tak mahu hadiah-hadiah sebagai adat
langkah bendul.
Isyarat yang mak sampaikan kepada saya sangat besar
maknanya. Cukuplah selama ini emak dan ayah berusaha dan berdoa bagi urusan
jodoh saya. Tetapi saya lansung tak buat apa-apa. Barulah saya tahu yang selama
ini orang yang usahakan untuk saya, saya sendiri hanya berharap dari jauh dan
relax-relax saja menunggu hasil.
Masuk ramadhan, saya melalui ramadhan dengan sangat menyedihkan.
Sahur dan berbuka sendirian. Sebab housemate saya hindu. Terawih sendirian. Oh
redhalah dan belajar jadi FA (forever alone..salah sebab Allah sentiasa ada)
terutama bulan mulia begini. Saya sangat tersentuh kalau ramadhan seorang diri.
Masak sendiri, sahur dan berbuka sendiri, ke masjid sendiri. Mengada-ngada
jugakla saya…padahal malas masak.
Tahun lepas, kawan sekolah saya ada propose begini “amal, if
I ask your hand in marriage, will you accept?” dan ‘nanti, kalau kahwin boleh tadarus sama dengan isteri” disebabkan
single saya pun kata yes, sebab dia soleh dan intelligent, memenuhi criteria.
Selepas itu sebelum sempat dia meneruskan niat, ayahnya kembali ke rahmatullah,
dia pun bagitahu saya begini: “amal, I cant proceed to the next stage, if someone
asking you, then you are free to choose someone else”.
Dengan kata lain, dia
tak mahukan saya. Oh, saya bersyukur, sebab tidak jadi. Sebab saya yakin kami
tak ada chemistry. Sebetulnya tiada jodoh. Kami bukan bercinta, malah nombor
telefon pun tiada, hanya inbox di FB untuk perkara penting. Begitulah kisah
dengan kawan sekolah saya. Semoga dia bertemu isteri solehah yang dicari.
Itu kisah Ramadhan tahun lepas, jadi kisah Ramadhan 2012
pula ialah mujahadah saya. Saya berdoa pada setiap sujud agar Allah tunjukkan
jalan usaha kepada saya. InsyaAllah saya akan berusaha. Tewas berusaha lebih
bagus dari duduk saja seperti sebelum ini. Ya, mesti usaha.
“bila kau nak kawin sayang? “ tanya makcik zaitun. Makcik tu
memang bahasakan saya sayang, sebab dia kata saya macam anaknya. Bagusnya
makcik kalau ada anak yang boleh dibuat calon suami saya, dan ada mak mertua
yang sayang saya heheee. (berangan) . Dia ada anak lelaki tapi sekolah lagi
hahaa.
“ah, tiap-tiap tahun makcik tanya soalan yang sama, makcik
doakanlah. Belum jodoh. Tapi adik saya dah nak kahwin, baru habis belajar” kata
saya.
“eh, kau muda lagi, dah jodoh dia awal. Kau relax dulu,
sambung belajar ya nak” pujuk makcik zaitun heheee. Dia rasa bersalah kot
hehee..kemudian dia bagi gula-gula choclairs di masjid IOFC…adoi!
Kak Pah bukan nama sebenar berjanji menemukan saya dengan
seorang kakitangan PETRONAS Methanol Labuan. Tidaklah saya kenal dengan
orangnya. Kata kak pah, dia baik, berilmu dan baik akhlanya berlandas agama.
Ok, apa-apalah..tidaklah saya nak yakin 100%. Saya tak kata apa-apa.Neutral.
Istikharah dulu.
Saya meneruskan solat sunat memohon petunjuk Allah, apakah
bentuk usaha yang ada lagi. Pada suatu hari, selepas solat zohor saya terfikir
untuk bertanya ustazah perihal proposal ‘beliau’ tahun-tahun dulu yang katanya
terhalang.
