Sunday 28 September 2008

selamat berjuang

Gambar semasa latihan mengajar di sebuah sekolah pedalaman Sabah

Selamat bermujahadah kepada pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki PMR selepas Idulfitri ini. Semoga berjaya. Lakukan ia sebagai kewajipan terhadap Allah, amanah pada sebuah tanggungjawab. Semoga ia menggembirakan semua pihak termasuk ibu bapa dan para pendidik.

Teringat nostalgia semasa mengambil PMR 2001, aku mendapat 9A seperti yang dicita-citakan rakan-rakan lain. Syukur kepada Allah dengan keputusan itu. Kami gembira ramai-ramai. Turut meraikan selain ibu bapa, sudah tentu guru yang bertungkus-lumus membimbing.

Pada 2001, wan aku kembali ke rahmatullah. Aku tinggal dengan tok dan wan, berjauhan dengan ibu bapa, sekurang-kurangnya mengisi kesunyian tok dan wan di usia emas. Arwah wan meninggal di hadapan tok dan nenek di sisinya, dan aku pulang dari sekolah setelah 5 minit wan meninggal. Usaha mengejar PMR tetap diteruskan, walaupun sedih dan sunyi tanpa wan. Wan selalu mengkritik Bahasa Inggeris cucunya, tapi aku suka kritikan itu hehe..membina.

Guru kelasku, Cikgu Rosini, paling best mengajar matematik. Cikgu Rosini sentiasa memberi semangat dan motivasi cemerlang kepada kami 3al-Radzi. Cikgu Rosini seakan faham aku rindu ibu bapaku yang jauh disebabkan tugas. Namun nasihat dan kata-katanya sentiasa memberi ketenangan hati. Terima Kasih cikgu! You are the real mursyid, murabbi, mu'allim.

Turut memotivasikan aku dan rakan-rakan lain untuk sentiasa tekun belajar ialah dengan kehadiran rakan sekelas kami; Zuhdi; pelajar kurang upaya yang sangat cemerlang! Zuhdi duduk di kerusi roda, rajin, bijak, sentiasa ceria dan lucu jugak la mamat ni. Ketekunan Zuhdi menjadi inspirasi buat kami. Zuhdi kini sudah grad dari MMU.

Jadi, kepada pelajar lain di luar sana, anda tidak berusaha seorang, tetapi secara kolektif. Berusaha kuat, menjaga hubungan baik dengan guru-guru, ibu bapa dan tentunya hubungan dengan Allah kemudian betawakkallah kepada Allah. InsyaAllah, semuanya pasti yang terbaik untuk anda walau apa pun kesudahannya!

Maat taufeeq wan najah fi imtihan
WP.Labuan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..