Friday 22 May 2009

Rindu Bau Pohon Karopole Utagha


Seperti yang saya harapkan setelah sekian lama menjadi pembaca saifulislam.com, Allah izinkan saya untuk hadir ke program tuan punya blog, Ustaz Hasrizal. Malah kehadiran ustaz ke tempat sendiri di Kepala Batas. Terima kasih ustaz atas kesudian menyempatkan diri ke Kepala Batas.

Mendengar buah bicara ber'loghat' peghok banyak mencetus rasa tidak bosan kerana rasa fitrah mengantuk tidak kunjung tiba biarpun di waktu optimum untuk lena, petang yang ditiup angin sepoi bahasa (retorik bahasa).

Saya cuba mengeneralisasikan dan mencari titik pertemuan Cabaran beragama Gen-Y, ATN dan cabaran rumahtangga muslim semasa, iaitu jawapan kepada persoalan tujuan penciptaan kita ke dunia. Analogi mudah, sebuah lampu yang dicipta bersama manual yang dibekalkan oleh pengilang, samalah manusia yang diciptakan dan tujuan penciptaannya terkandung dalam manual lengkap benama Al-Quran.

Saya yakin benar bahawa itulah persoalan penting yang harus dijawab kepada sekalian manusia terutama generasi-Y. Generasi why, why, why? Pernah saya utarakan persoalan ini suatu ketika dahulu, lahirku untuk apa.

Malah pendekatan segar malar hijau itu sangat perlu bagi mendepani generasi-Y seterusnya Z untuk menyedari hakikat penciptaan manusia ke dunia, perlunya beragama dan relevannya akhirat kepada manusia. Saya kira kemahiran dan pengetahuan ini harus ada khususnya buat ibu bapa dan golongan pendidik.

Saya juga ambil kesempatan mendapatkan tandatangan ustaz dan memohon maaf menulis sejenis lawak jenaka kosong di ruangan komen sebuah blog berkaitan tajuk buku ustaz. Anda boleh lihat di sini.

Saya mohon maaf ustaz dan terima kasih sudi datang ke Kepala Batas.

Untuk Pak Mursidi, Mas Dayat dan Nyonya Ainil, buah tangan untuk kalian, tapi maaflah, fotonya nga' cantik. Juga boleh tengok dengan membuat 1 klik di sini untuk yang sedikit lebih jelas.


Tapi Ustaz Hasrizal tersalah tulis tarikh, mungkin disebabkan serbuan para pembaca blog beliau di samping pelbagai soalan yang turut diajukan semasa beliau menurunkan tandatangan. Sepatutnya 23/05/09. Tak kisah, yang penting kerjasama! Terima kasih kepada penganjur: Surau al-Muttaqin Bandar Putra Bertam, ILP Kepala Batas dan Alianze College of Medical Sciences. Erti Hidup Pada Memberi.

amal harun
rumah tepi pohon karopole

8 comments:

  1. ERti hidup pada memberi..
    arakian, berilah otograf tu padaku, ternyata hidupmu akan bererti hehe.

    -Hidayat-

    ReplyDelete
  2. tapi gimana harus kuberi sekiranya hanya satu copy yang kumiliki.

    foto sudah mencukupi hihi

    ReplyDelete
  3. Hahaha..Ustaz ingat lagi tak pasal komen tu?Masakan iya, kerana bukan blogku saja yang dilawati dan dikomennya. Kelakar juga kerana perkara begitupun disebut di depan Ustaz ya...hehehe

    ReplyDelete
  4. ya, dia hanya ketawa, pengakuan harus dibuat sekiranya salah

    ReplyDelete
  5. uuuu...gambar pn jd la

    ReplyDelete
  6. takpa ainil, suruh mpp ums jemput ustaz ba nanti

    ReplyDelete
  7. Woooo..dah tak de shoutbox...wooo..=p

    ReplyDelete
  8. ada susah, takda pun susah, buat anon plak tu

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..