Monday, 30 May 2011

Sebaik-baiknya kamu belajar dan mengajarkannya


Saya tak suka mengajar budak mengaji qiraati di rumah kami suatu ketika dulu. Leceh, budak-budak tu tak serius, tak pandai-pandai, suka main dan lain-lain. Tapi mak dan ayah tetap saja mahu mereka datang ke rumah. Semua ialah anak-anak jiran. Mak dan ayah, baby juga banyak menolong. Saya cuma ajar Iqbal, ketika itu dia berusia 5 tahun. Pada suatu ketika, rumah akan riuh dengan suara kebisingan mereka.

Kata Tok, biar ini jadi kebaikan yang boleh dikongsi dengan jiran-jiran. Betullah apa kata tok, saya hanya melihat mak yang masih mengajar. Biar kenal huruf, boleh baca, boleh tulis, boleh sembahyang, itu yang mak sering ulang-ulang.

Kini anak-anak jiran sudah besar, rumah tok jadi sunyi. Iqbal pula sudah mula bersekolah jauh dari kampung. Bila difikirkan balik, mak, tok dan ayah tunjukkan, tangunggjawab mereka terhadap jiran. Kalau kita nak jadi baik, belum cukup kita baik seorang, ajaklah orang sekeliling, mudah-mudahan lepas ketika dihisab kelak.

Disini saya saksikan ramai manusia berjuang mengenal huruf dan membaca quran. Tidak mengira umur atau profesion. Ikuti perbualan berikut:

insan 1: walfajri
insan 2: walfazri
insan 1: fajri
insan 2: fazri, fazri, fazri (mengulang)

insan 1 mula menaikkan suaranya. "ok, yang ni pula!" kata insan 1 tegas.

insan 1: musyrikiina
insan2: musrikiina
insan 1: musy....musy
insan 2: mus...mus..musrikiina

insan 1: "okeh, muka surat sebelah! yeah mau habis sudah"

setelah selesai, insan 2 berkata, "kasar ba kau ni mengajar".

insiden di atas diperhatikan oleh saya sambil terkekek-kekek ketawa perlahan. Insan 1 ialah anak kepada insan 2. Seorang anak sekitar 9 tahun mengajarkan qiraati kepada ibunya.

Tiba saat si anak membaca,bacaannya ditegur oleh makcik yang menyemak, tiba-tiba si ibu mencelah ketika anaknya ditegur,

"hehehe...tadi kau marah mama, sekarang kau pun kena marah" seloroh si ibu.

Si anak mencebik, saya memerhatikan sambil ketawa kecil.

"nanti balik kau baca semula, kemudian kau ajar mama mu, tapi jangan kasar-kasar, jangan garang-garang" pesan makcik yang mengajar anak kecil itu.

Tapi aku nampak agak lucu, tapi tersentuh pula. Kepada mak saya, terima kasih mengajar sejak kecil. Kalau mak ajar, air mata pasti berjujuran, lengan pasti ada kesan cubitan, seriusnya mak ajar kami adik-beradik. Almarhum Ustaz Abdul Rahman di Kuala Penyu ikon guru quran yang paling aku kagum.

Lebih terkenal sebagai Guru Rahman, beliau mengajar kami penuh tajwid, fasahah dan taranum yang mantap. Dia sabar, apalagi kami yang masih belum dapat fikir. Teringat kawan saya menukar perkataan masjidilharan menjadi masjidilhalal, kami akan ketawa-katawa, tapi ditegur dengan baik dan penuh sabar. Tangan saya akan diketuk jika salah waqaf. Alfatihah untuk Guru Rahman.

“ Sebaik-baik di kalangan kamu orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya”
(Riwayat al-Bukhari)
Amal Harun
Kepulauan Labuhan

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..