Sunday 24 May 2009

3 Fiksyen Inspirasi

Saya telah berjanji dengan diri hampir sekian lama untuk membuat ulasan terhadap 3 buah buku ini. Fiksyen inspirasi yang menyuntik semangat dan kesedaran bahawa proses kejayaan bermula dari bawah dan ia ada di sepanjang jalan.

Walau bagaimanapun, saya tidak berani membuat ulasan lanjut, bimbang ulasan yang buruk akan menjejaskan persepsi terhadap buku yang sangat bagus. Dengan sistem penceritaan yang bersahaja, ia mampu mengekalkan minat pembaca.





Usaha keras, kecekalan dan kebergantungan terhadap Allah secara total menerusi watak di dalam kedua-dua novel adalah kunci kejayaan. Buku ini juga lebih banyak membawa pencerahan apabila saya turut membaca Silent Millionaire juga dalan versi Bahasa Malaysia; Jutawan Senyap.



3 buku gandingan mantap yang harus dibaca oleh orang muda!
Suburkan amalan membaca.

NOTA: Memandangkan saya berniat mahu meringankan muatan 'pengeposan' buku-buku dari Sabah ke Penang, jadi saya membekukan diri membeli buku, maka ketiga-tiga buku tersebut saya pinjam. heheee...Jutaan terima kasih kepada:

1. Ustaz Issraq, pensyarah bahasa arab saya: Chef
2. Intan Masyitah: Dari Kepala Batas ke N.H
3. Dr.Nurlyn: Silent Millionaire

11 comments:

  1. sama2..aku sedang membaca A thousand splendid sun..tak leh stop dah..huhu

    cter tu kalau ada film mesti best..

    tapi mngkin tidak se'best' membaca novel..

    ReplyDelete
  2. silakan, kemudian sila buat review..aku baca masa study week, agak melampau huhu

    ReplyDelete
  3. Buku kedua itu amat kubenci, buku yang ku sesal kerana membelinya dek terpengaruh dengan tajuk dan kulit buku tersebut. Minta maaf PTS dan Ashadi Zain, kukira buku itu sekali sahaja kubaca. Plot cerita yang terlalu cepat dan perkembangan watak yang tidak berlaku dengan baik. Aku benciii!!!

    ReplyDelete
  4. aku tak tau pasal penulisan, aku hanya baca...

    kalau benci bagi aku saja heheee

    tapi logiknya, kalau ashadi zain mendetailkan segalanya, maka novel itu akan lebih panjang dan membosankan pula.

    ReplyDelete
  5. Sungguh kamu ingin?Berikanku alamatmu, serius akanku hantar novel itu kepadamu. Kebencianku membuatku tidak ingin lagi membacanya dan ingin saja kuserahkan kepadamu andai engkau inginkannya.

    Amal, daku tidak bercakap mengenai detil atau tidak, perkembangan watak dan flow plot yang baik akan menghasilkan novel yang baik, sama ada panjang atau pendek, ia bukan masalah. Tautan Hati merupakan novel yang panjang dan tebal, namun garapan baik Fatimah Syarha membuatkan daku menghadiahkannya kepada 4 orang penerima bertuah dek kesukaanku kepada novel itu.

    Wassalam.

    p/s: Daku serius kalau dikau serius.

    ReplyDelete
  6. tak perlu, hari ni kau benci, esok lusa tentu suka, dalam quran ada kata.

    bonda dan ibu saudaraku sangat suka novel itu, malah berusaha mencari di mph tempoh hari.

    maaf, hatiku tidak tertaut pada gaya plot dan tulisan tautan hati, ilmu dan akhlaknya saja dapat aku kutip. yang lain, sungguh aku malas nak peduli. mujur masa beli buku tu dapat diskaun huhu x puas hati

    tidak serius atau kronik

    ReplyDelete
  7. salam ukhuwah,

    Membaca itu jambatan ilmu pengetahuan :)

    mahu ke blog saya boleh ke http://www.faridrashidi.com

    ReplyDelete
  8. Terpulanglah pada kamu, sejak aku mula membacanya dan hingga kini, kebencianku senantiasa konstan dan linear, tidak sama sekali hyperbola mahupun polinomial. Mungkin ayat Quran itu tak teraplikasi untuk kes remeh ini, maaf cikgu!

    Sekurang-kurangnya kamu mendapat juga akhlak dan ilmu daripada Tautan Hati, aku dapat contoh novel yang aku benci daripada tulisan Ashadi Zain...hahaha, barangkali ibu dan sedaramu itu suka kerana Kepala Batasnya...

    Kamu jarang sekali serius, sungguh tidak bagus untuk seorang cikgu, ;-|...wassalam

    ReplyDelete
  9. faridrashidi, sungguh saya terlalu liat membaca.

    untuk huszul hasani tu, kalau tak suka tak apa la, apa susahnya, kalau taknak buku tu sumbangkan kat mana2 perpustakaan desa. pull stop.

    buku ashadi zain atau siapa saja ada peminat dan pembenci, seumpana graf sine cosine, ia bukan mukjizat, jangan salahkan kepala batas, kalau taiping pun aku beli juga.

    cukuplah untuk menjadi bangau yang nak salahkan ikan. salahkan kepala batas, ashadi zain, sikap tidak seriusku kemudian sikap guru pula disalahkan, aduiii

    ReplyDelete
  10. owh. Hanya untuk buku yang kedua itu, semua hampir bermadah yang tidak sudah. btw, kak amal, pak cik saya hadiahkan buku itu untuk saya. may be he thinks that buku really fits me. well, he knows me the best....

    ReplyDelete
  11. kak amal pon kalau nak hadiahkan awak pun fikir nak kasi apa, antara buku or hi-heels hehe

    ReplyDelete

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..