Sunday 17 January 2010

Ayahku, Abahnya



“aku nangis tadi, tak dapat tahan” dia fokus ke depan, bulatan Seberang Jaya yang mulai sesak.

“kenapa pula?” aku Tanya, entak bodoh atau tidak soalan itu.

“entah. Stress dan letih kot. Menyesal dan bersalah macam mempamerkan kemarahan depan abah. Abah duk suruh macam-macam, aku kalut angkat wheel chair, kereta belakang pula duk hon-hon, dah la cuaca panas”.

Kami tahu hukum mentaati ibu bapa, tahu untuk empati, kami tahu perlunya sabar dan ikhlas, kami tahu hati mereka perlu dijaga, juga tahu besarnya jasa dan pengorbanan mereka terhadap kami. Namun kami manusia biasa, sukarnya membina sabar dan tulusnya hati mengurus ibu bapa di usia emas.

Allah, kuatkan hati kami berbakti kepada ibu bapa kami. Kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihi kami semasa kami kecil.

“aku selalu doa supaya Allah kurniakan kekuatan dan pelihara aku supaya sabar” dia berkongsi rasa, aku angguk.

“makcik aku dulu jaga mak dan ayah mertua. Memang la renyah. Nak ke mana-mana kena consider mertua. Weekend, rushing ke sana sini, tengok mak, uruskan abah. Tapi bila diorang dah tak ada, rutin tu dah tak ada, dan akhirnya sunyi.” Dunia seperti kosong.

Tetapi penat dan lelah itu mengudang rasa bahagia untuk seorang anak. Aku harap aku dan dia bahagia bekhidmat untuk ibu bapa kami.

“abah tak pernah miss hantar aku ke pintu masa aku nak pi kerja. Dia tolak wheel chair ke muka pintu, dan lambai tangan dari tingkap” dia bersuara kembali.

Kami baru melalui exit Permatang Pauh.Aku tahan air mata.

“abah nangis setiap kali lepas solat”.

Aku sampaikan pada ayah kisah dia. Ayahku berkata, “pesan pada dia, jangan sampai abahnya berkecil hati, merasa diri membebankan anak-anak, selalulah berkongsi cerita untuk hiburkan abah yang sunyi.”

“Dulu masa abah sihat, aku selalu mengadu masalah pada abah, abah dan abah..” dia meluahkan lagi. Mataku basah.

“aku doa supaya diberi kekuatan dan kesabaran”, dia mengakhiri ketika kami melalui susur keluar lebuh raya utara selatan menuju ke Sungai Dua.

Abahnya macam ayah sendiri, ayahku pun macam abahnya. Ayah dan abah, wali kami suatu hari nanti.

Akhir sekali aku sampaikan pesanan ini padanya: mak ayah kita jaga kita dengan cukup baik hampir 24 tahun, sedangkan kita belum pasti sempat menjaga mereka 24 tahun, entah kita atau depa yang dijemput dulu.

Tenang, kuat dan sabar selalu.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..