Wednesday, 4 January 2012

Dua

Saya hanya nak kongsikan pengalaman genap 2 tahun mengajar dan 2 tahun berada di Labuan.

Aspek kerjaya saya setelah 2 tahun.

Setelah 2 tahun dan masuk tahun ketiga bergelar pendidik Kimia di KML sangat mengujakan. Banyak perkara saya belajar. Dan lagi banyak kena belajar. Kisah yang amat terinspirasi hari ini ialah:

1. Kelas 7 pagi hari ini dimulakan dengan tepat masa dan semua hadir tepat pada masanya. Seperti yang dijanjikan, akan ada pembentangan topik mengikut giliran.

2. Pelajar saya amat memberi komitmen yang tinggi. Membentang dengan penuh kesungguhan, disertai dengan penyertaan pelajar lain bertanya dan komunikasi 2 hala yang amat aktif, ceria dan bermotivasi. 

3. Respon positif apabila pelajar saya menjerit, "Wah bestnya begini, senang faham dan gembira!".

4. Kelas yang satu lagi pula, akan ada selalunya yang ponteng tetapi hadir kecuali seorang sakit ke hospital.

5. Latihan diberi dan dijawab dengan bersungguh, kesalahan yang minima dan sangat meminta penjelasan terhadap kesilapan yang dilakukan, ia petanda pelajar mahu berubah, maka harus dilayan dan diberi galakan.

6. Saya bercakap dan menerangkan di depan, ouch, letih. Seorang lagi pelajar berkata "Miss, saya suka miss mengajar saya,mudah". Saya bukan mahu memuji diri, syukurlah saya hanya sampaikan ilmu Allah dan kamu telah fahaminya.(hanya berbisik). 

Bukankah perkara 1 hingga 6 adalah suatu inspirasi?

Aspek Kehidupan

Saya tenang dan sudah berjaya mengadaptasi hidup di Labuan. Saya cuba melihat segala sisi baik di sini, tenang, tiada asap kenderaan, tiada kesesakan, penjimatan petrol dan parking malah tiada tol. Tidak banyak malah tiada masa dihabiskan di jalan raya. 

Jika masih terdapat kekurangan, ia lumrah, tiada yang sempurna kerana bukan di syurga. Saya masih tetap dengan kefahaman setelah melalui syahadatul haq biarpun kurang meriah, kerana saya yakin para sahabat dan tabiin, mereka juga jauh dari kampung halaman sendiri demi sebuah misi. Saya juga tidak kisah walau masih solo lagi kerana tujuan hidup menjadi abdi kepada Ilahi, yang penting jadi diri sendiri.

Inilah mungkin tempat yang dimaksudkan oleh Allah ketika saya memohon kepada Allah berdasarkan doa Nabi yang membawa ke Baginda ke rumah Abu Ayyub Al-Ansari.

Nota kaki:
1. Tambahkanlah ilmu.
2. Hendaklah berusaha, dulu tak suka mengajar, sekarang suka.
3. Pelbagaikan teknik pengajaran.
4.Lihhatlah segala sisi baik sesuatu.

Amal Harun
Labuan

 

Monday, 2 January 2012

Sebatas Otak Kiri

Masa kecil, kita memang selalu diterapkan dengan nilai agama, sampai disekolahkan di sekolah yang ada aliran agama. Agama itu di mana. Belajar secara formal di kelas, kandungan diingat dan cukup masa akan diuji di atas kertas peperiksaan, kemudian keputusannya membanggakan. Di situkah nilai agama?

Itulah agama yang dipelajari sebatas otak kiri. Apabila besar, tiada siapa lagi yang mahu mengambil berat soal agama pada diri. Amalkan agama bukan serba serbi. Semoga ilmu yang terbatas di otak kiri menggerakkan otak kanan dan melaksanakan dengan penuh rasa ubudiyyah.

Ambil perhatian, ada empat golongan:

1. Cerdik tapi tidak memberi kebaikan, kerja menipu saja.

2. Baik tapi tak cerdik, mudah ditipu.

3. Tak cerdik dan tak baik (nauzubillah)

4. Cerdik dan baik (membawa kebaikan)

Mahukan yang keempat, SENARAIKAN yang keempat itu di dalam senarai azam 2012, itulah mukmin profesional!

Jiwa Mukmin, Jiwa profesional.
Amal Harun
Labuan
2.1.12