Thursday 4 March 2010

Travelog mukaddimah

Saya merenung kembali janji saya dua bulan yang lalu apabila menjejakkan kaki di pulau ini. Bahawa di sinilah medan 'memberi' saya. Memberi bukan untuk menerima tetapi menginsafi dan berkongsi kurniaan Ilahi!

Cabaran bermula, maklumlah zaman belajar baru baru ditinggalkan dan zaman bekerja baru ditempuh. Saya datang bukan sabagai pengajar tetapi pendidik. Kadangkal saya jatuh dan teas. Bukan jatuh dan tewas oleh pelajar, tetapi dek diri sendiri yang gagal menjernihkan akal menurut emosi. Sabar itu kunci!

Apabila memandang pelajar-pelajar, saya nampak diri saya suatu ketika dahulu. Mereka mengantuk bingung ketepuan, tidak siap tutorial, escapism adalah cara hidup zaman belajar saya suatu ketika dahulu. Krisis sikap mereka faktor kecundang daripada cemerlang. What you give you get back!

Saya sering berkata kepada rakan, bila nak masuk kelas, seperti ada awan hitam berarak mengekori saya.

Ia mungkin membawa hujan, kilat dan petir atau akan hilang menitiskan gerimis dan kemudian menampakkan cerianya sang pelangi.

Langkah ke kelas saya mulakan dengan doa nabi Musa agar melancarkan lisan ketika mengajar. Saya mohon keberkatan ilmu, dibukakan dada mereka menerima dan memahami ilmu yang disampaikan. Perlu diingatkan bahawa kefahaman ilmu bukan dari guru, tetapi kerniaan Allah.

Amal Harun

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..