Solat isyak dan tarawih malam ini di Dataran Kawad KML. Saya dan Aliaa hadir sama. Suasana yang sungguh tenang, indah dan 'cool'.
"Aliaa, i rasa jeles dengan dorang ni"
"Ha? dengan student you nak jeles, kenapa"
"Sebab i nak kembali ke zaman macam dorang, inilah suasana yang dirindui masa zaman belajar, happy" kami gelak sma-sama.
Selepas tarawih, ada forum dengan Sham Kamikaze berkenaan Travelog Hidayah. Sungguh, Allah sahajalah yang memiliki kuasa memberi hidayah kepada manusia. Menurut Sham, emak ayahnya sudah besarkan dan didik dengan baik, cuma dia sendiri memilih jalan gelap. Syukur, berkat doa ibunya sekian lama, beliau kembali ke jalan yang benar.
Semoga kita mampu menjaga hidayah yang telah Allah berikan, mari memohon kepada Allah, agar kita tidak tersasar, mohon terus berada dalam hidayah dan peliharaan Allah.
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..