Thursday 13 May 2010

Lukisan dhab semasa belajar ulum hadis



Graduasi warga Al-Irshad pada tahun 2004
Selepas menerima sijil kami ke dewan makan. Tiba-tiba ustaz Marzuki cari saya.

"Ni Amal, ustaz nak bagi tau.." ustaz Marzuki picit kepala.

"Aah, apa dia tu uztaz" menehan rasa pelik.

"Ustaz dahulukan duit ustaz RM600 dalam akaun bank Amal sebagai duit
biasiswa.." lambat ustaz bercakap, dia guru biasiswa di Irshad.

"Kenapa ustaz bubuh duit ustaz kat saya, patut dalam akaun saya ada banyak duit hehee.."tersengeh-sengeh.

"Ustaz kesian kat kamu, duit belum masuk dalam akaun kamu, padahal kawan-kawan yang lain sudah dapat" ustaz Marzuki memang nama sebenar menjelaskan tindakan bernasnya itu dengan penuh keyakinan.

"Baiklah saya bayar balik la nanti, terima kasih la ustaz kesian kat saya" Amal Harun yang berbasa basi.Minggu berikutnya, cepat-cepat sayar membayar kepada ustaz wang ihsannya pada saya suatu ketika dulu.

"Ustaz, kalau ustaz tak jumpa saya hari ni, ustaz nak buat macam mana?" soalan provokasi.

"Ustaz halalkan saja"kata ustaz yang sabar walaupun kami sentiasa tidur, lambat tasmi' dan macam-macam kelakuan 'gila-gila' 4IK 2002.

Ustaz Marzuki memang baik dan sabar. Kami bising dan tidur, dia akan tetap mengajar Al-Qyran dan Sunnah bersama ilustrasi. Beliau pernah luki
s tangan dan kaki manusia yang terputus akibat membunuh diri di landasan kereta api ketika kami belajar pengharaman membunuh diri. Ustaz pernah juga lukis dhab yang berbentuk seakan sesumpah sewaktu mengajar hadis.

"Ni ustaz tampalkan nama yang dah tasmi' surah Luqman, yang takdak nama, tolong hafaz cepat sikit" pesan ustaz, tapi saya tiada di sana sedangkan sudah tasmi'.

"Ustaz minta maaf, tertulis nama Amal sebagai Siti Fatimah" sekali lagi ustaz
yakin dengan nama saya yang kononnya Siti Fatimah.

Kolaborasi kesabaran, ketekunan mendidik, dicampur dengan kelucuan tidak terhingga menyebabkan kami sentiasa gembira di kelas ustaz Marzuki. Terima kasih ustaz!

Selamat Hari Guru, semoga Allah memberi kesihatan baik kepada guru-guru saya dan emak saya iaitu guru saya sejak di alam rahim lagi.


Amal Harun
W.P Labuan



No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..