Tuesday, 17 May 2011

Kedut wajah ayah


"amal jangan stress.." ayah mengakhiri perbualan.

"erm..ok bye" cepat saya putuskan talian. Entah konflik jenis apa yang melanda. Bercucuran air mata. Masalah kerja pon cakap pada ayah.

Suatu malam ayah hafal surah insan. Ayah kata, kadang-kadang tak betul pula susunan bacaannya.

"macam tak konfiden nak baca, nak kena buka mushaf,takut-takut ter'miss' ayat" kata ayah.

"itu senang saja, kita kena faham keyword, kronologi ayat, jadi kena faham makna" saya memberi tips.

Ayah angguk.

"jom kita buat eksperimen, amal tak pernah hafal pon, kita cuba 6 ayat pertama" saya mencadangkan.

"amal agak, kejap ja, confirm senang" cuba memberi keyakinan dan provokasi terhadap teknik yang baru direka.

"memang la, orang muda" ayah tidak berpuas hati.

Kami memulakan proses menganalisa ayat, melihat trend dan memahami makna, melihat kronologi dan tasmi'. Selepas 15 minit saya boleh, padahal ayah terlebih dahulu.

"erm..ok juga" saya jarang bermotivasi mencabar otak mengahafal ayat suci. Teori rekaan agak boleh diterima pakai, saya senyum heheee.

Terdetik seketika, adakah babak ini akan kembali berulang atau masih diberi peluang? Jawapannya, jika umur masih panjang.

Allah, izinkan saya bersama emak dan ayah lagi. Izinkan saya pulang.

Amal Harun
Pulau Labuhan


No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..