Friday 23 September 2011

Harga sebuah syukur


Duduk di suatu lokasi rahsia menghirup segarnya angin petang, bertentang mata dengan lautan nan luas, matahari petang jumaat yang kian tenggelam, mendengar hempasan ombak tanpa rasa penat. Itulah kehidupan Galapagos, tenang bukan?

Jika di sini, kuat anginnya bagai hendak tercabut tudung, tenang jalan rayanya takkan dapat dicari di mana-mana, mesra penghuninya bagaikan saudara, dan pemandangannya pasti memukau mata. Itulah Galapagos, istimewa bukan?

Begitulah gambaran kata-kata uniknya kehidupan Galapagos. Jika dibaca, kata-kata indah jadi biasa, indah manapun takkan sama jika diri tidak merasa, baru kau tahu jika kau rasa. Sambil saya duduk di sebuah bangku, menunggu 2 orang anak saudara yang comel-comel bermain, saya menyelak helaian mushaf yang suci.

Giliran membaca ayat ini; Anbiya', ayat 81 sehingga selesai. Ikuti dan hayati terjemahannya, itupun cukup memukau, mengubat kegalauan di hati, kerana Tuhan sering memerhati.

وَلِسُلَيْمَانَ الرِّيحَ عَاصِفَةً تَجْرِي بِأَمْرِهِ إِلَى الأرْضِ الَّتِي بَارَكْنَا فِيهَا وَكُنَّا بِكُلِّ شَيْءٍ عَالِمِينَ

Dan (telah Kami tundukkan) untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintahnya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu. (QS. 21:81)

Amal Harun
Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..