Sunday 3 October 2010

Tips untuk berani berusaha

Saya gemar menziarahi pelbagai blog. Setakat ini minat dan imaginasi saya adalah fotografi. Minat ada, tapi tiada ilmu, sedikit suntikan daripada seorang ahli perniagaan berunsurkan fotografi sangat berguna. Saya kongsikan ia untuk tatapan bersama.

Untuk sukses, anda perlu ada keberanian untuk mencuba tanpa sebarang jaminan untuk berjaya. Banyak orang takut mencuba kerana mereka terapkan imej kegagalan dalam imaginasi mereka.

Kebanyakannya akan berkata tak boleh, tak pandai. Semua ni ayat orang yang gagal. Ubah imaginasi anda kepada imej kejayaan.

Cuba setiap hari untuk mendekatkan diri kpd matlamat anda. Kalau gagal, cuba lagi.. hingga anda capai imaginasi anda. Sekiranya anda takut gagal, cuba pertimbangkan perkara ini.

Setiap kali anda gagal, sebenarnya anda akan menerima feedback. Anda akan menerima maklumat baru tentang apa yang anda sedang usahakan. Daripada feedback dan maklumat ini, anda boleh memperbaiki strategi anda. Jadi sekiranya setiap kali apa yang anda usahakan akan memberikan maklumat baru apabila ia tidak berjalan seperti dirancangkan, maka sebenarnya tiada kegagalan, dan mustahil untuk anda gagal.

Apakah yang anda akan idamkan sekiranya anda tahu, anda tidak akan gagal?

disalin daripada http://adhadimohd.com/

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..