Ah, malunya, saya perempuan. Sudahlah dulu saya tidak rasa apa-apa, sekadar meyakini
akhlaknya setakat menjadi kawan sepejabat sahaja. Wajarkah proposal lama
dikorek kembali? Dulu saya rasa tak sedia dan macam tak mahu pada dia. Saya
hanya email pada dia, kita kena ikut cakap mak ayah….kalau mak ayah tak izin,
tak boleh paksa. Lagipun saya biasa-biasa, tak ada sesuatu yang boleh menambat
hati mak dia mungkin. Saya terus lupakan dan keadaan biasa, macam tak ada
apa-apa. Sebab hidup perlu terus ke hadapan.
Saya solat hajat beberapa kali, benarkah apa yang saya
fikir, patutkah saya bertindak? Banyak kali saya doa dan solat. Akhirnya saya korbankan
rasa malu. Buat apa malu untuk perkara yang makruf. Saya nyatakan kepada
ustazah, dan dia memberi respon akan membincangkan dengan segera.
Sekembalinya dari Syawal, saya menerima panggilan dari
ustaz. Di biliknya, ustaz menyatakan respon positif bahawa ‘beliau’ bersetuju
tetapi khuatir dengan apa yang telah berlaku. Yakni saya telah mengetahui
segala kisah beliau. Jadi beliau merasa segan. Ustaz juga menasihati saya agar
meluruskan niat. Saya nyatakan saya mengambil keputusan ini bukanlah disebabkan
faktor usia atau persekitaran, iaitu orang berkahwin, jadi saya berkahwin. Sejujurnya
saya cuba meluruskan niat menikah untuk menjaga iman dan wasilah tarbiyyah diri
yang paling dekat. Mudah-mudahan Allah memelihara saya daripada niat yang
ghurur (lalai dan penuh angan-angan).
Berangan jugakla…hadooii.
Sekarang respon hanyalah daripada ustaz, tiada kenyataan
rasmi dari beliau. Pada masa yang sama, saya diuji dengan dengan beberapa
perkara lain. Semuanya saya kira sebagai ujian setelah saya mengambil keputusan
ini. Dalam tempoh ini, hanya tawakal dan doa kepada Allah.
Sebuah Taaruf
Menjelang EidulAdha, saya menerima mesej di inbox FB. Beliau
menyatakan hasrat, keserasian antara kami dan ‘keseganan’ beliau berdasarkan
kisah hidupnya sebelum ini. Saya nyatakan pendirian saya bahawa segalanya
adalah sejarah masing-masing. Entahlah, payah nak fikir.Sangka baik sajalah.
Oh, padahal dalam hati susah juga…mampu tak ni???
Pertengahan November, setelah emak dan ayah beliau kembali
dari tanah suci, beliau mengajak saya untuk sebuah taaruf disaksikan ustaz dan
ustazah. Beliau dengan panjang lebar menyatakan hasrat hati. Suasana malam
sangatlah sejuk dengan tiupan angin yang kencang. Ada hujan dan ombak kuat.
Suasana macam tu membuatkan kosentrasi saya hilang, saya tidak focus dengan
setiap kata-kata beliau, dan hanya sedikit pesanan ustaz ustazah yang saya
kutip. Selebihnya, saya tidak tahan angin kuat dan sangat sejuk.
Dipendekkan
cerita, taaruf itu adalah seperti sesi kaunseling keluarga atau kaunseling
suami isteri bergaduh….begitulah gambarannya. Di samping gaya saya yang buntu
kerana esoknya akan terbang ke KAKOM. Sampaikan pekerja Terumbu Warisan
tersengguk-sengguk tunggu kami. Di akhir pertemuan, nampaknya beliau rasa
sedikit tenang melalui riak wajah yang ceria.
Ya Allah, mudahkan urusan kami, terima kasih atas sebuah taaruf yang
indah!
2 Keluarga
Seperti yang dirancang, kami akan melansungkan pertunangan
menjelang bulan Mei dan nikah pada awal Julai. Sekarang baru Januari. Tempoh
yang lama jika kedua-duanya berada di tempat yang sama dan satu tempat kerja
yang sama!
