Monday 7 September 2009

Hulagu Khan

Cucu kepada Gengis Khan, ingin meneruskan cita-cita datuknya menguasai dunia. Pemimpin bangsa Monggol yang tidak tahu menulis dan membaca. Mereka hanya tahu berperang, membunuh dan memperkosa dan segala bentuk kezaliman.

Kota Baghdad yang tekenal dengan ketinggian ilmu para ilmuwan islam telah berjaya ditawan oleh tentera Monggol dengan begitu mudah hasil bantuan Umayiduddin al-Aqami, orang kanan khalifah. Kejatuhan ini menjadi pengajaran yang signifikan kepada sejarah islam akibat penyakit cinta dunia, gila kuasa, harta dan wanita. Selain itu, pergolakan dan suasana politik dalaman gagal ditangani oleh khalifah yang sangat menjaga harta dan keluarga serta mudah ditipu oleh orang kanannya sendiri.

Pemimpin yang terkena penyakit cinta dunia dan mengesampingkan syariat adalah pengkhianat ummat. Penyelewangan harta negara untuk kepentingan peribadi, menjalin hubungan dengan musuh demi menjaga kedudukan peribadi, dan mengesampingkan ulama’ pun dah ada zaman ‘abasiyyah.Adakah sejarah berulang kini melihat suasana politik yang penuh warna dan muslihat.

Kisah kejatuhan kota Baghdad ini telah kami lakonkan ketika mengikuti program bersama pelajar program persediaan luar negara. Watak antagonis telah diamanahkan kepada saya sebagai tentera Monggol. Saya melakonkan adegan jijik iaitu memberi arahan melempar buku-buku di perpustakaan ke dalam sungai sehingga menjadi jambatan. Kemidian kami menyuruh khalifah berbaring di atas permaidani, digulung, diikat hujungnya lalu dipijak-pijak sehingga khalifah mati.

Lakonan itu seperti siri komedi kerana pelakon dan penonton hanya ketawa sepanjang lakonan. Namun membaca sejarah Hulagu Khan cukup memanaskan hati. Inilah khabar hitam dari timur! Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Tuan Abdul Latip Talib kerana menghadiahkan novel sejarah Islam Hulagu Khan sebagai tanda persahabatan. Kehadiran Hulagu Khan melengkapkan siri novel sejarah islam di almari saya. Terima kasih tuan, dan tidak rugi semua orang membaca buku yang sangat menerik seperti ini.

2 comments:

  1. saya pula berlakon pasal kamal Atartuk.. cerita memang memanaskan hati but time tu... dah la kena berlakon on the spot..memang akhirnya jadi ketawa2 jela..
    tak masuk lagi ayat2 yang tersasul tuh..
    huhu....
    But..sejarah diceritakn kembali supaya kita belajar dari kesilapan dan mencari penyelesaian kepada core issue... we tend to repeat the history...

    ReplyDelete
  2. kamal attaturk yg salah baca dialog paling tak boleh lupa.. tu la tengok la sekarang apa jadi..runtuhnya orang dulu kerana bersebab dan sebab tu masih dilakukan sekarang

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..