Tuesday 19 October 2010

My Uncertain Life

Kali ini saya tidak akan menulis sesuatu yang berat tetapi bersifat ringan. Kadang kena rehatkan fikiran. Bagaimana kehidupan akhir-akhir ini? Kini saatnya untuk membuat refleksi memandangkan berada di hujung tahun dan hujung semester.

Subtopik pertama: Kerja

Saya banyak mengeluh hakikatnya sedikit atau banyak malas, banyak bertangguh. Banyak lagi content yang saya belum master. Kadang dah master sendiri, tapi bila masuk kuliah atau tutorial, saya sendiri gagal memberi penerangan baik. Pendek kata sangat banyak kena belajar, sangat banyak kekurangan dan kelemahan sama ada kandungan pengajaran dan pedagogi.

Kadang saya naik angin sangat dengan perangai pelajar yang tak berapa nak pandai tapi malas, tak sedar diri la namanya. Bila saya nak marah dalam kelas, saya tahan, suara saya akan ketar-ketar, jadi pelajar nampak saya tak pernah marah. Lantak 'hampa' la...sampai satu tahap mengecewakan.

Subtopik 2: Rancangan Pengajaran Harian.

Saya tak pasti apa relevan 'menatang ni'. Tolonglah berpijak di bumi nyata, dengan suasana di ofis yang nak jimat sana, jimat sini, jimat kertas dan ink printer. Jangan la buat benda sia-sia, baik fokus pengajaran, perancangan yang tak perlu direkodkan dengan penuh rasa skema.

Subtopik 3: Balik Penang

Haruslah saya tak sabar nak balik Penang. Bukan ada apa sangat yang syok, tapi memang syok kalau boleh keluar dari Galapagos Island (baca Labuan). Tambah pula perancangan cuti ni macam menarik serba-serbi. Saya bercadang dengan Alia untuk ke IKEA jalan-jalan shooting dan bersama dengan sepupu-sepupu di Shah Alam.

Subtopik 4: Mak pi Mekah

Penerbangan mak diubah ke 28 Oktober, asalnya pada 25. Dengarnya sebab flight mak, tok n maknjang tak sekali dengan paknjang. Jadi depa semua pakat ubah ke 28 supaya sekali dengan mahram yakni paknjang. Macam mana la mak sekarang, syok la tu. Mau tak nya, dia pi beli beg besar untuk luggage warna merah. Makngah sangat!

Apa pun selamat berangkat mak, tok, maknjang dan paknjang.

Subtopik 5: Fotografi

Demi cintakan fotografi, saya pun membelanjakan sejumlah wang dan masih berhutang RM 1000 dengan adik seibu sebapa. Selepas balik dari opis dan solat asar, saya akan duduk di Pagayaman menuntut ilmu daripada otai-otai. Mujur telinga saya kebal, saya tak kisah kena kutuk yang penting saya belajar, Saya dah tak pakai P mode atau AUTO. Saya pakai MANUAL ya. Bermula dengan mengenal lensa, aperture, shutter speed dan ISO.

Kemudian belajar tentang photojournalism, komposisi gambar, point of interest, rule of third dan banyak lagi. Banyak benda saya kena tau dan praktis. Pembelajaran ni secara percuma, kalau otai suruh bayar, memang tak la hahahaa sebab depa yang panggil saya kan, dan depa janji nak bayar kat saya kalau belajar.

Cuma yang tak syok depa semua lelaki. Tapi sesi pembelajaran di tempat terbuka, maka tak timbul fitnah sebab ramai dan well known otai akan lepak situ. Kadang kala timbul satu perasaan iaitu perasan; mesti orang impress sebab shoot guna kamera mahal dan lensa panjang.

Subtopik 6: Memutuskan silaturrahim

Ya benar, saya tidak lagi kawan dengan kawan yang saya kawan sepanjang belajar di kampus dulu. Terlalu banyak penipuan terhadap saya. Biarlah, yang penting saya tak cari masalah dengan dia lagi.

Subtopik 7: Suka bawa kereta laju

Paling laju pun 80-90 km/j, fahamla pemandu dan keadaan Galapagos macam mana. Laju sangat bahaya, perlahan sangat pon bahaya, eee sakit hati. Tapi kat sini had laju sebuah toyota corolla ialah 40km/j, sakit hati la dengan corolla putih tu.

Subtopik 8: Rahsia


Tak mungkin saya tulis sesuatu di sini, yang itu biar saya share dengan Allah sahaja.

Sekian Terima Kasih, seronok juga menulis yang merapu. Apa pun paling penting ialah mengambil ibrah dari setiap kejadian.

Amal Harun
W.P Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..