Beliau membatalkan niat mendaki Gunung Kinabalu pada
Februari. Jadi bolehlah balik dan membawa kedua ibu bapanya bertemu keluarga
saya. Pada 3 Februari, beliau dan kedua ibu bapa datang ke rumah paknjang saya
di Shah Alam. Inilah kali pertama saya bertemu dengan ibu bapa beliau. Emak dan
ayah saya ada. Selepas makan tengah hari, ayah menyatakan akan melansungkan
pertunangan minggu hadapan iaitu 11 Februari.
Di akhir pertemuan, semasa bersalam, emak beliau memeluk
saya dan menyarungkan cincin, tujuannya untuk ‘test’ jari saya. Wah, tak muat,
jari saya sungguh gemuk.
11 Februari 2013
10 Februari saya balik dari Perlis. Sudah ada khemah
terpasang. Saya dari Perlis menghadiri kenduri kahwin kawan-kawan. Lepas tu
bawa baby shopping. Ayah bising saya belum pulang..jadi saya pandu kereta
melebihi had laju sehingga disaman.
Ayah jemput
jiran-jiran untuk menikmati hidangan kambing. Adik siapkan hantaran, mak
siapkan barang nak masak. Makcik-makcik dan pakcik saya juga ada. Majlis
bermula dengan penetapan tarikh dan belanja. Selesai hinggalah sarung cincin.
Wah macam tak percaya, dulu duk tengok orang lain disarungkan cincin oleh bakal
emak mertua, sekarang jari saya. Lepas seminggu masih tak percaya lagi, sudah
bertunang. Alhamdulillah. Hanya kawan terdekat yang tahu, tapi siapakah
orangnya …malas nak bagitahu…..saya akan jawab dia penjawat awam…pilihan ibu
bapa, betul apa kan??
19 April 2013, Jumaat
Anda bermusyawarah, beristikharah, berdoa dan bertawakkal,
maka pasukan iblis takkan mengganggu. Pada tahap ini, 78 hari lagi menuju
pernikahan. Saya cuba melatih diri menguruskan hal-hal rumahtangga. Kononnya
mengemas dan memasak. Dan paling penting ialah bangun solat malam. Malangnya,
semua tu tak jadi belaka. Bilik dan rumah jadi bersepah dan saya jarang masak.
Malam saya tidur lebih dari jumlah masa yang biasa saya tidur, jarang dapat
qiam. Adakah ini petanda dapat 1 nikmat lupakan nikmat yang lain.
Ayuh, usaha
keras siapkan diri membina iman menjelang hari perjanjian berat (mitsaqan
ghaliza).
Seperti kata buku, berjuang menuju pernikahan indah, berjuang
menjalani pernikahan juga indah! Saya harap saya dapat merasa keindahan itu,
wahai hati jangan la buta….nampakkan keindahan dengan menjaga hubungan kami.
Saya juga terjumpa diari 2012, saya tuliskan 11 matlamat
saya sepanjang tahun. Salah satunya ialah gagal menikah pada tahun 2012. Sebab
Allah dah tetapkan masa yang lebih baik.
Noor Izzah
Noor Izzah ialah pelajar tutorial saya. Manakalu Muazzin
pensyarah amali kelas mereka. Di hujung pengajian, Izzah hadiahkan Muazzin
sling bag dan satu kad bertulis harapannya agar Muazzin bersama saya. Muazzin
tunjukkan kad tersebut kepada saya. Saya pula mendapathadiah daripada Syafiqah.
Tetapi tidak lama kemudian, barulah saya menjumpai hadiah Izzah kepada saya
beserta kad sama seperti kad yang diberikannya kepada Muazzin. Pun ucapan yang
sama.
Saya hantar sms terima kasih kepada Izzah dan menyatakan
kenapa letak nama Muazzin, saya sudah bertunang. Izzah rasa bersalah dan hantar
kad yang baru…Aduhhhh berjaya kenakan dia. Takpa satu masa Izzah akan marah kat
saya hahahaaa.
Mei 2013, semua
orang dah tahu…bakal suami saya Muazzin. Saya bukan nak rahsia, tapi tak
selesalah, kerja tempat yang sama, asyik diusik saja. Tetapi disebabkan Muazzin
yang tak mahu berselindung, dia saja membuat sesuatu yang mengkantoikan. Sangat
banyak. Malah dia kata bagitau sajalah, kenapa nak rahsia. Mak saya pula asyik
sependapat dengan Muazzin.
