gambar hiasan, sumber google images
Ia makin payah. Quran yang dibaca tidak mengerti, solat yang didirikan tidak khusyuk, hati yang tidak ikhlas dan kotor, atau doa yang dipohon dengan hati yang lalai. Semua itu disedari. Tapi jiwa hamba sentiasa mencari kasih sayang Tuhan.
Wahai Allah yang mengetahui segala isi hati kami, kami memohon petunjukMu, berilah kami kebaikan dari sisiMu. Jadikan kami hamba yang bersyukur, redha dan berusaha mentaatiMu. Jadikan hati kami tenang dan bimbinglah kami.
Ya Allah, jangan engkau serahkan diri kami kepada diri kami walau sekelip mata, jadikanlah kami hamba yang sentiasa dibimbing menuju hidayah Mu.
Ya Allah, kami sentiasa yakin bahawa kejujuran itu kemenangan dan pilihlah kami untuk menjadi orang yang jujur dan benar walau apa jua cabaran. Amin ya rabbal aalamin.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اصْبِرُواْ وَصَابِرُواْ وَرَابِطُواْ وَاتَّقُواْ اللّهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Hai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah, supaya kamu berjaya.
Labuan
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..