Tahun ini merupakan tahun kedua berpuasa dan berkerjaya. Kesempatan cuti diambil mahu belanja mak, ayah dan adik-adik. Mak kata cari awal-awal baju raya, senang, nanti tak perlu sibuk dan sesak di jalan raya waktu menjelang syawal. Bahkan menjelang Syawal adalah pengakhiran Ramadhan, amalannya harus berganda-ganda.
Kami ke Queensbay, beli baju dan seluar ayah. Selesai bahagian ayah, kami pilih-pilih baju untuk 2 orang cucu mak di Labuan yang tidak pulang beraya. Mak sibuk pilih "gown smocking", itu kegemarannya.
"Dulu masa hang kecik, mak selalu bagi hang pakai ni, macam ni la" kata ayah sambil menunjukkan sepasang gown cotton kanak-kanak. Aishh, ayah kalau tak cakap memang saya dah tau, mak taksub dengan gown kanak-kanak, sebab tu dia masih simpan baju saya dan masih boleh dipakai oleh Roudhoh ketika beliau kecil, waktu itu saya sudah darjah 5. 11 tahun mak simpan baju tu.
Segalanya sederhana. Terima kasih mak dan ayah.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..