Tuesday 18 November 2008

Musafir terakhir

Hampir 2 minggu membisukan diri dari sebarang entri. bukan sengaja tetapi masalah virus di komputerku menyebabkan kesukaran sign in akaun di blogspot. Tidak tahu sama ada menghampakan atau tidak kerana dalam pengiraanku blog ini tiada pengunjung, kalau ada hanya sekerat cuma, tapi bukan itu persoalannya, aku harus istiqamah lagi berdisiplin dalam dunia blogging. Beberapa sms aku terima bertanyakan blog usang ini tanpa update. Oleh itu, sedikit coretan menarik ingin aku kongsi bersama kalian. Epilog Musafir Terakhir aku konsikan daripada buku Satu Rasa Dua Hati oleh Ustaz Pahrol.

Musafir Terakhir

Bukan aku tak sayang
Juga bukan tak rindu
Bahkan hati ini.....
Detiknya hanya itu
cinta sayang padamu!

Namun bagaimana ingin aku nyatakan
Ribut pergolakan, kabut persimpangan
Aku sedang memperbaiki diri
Aku sedang mencari erti
yang berulang datang
dan pergi

Berilah aku masa sendirian
Untuk mula mencatur perhitungan
Satu, dua, tiga....
Dalam terang dan kelam
Dalam diam dan jeritan

Aku kembara kian penat
Hulurkan izin untuk aku berehat
Kepada segala yang hampir
Izinkan aku musafir...kali terakhir
Jauhku untuk mendekat!



Entah, bagaimana aku mahu menginterpretasi puisi ini, aku punya jawapan bermisi, kalian bagaimana? tentukan sendiri!

5 comments:

  1. aduh. buruknya gandingan warna tulisan dengan latarnya. ni la akibatnya terlalu addicted dengan purple.maafkan aku

    ReplyDelete
  2. aah..tak sesuai lah purple dan background hijau..tukar Amal..n sejak bila hang pandai berpuisi?Ahh..cikgu Shidah mesti sangat berbangga dengan bekas anak didik dy nih..mabrook!!

    ReplyDelete
  3. Setuju!! Minta diubah warna tulisannya untuk menonjolkan puisi tersebut, jika tidak kelak menenggelamkan mesej yang dibawa.

    ReplyDelete
  4. aku kan addicted dengan purple. tak sangka buruk sangat.ish, itu bukan aku buat, kan dah mention nama ustaz pahrol.puisi ustaz pahrol. nanti aku letak sebuah puisi yang aku reka masa kelas cikgu rashidah di tingkatan 5 dulu.

    ReplyDelete
  5. tak sangka buruk tahap maksima. anyway terima kasih anonymous, intan dan husaini ibrahim atas komentar itu..semua benda aku purple'kan, natijahnya jadi tak lawa dan tak sampai mesej plak tu. baiklah syukran!

    to intan; itu kan aku dah mention ustaz pahrol punya puisi, sengaja aku kongsi, sbb tajuk dan content yang menambat hati, hang tak baca lagi, sajak aku yang ori, sajak syok sendiri, aku paprkan lain kali.jumpa lagi!

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..