Monday, 20 December 2010

Selamat Pengatin Baru Yan dan Imah!



Menyoroti sebuah perjalanan kehidupan, banyak yang Allah beri. Nikmat paling besar ialah nikmat iman. Keluarga yang bahagia, teman yang baik, kerjaya yang stabil, kesihatan yang memuaskan dan segala ciri fizikal yang tiada alasan kau mengkufuri segala nikmat Tuhan.

Dan hidup kita adalah berfasa-fasa. Sedarlah bahawa telah banyak yang Allah beri, malah lebih dari apa yang dipinta. Lebih banyak yang diberi melebihi apa yang disyukuri. Bukankah begitu?

Tetapi teruslah meminta kerana Allah sangat maha mendengar dan sangat merindukan permintaan hambanya. Ingatlah, apa saja yang kita lakukan adalah niat kerana Allah, semuanya adalah atas rasa kehambaan dan ibadah kerana Allah. Kahwin pun ibadah dan belum kawin tak bermakna tidak beribadah.

Mari mendoakan kesejahteraan 2 pasang mempelai yang selamat diijabkabulkan. Semoga beroleh barakah sampai ke syurga Allah. Juga disertakan penyejuk mata dan penawar hati yang soleh lagi solehah kelak.

Pesanan kepada pasangan tersebut, belajarlah saling memberi dan menerima kerana Allah. Kunci kebahagiaan dan ketenangan bermula daripada kita mencinta Allah. Benarkan hehee?

Salam penuh mahabbah untuk kalian semua.

Amal Harun
Kepala Batas.

No comments:

Post a Comment

nak komen? silakan. komen anda sangat berharga..