Saya kongsikan artikel yang sangat bermanfaat dari http://www.almuntalaq.com.
Warga Jepun suka ikan segar. Mereka amat sensitif jika ikan yang dimakan masih segar atau ia adalah ikan sejuk beku. Cabaran yang sentiasa dialami oleh para nelayan laut dalam ialah bagaimana ingin memastikan ikan yang ditangkap masih hidup dan segar. Mereka mencari jalan dan cara. Walaupun di letak ikan-ikan itu dalam tank yang dibina atas kapal, ikan ini tidak hidup seperti di laut. Samada kurang aktif atau mati. Kualiti ikan sudah tidak segar. Bagaimana menyelesaikannya?
Letakkan ANAK JERUNG dalam setiap tank yang dibina! Dengan kewujudannya, si ikan lebih aktif berenang. Apabila sampai di darat, si ikan masih hidup dan segar.
Beginilah kehidupan. Jika ia seperti tasik yang tenang, ia agak bosan dan memberi ruang rumpai dan sampai berkumpul. Ia boleh menghilangkan stamina untuk terus segar. Apabila berada dalam laut dengan jerung dan pemangsa, kita akan menjadi lebih berstamina. Kita akan menjadi lebih berjaga-jaga dan mantap dalam kehidupan.
(الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ (٢
67:2. Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);
Hidup penuh ujian
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan kehidupan ini untuk diuji. Ujian adalah lumrah untuk memastikan kita sentiasa berstamina dalam kehidupan.
When the going is tough, the tough gets going.
Jangan takut dengan cabaran
Sememangnya cabaran menjejaskan keselesaan hidup kita. Ia penuh dengan risiko yang tidak terjangka. Namun sedarkah anda bahawa hidup tanpa cabaran atau mengelakkan cabaran penuh dengan risiko maksimum ? Risiko maksimum itu ialah gagal atau tertinggal daripada arus kehidupan yang terus maju ke hadapan.
Apabila seseorang menghadapi cabaran , ada dua kemungkinan : berjaya atau gagal. 50-50. Namun kalau takut dengan cabaran, ia sudah pasti memberi keputusan 100% bahawa individu itu akan berada pada takuk lama.
Bersamalah manusia, solat jemaah
Apabila seseorang masuk masyarakat dan menghadapi pelbagai feedback dan karenah, ia akan meningkatkan peluang untuk anda maju ke hadapan. Allah juga akan menghantar pakej ujian dari semasa ke semasa. Kita tidak minta, tetapi perlu bersedia. Orang yang bersedia tahu apabila sesuatu itu adalah ujian untuk dihadapi dengan teknik yang betul. Namun kalau tidak bersedia, kita terkejut dan lintang pukang perancangan yang kita buat. Ada yang tidak suka ke solat jemaah terutama bagi lelaki kerana dikatakan “nanti kacau perancangan hidup dan jadual kerja.”
Persediaan paling baik ?
Sudah tentu tidak lain tidak bukan, bergantung kepada Yang Maha Pemurah. Dia akan menolong kita menghadapi segala perkara. Kalau anda gugup atau kecewa, Allah ada untuk menenteramkan. Kalau anda perlukan sumber kewangan atau tenaga, Allah mampu membantu pada bila-bila masa. Dengan keyakinan mantap pada Allah, kita akan dapat hadapi apa-apa jerung yang hadir. Jangan sampai kita tidak ada jerung atau sedar bahawa jerung paling bahaya ialah diri anda sendiri!
disalin daripada:
No comments:
Post a Comment
nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..