Saturday 28 September 2013

Lagi episod baru

saya kembali menjadi pelajar secara rasmi
antara cabaran yang harus dilalui, ombak kuat ketika merentasi laut.
suami saya yang sudah pening
doakan semoga berjaya mendapat tajaan biasiswa, diberikan kesihatan yang baik dan diterangkan hati menerima ilmu.

paling penting ialah sentiasa berdoa dan beringat agar Allah pelihara hati dari perasaan riak, kononnya sambung master sunggh bagus dari orang.Nauzubillah. Harap makin berilmu, makin tunduk, makin syukur dan menyumbang kepada ummah.

Catatan ringkas

Amal Harun
Kota Kinabalu.

Monday 2 September 2013

The corn experiment

Kalau banyak kerja, saya mula rasa stress. Tak banyak pon kerja saya cuma bertangguh. Cara untuk hilangkan stress ialah memasak makanan yang kita suka makan. Maksudnya masaklah sesuatu yang luar dari kebiasaan. Kali ni tidaklah stress pon, cuma bosan mengadap kerja yang tak mampu nak diselesaikan walaupun mudah pada masa yang ditetapkan. Ni semua salah pejabat yang tiada aircond. Terus menjatuhkan produktiviti saya. Merasa tertekan dengan suasana panas. Labuan dah panas, duduk dalam pejabat tanpa penghawa dingin bertambah panas. Kadang-kadang putus bekalan elektrik, panas hati.

 Bagi meredakan kepanasan fizikal dan emosi, kenalah kreatif mencari solusi. Seperti gunakan bilik VIP depan bilik pengarah untuk selesaikan urusan kerja terutamanya semak lab report dan kuiz pelajar. kalau edit nota kuliah harus di rumah supaya dapat ketenangan. 

Dapatkan lagi ketenangan dan kegembiraan menyediakan dessert kegemaran iaitu puding kastard bersama jagung. Sempoi dan redah saja sukatan. Tapi kalau method haruslah merujuk google. Teknik harus betul. Berikut saya kongsikan metodologi menyediakan puding yang sempoi ini (sedap, simple dan berbaloi).

Bahan yang saya gunakan:

1 tin susu cair
1 tin krim jagung
4 cawan air (saiz cawan saya) sungguh relatif...tiada measuring sylinder atau pipette di rumah saya.
1 1/2 cawan tepung kastard
1 1/2 cawan gula kasar
secubit garam menambah rasa lemak

Tengok urutan gambar di bawah untuk cara memasak. Gunakan apa yang ada untuk memudahkan dan mempercepatkan proses.

Langkah 1: kumpulkan bahan yang nak guna. kumpulkan sekali apparatus yang mungkin digunakan. Saya gunakan mixer untuk melarutkan tepung kastad, air, gula, garam susu dan jagung. semuanya curah saja dalam periuk kemudian kacau sampai larut. 

Tepung kastad suka berketul, sebelum ni saya buat hasilnya ada ketulan tak larut dan tak sedap!!!!



Langkah 2: setelah semua bahan dicampur dan sebati, letakkan atas api perlahan dan kacau. Nak kacau ni pun kena selalu, takut hangus dan berketul lagi. Jadi perlu kudrat yang banyak untuk mengacau.


Langkah 3: heheee teruskan mengacau sampai pekat dan berkilat. elakkkan ia menjadi berketul atau hangit. Jadi saya gunakan mixer, tapi yang boleh spin...erkk tak tahu apa nama mixer macam ni pula.


Langkah 4: Sudah pekat, viscosity tinggi, dah masak tu, masukkan dalam bekas yang anda suka, kalau mahu bentuk bujur sireh cari lah acuan bujur sireh.  Bagi saya gunakan bekas besar hijau tu sebab sekali basuh, Bentuk tak kisah sebab bila makan masuk perut bentuk tak kekal. Yang penting rasa dan teksturnya.

Bekas hijau tu hadiah daripada Ustazah Roshidah dan Ustaz Zamzuri. Hadiah kahwin Tupperware! Saya suka, sudah banyak tupperware saya, pelbagai warna dan bentuk.

 Yang bekas plastik jernih tu untuk diberikan kepada anak-anak buah saya. Turut tidak dilupakan kepada Tay King Eng kerana menghadiahkan saya mixer tersebut, jenama SHARP! Di Penang pun ada lagi 1 mixer hadiah kahwin!



Ke arah mengoptimumkan penggunaan hadiah kahwin. Kalau saya memanfaatkan, orang yang bagi hadiah ni dapat pahala berterusan. Allah mudahkan urusan bagi orang yang memudahkan urusan orang lain. Terima kasih mixer dan tupperware amat memudahkan saya.

Alhamdulillah nampaknya puding sempoi itu sudah siap, sejukkan...setelah hilang haba puding ke persekitaran, puding akan mengalami proses penyejukan di dalam peti sejuk pula.

Sekian terima kasih

Amal Harun
WP Labuan

Sunday 1 September 2013

Post Wedding

Disebabkan selalu menerima didikan dari Tuan Syed Nasir (SN), guru fotografi saya, maka saya jadi terinspirasi. Menambah lagi rasa teruja ialah melihat hasil tangannya kepada beberapa rakan lain di kolej. Diam-diam saya berazam mahu digambar oleh beliau jika saya sudah menikah nanti.

2010, saya menyertai misi fotografi pasca nikah rakan serumah. Saya memujuk Nadhirah untuk beraksi di hadapan lensa gang fotografi KML. Kami berkumpul dan saya lihat mereka saling berebut mendapatkan shot terbaik dari pelbagai sudut. Siapakah yang mendapat picture of the day!

Ketika itu saya hanya memerhati, jarang saya memetik shutter. Dira dan Jef (suami dira) digambar oleh Syed Nasir menggunakan lensa panjang macam dalam national geographic, Ramdanshah selaku OTAI 50mm, Manjuzri yang terkenal dengan gambar dramatik, tidak kurang hebatnya Husaini, Wak Nan, Zul black dan saya sebagai pembawa beg lensa mereka. Lokasinya biasa-biasa tetapi kelihatan luar biasa menerusi lensa kamera.

Alhamdulillah, sekarang 2013. Nah, selepas 3 tahun ikuti sesi photoshoot saya dan suami setelah hampir 2 bulan mendirikan bait muslim. Gambar dirakamkan hanyalah oleh Syed Nasir kerana hampir semuanya pindah tinggal lagi ramdan dan waknan yang sibuk.
1 September.....memperkenalkan suami saya Muaz.

tak tahu saya nak posing, hentam saja berborak. 

tudung dan veil, main pakai siap sendiri saja. Veil buatan sendiri, hiasan beading dan pearl oleh Dianah Athirah.
saya nak bawakan tema keriangan, SN kata bolehlah sebab saya kuat gelak, 
Ini pula posing gaya skema, saya punya idea. Diharap saya nampak slim!

Baiklah, itu saja. yang lain menjadi tatapan peribadi ketika hari tua atau salah seorang kami dijemput Ilahi. Semoga Allah memberkati pernikahan kami dan kekal sehingga ke jannah. Sesungguhnya inilah jodoh, macam mana kita ikhtiar dan doa, Allah telah menetapkan masa, insan dan tempat yang terbaik. Semua dalam rahsia Allah, yang penting kita berusaha.

p/s: 1. sedang mengumpul duit untuk membuat photobook sendiri.
      2. siapa ambil dan manipulate gambar di sini tanpa izin, aku tak halalkan.

Amal Harun
WP Labuan