Ini Afaf semasa hari ke 17
Ini baju jiran bagi. Afaf selepas 3 minggu
Alhamdulillah, karekter Afaf lain dari Mus'ab. Dia mudah tidur, siang dan malam tidur. Dia sudah dilatih minum di botol juga. Setakat ini, dia sungguh baik. Malam, dia tidur. Hanya jaga bila nak tukar diaper dan nak susu.
Afaf juga kena jaundice, tapi bacaan rendah dam cepat turun. Mama tak la menangis macam Mus'ab kena prolonged jaundice dulu. Mama dah bersedia andai kena tahan wad. Tiada drama air mata. Alhamdulillah mudah di situ.
19 September 2017, Afaf kena pergi cucuk dan timbang. Berat Afaf sudah mencapai 3.9kg, peningkatan sejak lahir sebanyak 1.2kg.
Mus'ab hanya behave tak kacau Afaf hanya bagi tempoh 2 minggu. Selepas tu dia kacau, sebab mama asyik jaga Afaf. Sejak hari itu Mus'ab selalu memangsakan Afaf demi meraih perhatian mama kepada Mus'ab. Pernah sekali mama dan baba solat berjemaah, tapi mama berhenti solat, sebab Mus'ab sedang tekan muka Afaf dengan bantal. Memang selalu mama naikkan suara pada Mus'ab, kemudian mama menyesal sebab tak sabar.
Afaf dan Mus'ab ialah kesayangan mama. Tapi Allah lebih besar kasih dan sayang pada hambaNya.
Semoga kalian membesar dalam iman.
Mama,
Amal Harun,
13200 Kepala Batas.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..