AWAS!!
Fasa mengandungkan adik baby sedikit mencabar berbanding Mus'ab. Bermula dari bleeding di trimester pertama, cabaran meningkatkan berat dan Hb di trimester kedua dan trimester ketiga lebih pelbagai. Kadang 'reduce fetal movement', segera ke labour room. Diuji dengan MGTT kedua kantoi GDM. Kena buat BSP dan pergi ke klinik desa selepas terawih. Malam-malam tak dapat tidur dengan baik dan esoknya amat meletihkan sehingga meminta baba yang masuk ke kelas bila dah terpaksa sangat. Semuanya baru dan berbeza dengan pengalaman mengandungkan Mus'ab.
Mus'ab ambil gambar ni suruh pose! Tak tau berapa bulan pregnant masa ni.
27 Ogos 2017, (minggu 36). Selepas prosedur mendengar taklimat tentang VBAC, mama pon telefon Hospital Columbia Asia untuk booking appointment dengan Dr.Intan. Dapat tarikh pada 14 ogos. Masa dah suntuk, tetapi itu sajalah tarikh yang ada untuk mama. Bila doktor di HTAN kata bole bersalin normal yakni tak sonsang lagi, maka plan nak bersalin di Columbia Asia.
Pada 14 ogos 2017 (minggu 38), mama kerja dan minta pelepasan keluar awal. Mama, baba dan Mus'ab ke Hospital Columbia Asia di seremban. Dalam perjalanan, mama call balik hospital untuk tanya tentang appointment itu. Malang sekali, nama mama tercicir dan nurse Dr.Intan hanya dapat berikan tarikh pada 24 ogos. Mama sangat kecewa dan amat marah, lalu mama katakan EDD adik baby ialah 25 ogos. Setelah berunding, nurse tu kata dia akan siasat dan cuba dapatkan temujanji. Syukur dia telefon balik dan kata boleh datang pada petang itu.
Kami tiba di hospital, terus makan dan solat. Ini ialah hari ketiga cirit birit. Kiranya kalau makan, kemudian nak buang air besar, tapi akan memulas dan cirit. Tapi lepas tu akan lega dan cepat-cepat minum air banyak-banyak. ORS pon minum juga! Selepas solat terus ke bilik doktor. Jam 3 adalah panggilan pesakit pertama dan mama adalah yang ke-4. Pada jam 3.30 petang selepas pesakit ketiga, Dr.Intan tiba-tiba keluar. Barangkali ada orang bersalin. Kami setia menunggu di depan bilik beliau dan mengharap kedatangan beliau detik demi detik. Sampaikan Mus'ab tudur di situ. Pesakit ketiga ialah seorang makcik yang datang untuk perundingan selepas pap smear.
Penantian itu berakhir 2 jam kemudian pada jam 5.30 petang, barulah mama dipanggil masuk. Mujurlah pesakit ketiga itu tak lama.
Dr.Intan kelihatan letih dan termengah-mengah. Dah kusut masai, rambut pon terkeluar dari tudung, mungkin baru keluar dari labour room. Dia segera baca history mama dan scan.
Daripada scan, adik baby kelihatan kecil, doktor kata SGA, tak tahu apa benda tu. Doktor tulis surat untuk doktor hospital kerajaan. Didapati berat adik baby dianggarkan 2.3kg sahaja. Doktor kata kena banyak makan protein. Benarlah mama kurang makan protein. Walaupun kepala adik baby sudah berada di bawah tetapi hanya 20% sahaja di laluan. Doktor kata, tak perlu minum minyak kelapa dara bagai, sebab tak boleh buat apa pon. Melainkan tunggu.
Dari scan, Dr Intan kata cord di leher, agak bahaya. Selain itu, perlu bersedia untuk bersalin secara emergency Cesarean, kos akan berganda. Dan akan lebih mahal jika emergency Cesarean pada hari ahad kerana bayaran doktor bius lebih mahal. Mendengar segala penerangan itu ada yang melegakan dan ada yang merunsingkan terutama kos bersalin.
Malam tu sakit badan dan stres memikirkan cord di leher dengan gerakan adik baby yang sedikit. Bangun solat hajat dan tahajjud, dekat-dekat subuh baru dapat tidur.
Surat dari Dr.Intan tu mama tak tunjuk pon semasa check up pada hari selasa di klinik kesihatan.
18 Ogos 2017 (jumaat)
Bangun sangat awal sebelum subuh lagi, lepas subuh buat nasi goreng dengan banyak nak bawa ke opis untuk kawan-kawan. Bawa juga kuah durian atau serawa durian cicah dengan roti gardenia. Masuk kelas macam biasa buat kali terakhir, sebab plan ambil cuti awal seminggu.
Tengah hari, balik rumah masak, sebab nak habiskan barang dapur. Cadangnya malam ni nak balik Penang.
Last decision made, balik dan bersalin di Penang.
Lepas zohor kembali ke opis dan key in semua markah. Hooray dah siap. Alhamdulillah, sekarang boleh cuti dan bersalin dengan tenang.
Amal Harun
13200 Kepala Batas
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..