Monday 29 September 2008

balik kampung


kemeriahan Idulfitri semakin terasa. ramai yang balik kampung dan ramai yang tak nak balik kampung. apa pun menjelang syawal, pastikan dah tunaikan zakat fitrah, ambil kesempatan dalam ramadhan yang tersisa ini untuk membaca Quran dan masih sempat untuk infaq. menjelang malam raya, marilah sama2 membesarkan asma' Allah.
ammar, nukman, afiq, luqman, ali, raudhoh,kamal & abdullah; cucu tok raya 2007.


saya mengambil kesempatan ini untuk memohon ampun maaf kepada yang mengenali saya/ aku hehe...semoga Allah memberi maghfirah kepada kita semua. Jom istiqamah amal soleh ramadhan pada bulan yang akan datang.


flight aku dijadualkan malam ni..seusai ber'sungkai' dan solat magrib terus ke airport labuan. rindu rasanya ingin bertemu mak dan ayah serta kanak-kanak kat rumah tu hehe... berhati-hati di jalan raya, selamat pulang, selamat sampai, selamat beramal soleh.


kullu 'am, wa antum bikhair.


W.P Labuan

Sunday 28 September 2008

selamat berjuang

Gambar semasa latihan mengajar di sebuah sekolah pedalaman Sabah

Selamat bermujahadah kepada pelajar tingkatan 3 yang bakal menduduki PMR selepas Idulfitri ini. Semoga berjaya. Lakukan ia sebagai kewajipan terhadap Allah, amanah pada sebuah tanggungjawab. Semoga ia menggembirakan semua pihak termasuk ibu bapa dan para pendidik.

Teringat nostalgia semasa mengambil PMR 2001, aku mendapat 9A seperti yang dicita-citakan rakan-rakan lain. Syukur kepada Allah dengan keputusan itu. Kami gembira ramai-ramai. Turut meraikan selain ibu bapa, sudah tentu guru yang bertungkus-lumus membimbing.

Pada 2001, wan aku kembali ke rahmatullah. Aku tinggal dengan tok dan wan, berjauhan dengan ibu bapa, sekurang-kurangnya mengisi kesunyian tok dan wan di usia emas. Arwah wan meninggal di hadapan tok dan nenek di sisinya, dan aku pulang dari sekolah setelah 5 minit wan meninggal. Usaha mengejar PMR tetap diteruskan, walaupun sedih dan sunyi tanpa wan. Wan selalu mengkritik Bahasa Inggeris cucunya, tapi aku suka kritikan itu hehe..membina.

Guru kelasku, Cikgu Rosini, paling best mengajar matematik. Cikgu Rosini sentiasa memberi semangat dan motivasi cemerlang kepada kami 3al-Radzi. Cikgu Rosini seakan faham aku rindu ibu bapaku yang jauh disebabkan tugas. Namun nasihat dan kata-katanya sentiasa memberi ketenangan hati. Terima Kasih cikgu! You are the real mursyid, murabbi, mu'allim.

Turut memotivasikan aku dan rakan-rakan lain untuk sentiasa tekun belajar ialah dengan kehadiran rakan sekelas kami; Zuhdi; pelajar kurang upaya yang sangat cemerlang! Zuhdi duduk di kerusi roda, rajin, bijak, sentiasa ceria dan lucu jugak la mamat ni. Ketekunan Zuhdi menjadi inspirasi buat kami. Zuhdi kini sudah grad dari MMU.

Jadi, kepada pelajar lain di luar sana, anda tidak berusaha seorang, tetapi secara kolektif. Berusaha kuat, menjaga hubungan baik dengan guru-guru, ibu bapa dan tentunya hubungan dengan Allah kemudian betawakkallah kepada Allah. InsyaAllah, semuanya pasti yang terbaik untuk anda walau apa pun kesudahannya!

Maat taufeeq wan najah fi imtihan
WP.Labuan

Saturday 27 September 2008

eid mubarak

Salam penuh keceriaan menjelang lebaran kepada seluruh ummat islam.

Khusus buat pendidik di SMKA Al-Irshad Kepala Batas Pulau Pinang, SMKA Kota Kinabalu, Kolej MARA Kulim, UMS dan semua mantan guru aku termasuk guru kelas Quran.

Kepada sahabatku intan, gang Irshad, KMK, UMS dan Quranic circle, penghuni Fateh, penghuni Raudhatul Kauthar Indah Permai, ukht Hazlin dan lain-lain, salam lebaran.

Semoga baki beberapa hari dalam Ramadhan ini terus diisi dengan ibadah.

amalharun, W.P Labuan

kelahiran baru

ahlan wasahlan kepada anak saudara aku, selamat dilahirkan di Hospital Labuan pada malam 26 Ramadhan. Seorang bayi seberat 3.2 kg belum diberi nama. Abdullah Azfar kini menjadi abang kepada baby girl ini. Ucapan tahniah kepada Mohammad Hafiz Harun dan Noor Aini dengan kelahiran cahaya mata kedua. Semoga Allah mengurniakan rahmah dan sakinah dalam kehidupan kalian. Semoga Abdullah Azfar dan adiknya bakal menjadi pejuang agama Allah.
kepada ibu lain, teruskan usaha mendidik anak-anak anda.

episod internship

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah. Antara sedih dan gembira menamatkan tempoh latihan mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Sabah yang majoriti bukan muslim (jadi kantin sekolah beroperasi sepanjang ramadhan). Segala pengalaman dan iktibar mengajar aku tentang sebuah kehidupan, penuh menginsafkan. Berada dalam dunia pendidikan, berkomunikasi dengan pelbagai ragam manusia, Allah jua yang memberi kekuatan.



Rasa gembira itu muncul kerana tiada lagi beban menyediakan lesson plan yang terlalu detail (wajib di kalangan guru terutama praktikal), kalau dah sah jawatan wajib buat juga tapi tak lah detail sangat, cukup sekadar ringkas sebagai persediaan sebelum kelas bermula. Tak la beban sangat cuma leceh sket...



Rasa sedih itu hadir apabila terpaksa meninggalkan para pelajar yang pelbagai latar belakang, tentunya pelbagai kisah berjaya aku korek daripada pelajar, semuanya nak saja aku kongsi..tapi bukan di catatan sulong ini. Tiada lagi pelajar yang datang menagih meminta explaination kimia dsb.....tak dapat lagi aku marah2 diorang sebab tak siap homework.



Episod latihan mengajar ( 7 julai - 26 September 2008) tentunya sebuah pengalaman berharga,menjadikan aku berjiwa pendidik (sedikit confuse hehe) ribuan terima kasih kepada warga sekolah SMK Kuala Penyu, daripada pihak pentadbiran, pelajar sehinggalah kepada staf sokongan. Catatan istimewa khas buat pelajar berikut; Hakim, Siti Halimah, Dicky, Munirsah, dan Ibrahim. kisah kalian bakal menyusul.