Friday, 26 April 2013

Gaya Hidup Sihat

Poskad tangani stress yang dihadiahkan semasa menghadiri kursus.
Sajalah nak update hari ini saya pergi kursus gaya hidup sihat. Setakat ini gaya hidup saya agak sihat cuma perlu dibetulkan dengan diet yang seimbang dan amalan kecergasan untuk kesihatan jantung. Jadi dalam kursus ini kami didedahkan dengan beberapa penyakit Non Communicable Disease seperti diabetis HPT dan kanser payudara. Itulah penyakit fizikal yang menuntut pencegahan awal dan amalan gaya hidup sihat.

 1 lagi elemen kesihatan yang sangat penting ialah kesihatan mental. Sekarang kan ramai yang mengalami stress. Saya pun menduduki ujian Depression Anxiety Stress. Analisa pon keluar, jika stress, pihak jabatan kesihatan akan hubungi untuk rujukan kepada psikiatri. Alhamdullah, jadi orang islam, stress ada cuma ada kekuatan untuk menghadapi, sebab bagi orang beriman, segalanya dari Allah, doa juga adalah senjata orang beriman. Cuma hal ini tak boleh dihuraikan oleh penceramah tersebut sebab dia bukan islam.

Sesi Dr.Adam Firdaus tak sempat jawab soalan low BP saya, jadi perlukan penerangan lanjut, further check up dan kena jumpa doktor.

Inilah trivia semasa sesi kedua bersama puan Agnes. Anda boleh cuba dan tafsirannya akan datang.

1.Suatu hari anda masuk ke dalam hutan, Dengan siapa?
2. Anda terjumpa seekor binatang, apa binatang tu?
3. Setelah anda nampak binatang tu apa anda buat? Lari, tunggu atau lihat?
4. Anda jumpa segugus kunci, berapa bilangan kunci tu?
5. kemudian anda meneruskan perjalanan dan nampak sebuah rumah, rumah tu anda nampak ada gate atau takdak gate?
6. anda pon masuk dalam rumah, rumah tu ada meja, meja tu bentuk apa?
7. di atas meja itu ada pasu, pasu itu dibuat dari apa?
8. pasu itu berisi air, adakah hampir kosong, penuh atau berisi?
9. kemudian anda keluar dari rumah dan menjumpai sebuah kotak, bagaimana saiz kotak tersebut?
10. kotak itu dibuat dr apa? adakah logam, kadbod atau kayu?atau kaca
11. kemudian di belakang rumah ada air terjun, skala 1 sampai 10, bagaimana anda describe kederasan air terjun tersebut?
12. eh, nampak pula kuda, apa warna kuda? coklat, hitam atau putih
13. apakah yang dilakukan oleh kuda itu?
14. eh, anda ternampak jambatan, apakah material jambatan itu, besi atau kayu?
15. tiba2 ribut melanda, erghhh ke mana anda hendak selamatkan diri...masuk ke dalam kotak atau lari sambil naik kuda atau sembunyi di bawah jambatan?
Cubalah jawab dulu, tafsiran yang tak semestinya tepat akan diberi entri akan datang.
Cubalah!
Amal Harun
Labuan.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..