Saturday 14 August 2010

Qaadiran 'ala Nafsih


Antara 10 muwasofat tarbiyah ialah Qaadiran ala nafsih. Maknanya individu perlu berdikari!

Ramadhan di kepulauan ini mengajar erti berdikari. Makan tak usah berbeli sangat, air tangan sendiri lebih berkat hehee, kebersihan dan kehalalan terjamin, jimat dan berkualiti. Dapat pula dikongsi dengan rakan serumah.


Ikan yang dibeli terus dari kapal lebih murah berbanding di pasar asalkan beg plastik (baca: supik glenya) dibawa bersama. Rakan serumah saya Shazila, memilih ikan dan udang segar. Jumlah harga berkilo-kilo ikan RM13 dan RM 15 untuk 600 gram udang besar. Nikmat yang perlu disyukuri.

oh, baru nak belajar masak lauk-pauk dengan lebih betul. ini mungkin bermanfaat bagi anda juga.

Kerapu sweet sour

Bahan-Bahan:

1 ekor Ikan Kerapu (sederhana besar)

¼ cawan sos cili

½ cawan sos tomato

2 sudu besar sos tiram

Serbuk kunyit

Minyak untuk menggoreng

4 ulas bawang merah ditumbuk lumat

Garam secukup rasa 3 ulas bawang putih ditumbuk lumat

½ batang lobak merah dipotong kiub

½ batang timun dibuang biji & potong kiub

1 biji tomato dibuang biji & potong kiub

1 potong nenas dipotong kiub

½ cawan air

Cara:

Panaskan minyak dan gorengkan ikan kerapu yang telah disapukan dengan sedikit garam dan kunyit

Setelah ikan masak, angkat dan ketepikan.

Panaskan minyak dalam kuali, dan tumis bawang merah & putih hingga naik bau.

Masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Gaul sebentar.

Tambah air dan masukkan lobak merah, timun, nenas & tomato.

Tambah garam secukup rasa dan biarkan kuah sedikit pekat.

Angkat dan tuangkan ke atas ikan.


Sekian,
catatan 4 Ramadhan 1431 H
Kepulauan Labuhan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..