Saya mahu membaiki sesuatu yang saya lemah ketika mengajar semester-semester yang lalu. Saya simpulkan saya lemah kreativiti, kurang konsistensi, gagal mengawal emosi dan beberapa lagi. Esok, 1 Jun 2011, setelah 1 tahun, 5 bulan dan 1 hari memegang gelaran pendidik, saya akan memulakan kelas pertama, biar kali ini ia meresap ke dalam jiwa.
Ayuh, betulkan niat, teguhkan tekad, biar penuh kudrat.
Kepada diri dan bakal pelajar saya esok, ketahuilah bahawa:
ilmu bermula bukan ketika kelas dimulakan atau ketika helaian buku mula diselak, tetapi saat rasa hati ingin untuk belajar.Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu.
Salam penuh kasih sayang,
Amal Harun
Kepulauan Labuhan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..