Saturday 29 November 2008

Sejuta Harapan Pada Sebuah Nama

Mood hari ini masih lagi dalam situasi santai walaupun aku sedar misi berat yang sepatutnya aku pikul dan salurkan menerusi blog ini. Sehingga sekarang, aku telah menemui arah tujuan penulisanku, namun untuk memulakan, ia agak perlahan.

Definisi namaku (a.m.a.l), bermaksud harapan atau cita-cita, begitu juga harapanku di bidang penulisan, khususnya di blog ini. Besarnya harapan agar aku dapat menulis dengan ikhlas, mungkin dapat berkongsi sedikit ilmu dan pengalaman tak seberapa. Ziarah dan komen pengunjung lain tidak aku impikan,namun kehadirannya sangat dihargai, dan itu adalah sebuah apresiasi yang cukup berharga bagiku. Hamdalah yang hanya mampu!

Terima kasih ketakterhinggaan buat mak dan ayah yang telah menunaikan hak kepada seorang anak sebaimana sabda junjungan, maaf aku lupa riwayat yang sahih itu. Memberikan nama yang baik. Nama itu sangat aku suka. Mudah-mudahan, kehadiranku adalah harapan kalian, dunia dan akhirat. Walaupun pendek, ia tetap dipanggil dengan sempurna.

Beberapa dialog sekitar namaku.

Ini ialah dialog sekitar namaku di kalangan manusia yang pernah aku temui. Mereka akan bertanya "nama apa?", "awak nama pa", "can i know your name", "masmuki?"(dalam bahasa arab)

Aku akan menjawab "Amal"


Dan ini respon mereka:

1. "ha! amal? pendeknya! Amal je?"


2. "Amal? Eeeeeee....macam nama lelaki." Aku paling benci respon ini, ia biasa di kalangan rakan-rakan semasa aku baru memasuki sekolah rendah di Sabah. Ejekan mempunyai nama lelaki biasa di telingaku.


3. "short n simple"

4. "Pendeknya, beruntungnya siapa yang nikah dengan dia. Nama dia pendek, memudahkan lafaz semasa akad nikah" kata Cikgu Zaidi, guru Bahasa Malaysia di tingkatan 2. Aduh, macam tu pulak.

5. "ismuki? haza faqat?" ini pula respon ustazah Nor Azah, guru bahasa arab di Al-Irshad.


Bukan itu sahaja, kalau menerima hadiah atau apa sahaja, namaku habis diumumkan sebelum sempat mendaki tangga pentas. Sekurang-kurangnya, menjadi kemudahankepada juru acara majlis.
Nama itu aku syukuri kurniaannya. Semoga aku adalah salah satu harapan dari sejuta harapan. Dan berikut adalah harapanku

Sejuta Harapan: Da'i Nada

La..la..la
Sejuta harapan
Yang aku sandarkan
Seberkas cahayaMu
Untuk terangi jalanku

Tanpa rahmat ampunMu
Tanpa kasih sayangMu
Hampa terasa hidupku

Kuingin bersamamu
Dekat selalu denganMu
Bahagia bersamamuMu

Ya Allah
Terangilah gelap hitam hatiku
Ya Allah
Sucikanlah hati ikhlas untukMu
Ya Allah
Terangilah gelap hitam jalanku


3 comments:

  1. syukran ummu solehah muhammad. sekarang ini kenalah berusaha merealisasi maksud nama itu agar ia tidak sekadar doa hehee

    ReplyDelete
  2. senang nak kena panggil dalam kuliah. hehe

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..