Puncak kepada kemeletusan berita kami akan berkahwin ialah
terjahan daripada Encik Zul..maka kecohlah satu pejabat. Saya pun sebarkan kad
dan buat invitation di FB. Izzah pun tahu juga…waahhhh apa lagi dia marah kat
saya pula hahaaaa…kan dah terkena..hihiii
1 Julai 2013
Tinggal beberapa hari saja lagi menuju hari pernikahan kami
6.7.13. Perlu diingatkan bahawa ia bersamaan dengan 27 Syaaban 1434 H. Dan
diingatkan sekali lagi bahawa pemilihan tarikh bukanlah atas dasar tilikan
tarikh atau fengshui..tetapi berdasarkan kekosongan dewan. Ya..itulah sebabnya…menghampiri
Ramadhan. Nak buat lepas raya banyak pula kekangan di ihak keluarga sana dan
tetap tarikh selepas raya juga penuh. Setahun ditempah lebih awal.
Kini, malam-malam saya asyik terganggu. Bagaimanakah
perjalanan majlis nanti?? Bagaimanakah kehidupan saya pasca perkahwinan? Am I married
to the right person?? Semuanya datang, saya rasa jantung saya laju sedikit.
Wahai hati yang berbolak balik, tetapkan hatiku dalam urusan
agama dan mentaati Allah. Saya mahu belajar menerima dia dan menjauhi wasangka.
Awak semua yang membaca…inilah kisah biasa-biasa. Takdir
Allah dan jalan pertemuan Allah sangat luar biasa. Tidak pernah terfikir mahu
serius dengan orang seperti dia, seperti tak ada chemistry lasung. Selama ini
saya berdoa tak bersuami orang di KML, takdir Allah, bukan setakat sama tempat
kerja, sama unit!
Nikmat mana yang engkau dustakan? Allah, bimbing kami untuk
terus dalam mentaatiMu. Kurniakan rasa kasih sayang antara hati kami hanya
kerana mencari redha Mu ya Allah.
Ada lagi. Nanti saya tulis yang lain pula. Maaf panjang
benar kronologi ini. Sebab orang bertanya kisah cinta kami. Bagaimana ia bermula?
Sebenarnya belum bermula, baru saja nak mula.
Allahu a’lam
Amal Harun
Labuan
Labels:
mitsaqan ghalizha
Pilihanraya
Minggu lepas, pelajar sibuk berkempen pilihanraya jawatankuasa perwakilan pelajar. Banyaklah poster-poster dan manifesto di sana-sini. Sebelum saya mulakan kuliah saya bagi maksimum 5 minit untuk mengemukakan manifesto.
Saya adalah anti MPP. Berdasarkan pengalaman saya sebagai pelajar di matrikulasi sampailah ke universiti... peranan MPP kurang signifikan. Itu pada pengamatan saya. Kebanyakan adalah 'program-oriented' bukan 'objective oriented'. Semasa saya di UMS dulu ada banyak masalah kecil tetapi memberi impak besar terhadap kehidupan dan kebajikan pelajar. Contohnya masalah keselamatan yang dipandang remeh dan menjadi serius apabila berlaku kemalangan dan kematian pelajar jatuh longkang! Awak tahulah, longkang universiti sungguh besar.
Dalam pada mahasiswa sibuk mengharungi kesibukan belajar, terpaksa menunggu bas. Masa tu saya naik motosikal sepanjang pengajian di UMS. Dianggarkan berlaku pembaziran masa menunggu bas selama 2 jam pergi dan balik kelas. Itu masalah serius. 2 jam menunggu bas bagi jarak minima dalam kampus...masalah itu antara isu panas mahasiswa memberontak.
