Saya tampil menulis entri sebegini bagi menyatakan hasrat saya. Saya tidak mampu menjelaskan kepada sesetengah individu yang bertanya. Bahawasanya hairan melihat saya, sudah menamatkan pelajaran, mempunyai kerjaya dan pendapatan, tetapi memilih jalan ini.
Saya jelas dengan apa yang saya fikirkan. Saya tak perlu terburu-buru, biarpun masa kian berjalan. Saya tak perlu tertekan dengan desakan orang sekeliling, ahli keluarga mahupun rakan-rakan atau juga kerana peningkatan usia seiring dengan masa yang kian berlalu.
Saya juga tidak perlu cemas. Saya yakin segalanya telah ditentukan oleh Yang Maha Mengetahui. Saya hanya berusaha menjadi yang terbaik. Sekali lagi saya jelas.
"Kau terlalu memilih"lontaran pendapat kebanyakan rakan. Sudah tentu memilih, jika tidak, boleh saja ambil mana-mana yang di stesen komuter.Ini soal kepada pengakhiran kehidupan,begin with the in mind, bukan hanya di dunia, malah sampai ke akhirat. Biar lambat, asalkan betul. Maafkan saya.
"Kau ni tak nak kawin ka?". Maafkan saya, jika orang sudah berkahwin pun mahu berkahwin lagi dan lagi, apa lagi orang yang belum. Adakah saya menolak fitrah dan sunnah Baginda Nabi?
Banyak lagi yang akan ditempuhi, banyak lagi perkara harus difirkan. Salah satu platform mencapai khilafah islamiyah ialah menerusi baitul muslim setelah tahap membina peribadi muslim. Jika benar dan jelas hala tuju, InsyaAllah, saatnya akan tiba.
Harus lebih bersyukur dengan setiap apa yang telah Allah kurniakan. Setiap orang ditulis jodohnya pada umur sekian sekian. Usaha perlu, tetapi jagalah hukum Allah. Mujahadah itu perlu. Saya harus lebih bersyukur biarpun lambat kawin berbanding gadis lain yang seusia. Mengapa harus bersyukur? Kerana saya lihat, sorang rakan yang menderita sakit kronik, terbaring di katil berjuang meneruskan hidupnya, mana mungkin memikirkan pelajaran kerjaya apa lagi jodoh? Beliau masih bersyukur dapat melihat senyum ayah dan bonda sambil terus lidah bertasbih memuji Tuhan. Harus bersyukur.
Maaf terlalu banyak. Lebih baik saya berhenti setakat ini. Sabarlah, saatnya akan tiba.
"Rasulullah s.a.w bersabda bahawa; tiba-tiba disingkap hijab (daripada mata mereka) sehingga mereka dapat melihat Allah. Maka tidak ada suatu yang lebih mereka sukai daripada memandang wajah Allah" riwayat Muslim dan Tirmizi.
Bersangka baik, sabar, redha dan optimis lebih baik daripada terus gusar. Berusaha menjadikan diri baik dan terus baik. Semoga bertemu dengan yang terbaik yang telah Allah takdirkan sesuai. Tidak bertemu, tidak bermakna tidak baik. Bukankah Allah Maha Mengetahui?
" dan pasti Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, dan kekurangan jiwa, dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar" ~ Al-Baqarah: 155.
Amal Harun
WP Labuan.
Kadangkala perempuan lebih perlu berani dan lebih laju bila berhadapan dengan lelaki lembab tak tak tahu mengambil langkah...
ReplyDeletetuan abu, saya sudah baca, terima kasih.
ReplyDeleteanonymous, jika urusan yang besar begini pun tidak tahu mengambil langkah, bagaimana mahu memimpin bait muslim. mungkin perempuan juga akan assume lelaki tu takmau kat dia, tq baca.
ni ke anonymous yg ko maksudkan???heheh..no komen...kan aku ade akaun gak..watpe aku nak jd anonymous..haha...ni komen aku...
ReplyDeleteamal dah risau la tu..nak sedapkan hati sendiri...haha..jgn risau amal..aku kan ade...tp ko kene tggu la 2 tahun lagi ke...keh3..jgn marah amal....
lantak la, den tak kesah. whatever......
ReplyDeletetak kesah nak menunggu???are u sure???nnt u jadi andartu tau..heeee
ReplyDeletetakyah nak provok.sapa kata aku tunggu ko. bdosa ka jadi andartu hahaa
ReplyDeleteko taknak tggu ke...sedihnye..takpe la...iyolah amal...jadilah apo ko nak...asalkan tak berdosa ye tak...heheh
ReplyDeleteprovok lagi, ko je yang mencipta kompleksiti diri
ReplyDelete