Saya telah berjanji dengan diri hampir sekian lama untuk membuat ulasan terhadap 3 buah buku ini. Fiksyen inspirasi yang menyuntik semangat dan kesedaran bahawa proses kejayaan bermula dari bawah dan ia ada di sepanjang jalan.Walau bagaimanapun, saya tidak berani membuat ulasan lanjut, bimbang ulasan yang buruk akan menjejaskan persepsi terhadap buku yang sangat bagus. Dengan sistem penceritaan yang bersahaja, ia mampu mengekalkan minat pembaca.
Usaha keras, kecekalan dan kebergantungan terhadap Allah secara total menerusi watak di dalam kedua-dua novel adalah kunci kejayaan. Buku ini juga lebih banyak membawa pencerahan apabila saya turut membaca Silent Millionaire juga dalan versi Bahasa Malaysia; Jutawan Senyap.

3 buku gandingan mantap yang harus dibaca oleh orang muda!
Suburkan amalan membaca.
NOTA: Memandangkan saya berniat mahu meringankan muatan 'pengeposan' buku-buku dari Sabah ke Penang, jadi saya membekukan diri membeli buku, maka ketiga-tiga buku tersebut saya pinjam. heheee...Jutaan terima kasih kepada:
1. Ustaz Issraq, pensyarah bahasa arab saya: Chef
2. Intan Masyitah: Dari Kepala Batas ke N.H
3. Dr.Nurlyn: Silent Millionaire



