Rentetan entri di sangpelangi.com tentang asabiyyah di kalangan ummat manusia memerlukan aku menulis sedikit di sini. Ia ditulis untuk menyatakan bahawa kini masih lagi terdapat sentimen kenegerian, perkauman tak usah cerita.
Bagi tidak menyentuh peribadi siapa-siapa, maka nama-nama watak dalam entri ini adalah bukan nama sebenar atau dirahsiakan. Ini kisah benar ya, aku ulang.
Tersebutlah kisah, pada suatu masa seorang pemuda (aku namakan ia sebagai Abdul) pergi ke suatu daerah jauh dari kesibukan bandar. Abdul ingin mencari rumah, menumpang tapi bayar sewa la dengan gang bujang yang berkhidmat di daerah itu. Maka penghuni rumah itu (gang bujang) bersetuju menerima Abdul. Jadi sekarang masalah penginapan Abdul semasa menjalani praktikal di daerah itu selesai. Maka Abdul pulang kelegaan tanpa masalah.
Tiba masa Abdul pergi melapor diri untuk praktikal,dia pun masuk la rumah gang bujang tadi. Abdul cuba membiasakan diri, tiada masalah kerana PR Abdul aku rasakan sudah baik. Penghuni rumah atau gang bujang ni semuanya berasal dari negeri Inderapura. Maka lebih enaklah di kalangan mereka menuturkan loghat dan dialek negeri Inderapura. Abdul hanya tahu berbahasa ibunda. Abdul merasa sedikit tersisih dari gang bujang Inderapura ini. Abdul bersabar.
Selang beberapa hari, rakan sepengajian Abdul datang untuk menjalankan praktikal di daerah yang sama. Namanya Ranggi. Ranggi juga turut meminta untuk tinggal bersama gang bujang Inderapura. Ranggi diterima masuk.
Lain pula halnya dengan gang bujang tuan punya rumah, mereka menyatakan bahawa mereka menerima masuk Ranggi, mereka tersilap menerima Abdul, dahulu mereka sudah berjanji dengan Ranggi yang turut berasal dari Inderapura. Gang bujang hanya akan menerima masuk seorang sahaja. Padahal mereka sudah berjanji menerima Abdul terlebih dahulu daripada Ranggi. Oleh itu, Abdul terpaksa berangkat keluar, walaupun sudah tinggal beberapa hari.
Abdul sedih sehingga nekad untuk tinggal di rumah rehat sepanjang praktikal (3 bulan). Mujur ada yang baik hati, Encik Zamrud mengambil Abdul untuk tinggal di rumahnya.
Melalui kisah ini, aku berpendapat gang bujang Inderapura ini bersikap 'bias', menerima kehadiran Ranggi disebabkan senegeri. Kalaupun tidak mahu menerima Abdul, walaupun sudah berjanji, mereka harus memaklumkan awal. Tindakan 'sampai hati' ini adalah berasaskan sentimen kenegerian yang kuat di kalangan mereka!
Sepatutnya, ukhwah yang dibina adalah atas dasar ketakwaan kepada Allah, bukan semangat negeri. (beremosi pula)
Hmm. Maaf Irshadian. Aku faham perasaan itu. Nak diluah, takut dikata kita bersangka buruk. Tapi, mungkin yang dilalui oleh kamu, adalah terbukti atas isu kenegerian, walaupun tanpa diucap.
ReplyDeleteApa-apa pun, bukan rezeki kita bersama orang seperti itu.
Ukhuwh manis dan UNIC jika kerana Allah
ReplyDelete