Teman lelaki kawan saya ialah presiden pelajar. Ah..macam biasa orang pandai politik pandai bermain kata-kata.. dia kata dia tak sampai hati naik kereta dan melewati setiap perhentian bas di setiap kolej. Ah sekejap saja...lepas tu mana dia tahan naik bas dan menunggu terpacak setiap masa. BIASALAH KITA SELALU NAMPAK NEGATIF ORANG DAN LUPA UNTUK CUBA MENCARI SUDUT PANDANG POSITIF.
Ada...tetapi tak lama...sampailah kisah saya ditimpa kecelakaan dengan anjing..malah kawan saya pun dengan anjing (sampai solat duduk kerusi)..dan ada orang patah kaki atau tangan sebab kes dikejar anjing buas. Kalau hendak sebut masalah banyak. Isu kecil tak selesai...manifesto ialah isu anjing..
Itu dululah..sekarang diharap keadaan lebih baik. Dan jika diselidiki akademik mereka...kebanyakan secara kasar bukan cemerlang. Saya kagum dengan senior geologi MPP UMS..dia sibuk dan cemerlang.
Lihatlah apa prioriti datang ke matrikulasi dan universiti. Apakah nawaitu bertanding??? benarkah mahu memimpin, layakkah kita memimpin jika diri dan akademik sendiri terbarai.
Jika benar ikhlas mahu berkhidmat, kena tanam dalam hati dan minda bahaya...portion masa sudah sedikit...kerana banyak tugas. Kena agihkan masa untuk belajar, siapkan tugasan dan berorganisasi menjaga kebajikan orang.
"Saya doakan Syukri kalah..supaya dia tumpukan perhatian dengan pelajaran. Masa belajar di matrik tak lama, itu yang menentukan arah tuju di universiti bersama pilihan kursus yang digemari. Selalulah jelas dengan matlamat" kata saya ketika beliau selesai mengutarakan manifesto di kuliah saya...merayu undilah dari rakan sekuliahnya...
Syukri yang marah dengan kata-kata saya itu menjawab " jadi JPP pon tak lama juga"...wahhhh berjaya saya memprovok dia. Dia marah sebab kata-kata saya ialah anti-klimaks kahkahkah...
Tak mengapalah..saya bercakap melalui pengalaman..put first thing first. Mungkin dia yakin boleh bawa kedua-duanya. Jika berlaku sebaliknya dia mungkin mendapat pengalaman berharga. Belajarlah dari pengalaman.
Lagi pun saya ada baca buku anak Stephen Covey...yang menggalakkan sifat kepimpinan sejak sekolah rendah lagi..jika kanak-kanak bijak memimpin, dia juga pandai memimpin akademik menjadi cemerlang. Ini boleh didapati dalam buku yang ditulis oleh Sean Covey.
Belajarlah memimpin diri. Saya akan pantau Syukri, jika akademiknya merosot, dipersilakan meletak jawatan.
PELAJAR CINA
Saya kagum dengan gaya belajar pelajar cina yang bersikap opurtunis. Mereka jelas dengan matlamat dan bijak memaksimakan ruang dan peluang demi kecemerlangan akademik. Mereka mahu cemerlang secemerlang-cemerlangnya, mendapat kursus kritikal dan mendapat tajaan di universiti terkemuka????
Sedetail itu matlamat mereka.
Itulah imaginasi cemerlang yang menjadi 'movie mental'. Kita akan capai apa yang kita bayangkan. Kita akan berjuang dan mencari jalan mencapai apa yang kita senaraikan dalam senarai impian. Pandangan harus jauh ke depan, bukan mencari publisiti yang bersifat sementara tetapi implikasi buruknya lama dan ...oh tidak jika selamnya.
Encik Awang berkata...biarkan mereka belajar dari pengalaman...ya saya setuju. Tetapi saya nak ingatkan dengan risiko yang ada agar mudah mengatur rentak belajar dan berjuang di matrikulasi. Manakala Encik Zul kata buat tak tahu sajalah...pandailah dorang fikir...dan kak Su kata jangan garang sangat.
Maafkan saya jika terlalu play safe..tetapi masa di matrikulasi amat kritikal. Buatlah pilihan dan susunlah kehidupan dengan bijak...bukan follow the flow.

travelog mendidik
Subscribe to:
Posts (Atom)